22/05/2026
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah berakhir program Kembara Inspirasi Rimba Tunas peringkat Negeri Sembilan.
Seramai 108 peserta dan 23 pemimpin telah menyertai program ini dari 8 daerah. Saya berterima kasih kepada Pn Ruzana selaku KPC PPPMCNS atas bimbingan yang tidak henti. Saya juga ingin berterima kasih kepada Miss Chelvee dan Pn Noor Hayati Pilus selaku kem komanden dan Timbalan kem komandan yang banyak memberi ilmu pengetahuan dan memberi kepercayaan dan cara saya untuk mengendalikan kem ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada Pn Elizabeth yang turut sama berkesempatan turun padang membantu dan memberi sokongan.
Tapi tanpa sumber kekuatan saya Pn.Norhayati Akhuan, Puan Nuramirah, Puan Farahain, Puan Solehah, Puan Hanisah, Puan Adila, Puan Norhaslinda, Puan Syazana, Pn Wahieda dan semua pemimpin yang bersama- sama membantu melaksanakan semua program yang telah ditetapkan.
Saya juga amat berterima kasih kepada YDP PPPMCNS JELEBU atas kesempatan merasmikan Malam Kebudayaan dan seterusnya menyumbang hadiah.
Saya juga amat berterima kasih kepada pihak kem dan fasilitatot Kem D’Agroloka Jelebu atas perkhidmatan yang amat memuaskan dari segi penempatan, aktiviti dan makanan.
Terima kasih semua.
🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰
Pn. Aisyah Hamzah
PJ Pandu Puteri Tunas
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan