08/01/2026
MEMOHON DANA BAGI PELAKSANAAN
โPROGRAM BANTUAN MAKANAN ASAS SEMPENA AMBANG RAMADAN AL-MUBARAK & AIDILFITRIโ
Kami dengan rendah hati ingin memohon sumbangan dana daripada pihak Tuan/Puan bagi menjayakan Program Bantuan Makanan Asas Sempena Ambang Ramadan Al-Mubarak & Aidilfitri 1447H.
Program ini bertujuan untuk berkongsi rezeki dan meringankan beban 200 orang penerima daripada golongan yang memerlukan, termasuk pelajar miskin, golongan berpendapatan rendah, serta ibu-ibu tunggal.
Inisiatif ini diharapkan dapat mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan kurang bernasib baik dalam membuat persiapan menghadapi bulan Ramadhan serta menyambut ketibaan Aidilfitri. Di samping itu, program ini juga diharap dapat memupuk nilai kemanusiaan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan masyarakat.
Segala sumbangan yang diterima akan digunakan sepenuhnya bagi pembelian barangan makanan asas untuk diagihkan kepada golongan sasaran.
Sehubungan itu, kami amat menghargai sebarang bentuk sumbangan dan sokongan daripada pihak Tuan/Puan dalam menjayakan program kebajikan ini demi manfaat bersama.
Sekian, terima kasih.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan sumbangan, pihak Tuan/Puan boleh menghubungi:
AJK Pentadbiran Kebajikan
โ๏ธ 014-901 0488
๐ wasap.my/60149010488/ramadhan
๐ wasap.my/60133510255/ramadhan