15/11/2024
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Warga Bandar Sri Sendayan
1. Pihak Majlis Muafakat Pengerusi-Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sri Sendayan telah maklum akan satu kerja - kerja penerokaan dan cubaan membuat jalan haram oleh soerang pemilik kebun di kawasan Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan.
2. Sehubungan itu, pihak persatuan telah membuat aduan rasmi kepada Ahli Parlimen, Menteri Besar, Majlis Bandaraya Seremban & Jabatan Mineral Dan Geosains.
3. Alhamdulillah, tindakan aduan berkenaan pencerobohan haram ini, satu jengkaut telah disita oleh Pejabat Tanah dan Galian Seremban kerana kegagalan pihak kontraktor mematuhi arahan henti tugas yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Seremban sebelum ini.
4. Kerja - kerja haram ini dengan jelas melanggar undang - undang, merosakkan harta benda awam, merisikokan potensi runtuhan tanah kerana lereng rumah rumah digondol tanpa kelulusan dan mengambilkira keutuhan struktur, merosakkan perparitan yang kini tersumbat dan macam - macam lagi kesalahan lain yang dibuat.
5. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Pejabat Pengarah Jabatan Mineral & Geosains yang mengambil tindakan segera.
6. Pihak Persatuan menyokong sebarang pembangunan dan kemajuan yang mendatangkan manfaat kepada penduduk Bandar Sri Sendayan - Seremban namun ianya harus mengikuti prosedur yang ditetapkan dan selari dengan undang - undang. Sebarang projek tanpa kelulusan dan merugikan penduduk Bandar Sri Sendayan akan dibantah.
7. Pihak Persatuan memohon agar sebarang permohonan untuk membina jalan ini ditolak, kawasan ini dibersihkan semula, perparitan yang dikambus untuk dijadikan jalan dibuka semula dan dikembalikan kepada keadaan asal oleh pihak penceroboh yang melampaui batas ini .
Sekian terima kasih
Yang menjalankan amanah.
Ahmad Murshidi bin Kamal
Pengerusi
Persatuan Penduduk Bandar Sri Sendayan
A.k.a
Majlis Permuafakatan Pengerusi Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sri Sendayan.
Perhatian kepada :
i. Datoβ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
Menteri Luar Negeri | Ahli Parlimen Rembau | ADUN Rantau
ii. Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun
Menteri Besar Negeri Sembilan
iii. Matrix Concepts Holdings Berhad
iv. Majlis Bandaraya Seremban
v. Jabatan Mineral & Geosains