10/05/2026
.
9 Mei 2026 | SABTU: Program Mini Karnival Wanita telah berjaya diadakan dalam suasana yang meriah dan penuh manfaat kepada masyarakat setempat.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Noorzunita Begum Bt Mohd Ibrahim, EXCO Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Sembilan serta Dato’ Ahmad Faez bin Abdul Razak, Penyelaras DUN Labu yang berkesempatan menyantuni para peserta dan pengunjung yang hadir sepanjang program berlangsung.
Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menjadi platform memperkasakan golongan wanita, malah turut membuka ruang kepada komuniti untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan mengeratkan hubungan silaturahim.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan masyarakat yang lebih aktif, berdaya saing dan saling menyokong antara satu sama lain. 🌸✨