08/08/2026
.
8 OGOS 2026 | SABTU: Alhamdulillah, satu kunjungan telah diadakan buat adik Muhammad Aiman yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Dalam kesempatan ini, turut disampaikan sedikit sumbangan berupa barangan dapur dan lampin pakai buang untuk kegunaan adik Muhammad Aiman serta keluarga di Kampung Tebing Tinggi, Batu 9, Labu.
Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi sedikit manfaat dan meringankan urusan keluarga. Semoga adik Muhammad Aiman terus diberikan kekuatan dan kesembuhan, serta segala urusan beliau dan keluarga dipermudahkan. 🤲🏻