Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban

Call Directions Website Contact the organization

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban ISMA adalah sebuah gerakan Islam yang komited dengan agenda dan perjuangan Islam dalam segenap aspek.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang dahulunya dikenali dengan nama Ikatan Siswazah Muslim Malaysia ditubuhkan pada tahun 1997, merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dan tidak bermotifkan keuntungan. ISMA berhasrat untuk memikul amanah sebagai organisasi yang memberikan kebaikan kepada seluruh masyarakat sama ada dari aspek kebajikan sosial, pembangunan insan, kekeluargaan, pembangunan remaja dan belia serta wanita. ISMA juga bergerak aktif di tengah-tengah masyarakat untuk mengurangkan gejala-gejala sosial di kalangan remaja mahupun golongan dewasa. Program-program yang dilaksanakan menjurus kepada penghayatan kehidupan beragama dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dengan misi untuk “mengesani” masyarakat, ISMA komited akan mencapai matlamat penubuhannya apatah lagi ISMA mempunyai ahli-ahli yang konsisten dalam melaksanakan usaha-usaha yang dijalankan. ISMA Cawangan Seremban adalah salah satu daripada cawangan-cawangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

TAUFAN AL-AQSA: 3 TAHUN PERTEMBUNGAN SEBENARPeristiwa 7 Oktober menyingkap hakikat sebenar isu Palestin di hadapan mata ...
07/10/2026

TAUFAN AL-AQSA: 3 TAHUN PERTEMBUNGAN SEBENAR

Peristiwa 7 Oktober menyingkap hakikat sebenar isu Palestin di hadapan mata dunia. Perkara ini telah menyedarkan semula umat Islam bahawa perjuangan Palestin adalah pertarungan kewujudan dan peradaban antara dua pandangan alam (worldview); pandangan al-Quran dan pandangan Talmud.

APABILA KEMAJUAN MENGHAKIS IDENTITI TAMADUN ISLAMApabila ditelusuri secara makro dan mikro, ibu-ibu kota dalam sejarah I...
05/10/2026

APABILA KEMAJUAN MENGHAKIS IDENTITI TAMADUN ISLAM

Apabila ditelusuri secara makro dan mikro, ibu-ibu kota dalam sejarah Islam yang suatu ketika dahulu menjadi mercu tanda keilmuan dan kemajuan dunia, serta menarik kehadiran manusia dari pelbagai wilayah untuk menimba ilmu dan menyaksikan kemajuan peradaban, kini seakan-akan kehilangan identiti dan keunikan yang pernah menjadi teras kegemilangannya.

Ustaz Wan Ahmad Izzat bin Wan Ahmad Sanadi
Ketua Biro Dakwah ISMA

Baca artikel penuh disini:
https://isma.org.my/apabila-kemajuan-menghakis-identiti-tamadun-islam/

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَIkatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah di atas pemergian  Tun Dr....
28/09/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengucapkan takziah di atas pemergian Tun Dr. Siti Hasmah binti Mohamad Ali, isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, al-Fatihah.

KENYATAAN MEDIAGUGUR SYARAT 30 PERATUS: KPM JANGAN LUPA SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA“Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meman...
22/09/2026

KENYATAAN MEDIA
GUGUR SYARAT 30 PERATUS: KPM JANGAN LUPA SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA

“Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memandang serius keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menggugurkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) tertentu. Keputusan sebesar ini perlu mengambil kira agenda pengupayaan Bumiputera yang telah menjadi sebahagian daripada dasar pembangunan negara sejak sebelum kemerdekaan.”

Ustaz Shuhaib ar-Rumy bin Selamat
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
22 September 2026

Baca kenyataan penuh disini:
https://isma.org.my/kenyataan-media-gugur-syarat-30-peratus-kpm-jangan-lupa-sejarah-pembentukan-negara/

KENYATAAN MEDIAGUGUR SYARAT 30 PERATUS: KPM JANGAN LUPA SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA"Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) meman...
22/09/2026

KENYATAAN MEDIA
GUGUR SYARAT 30 PERATUS: KPM JANGAN LUPA SEJARAH PEMBENTUKAN NEGARA

"Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) memandang serius keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menggugurkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat sendirian berhad yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) tertentu. Keputusan sebesar ini perlu mengambil kira agenda pengupayaan Bumiputera yang telah menjadi sebahagian daripada dasar pembangunan negara sejak sebelum kemerdekaan."

Ustaz Shuhaib ar-Rumy bin Selamat
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
22 September 2026

Baca kenyataan penuh disini:
https://isma.org.my/kenyataan-media-gugur-syarat-30-peratus-kpm-jangan-lupa-sejarah-pembentukan-negara/

Di sinilah perjalanan kita bermula.Masjid Kampung Baru bukan sekadar tempat ibadah, tetapi sebahagian daripada sejarah d...
22/09/2026

Di sinilah perjalanan kita bermula.

Masjid Kampung Baru bukan sekadar tempat ibadah, tetapi sebahagian daripada sejarah dan kehidupan masyarakat Melayu di tengah-tengah Kuala Lumpur.

Dalam Jejak Warisan Kuala Lumpur, kita akan memulakan perjalanan dengan solat Dhuha dan taklimat sebelum menyusuri beberapa lokasi warisan sekitar kota.

Jom sertai Jejak Warisan, Kuala Lumpur pada:
📅 Sabtu, 26 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 6.30 petang
📍Lokasi berkumpul: Masjid Jamek Kampung Baru, KL

Jejak warisan. Kenali sejarah. Fahami identiti.


JEJAK WARISAN KUALA LUMPURKuala Lumpur bukan sekadar kota moden dengan bangunan pencakar langit. Di sebalik pembangunan ...
21/09/2026

JEJAK WARISAN KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur bukan sekadar kota moden dengan bangunan pencakar langit. Di sebalik pembangunan kota ini, tersimpan sejarah, warisan dan jejak kehidupan masyarakat yang membentuk wajah Kuala Lumpur hari ini.

Jom sertai Jejak Warisan Kuala Lumpur pada:
📅 Sabtu, 26 September 2026
⏰ 9.00 pagi – 6.30 petang
📍 Lokasi berkumpul: Masjid Kampung Baru

Mengenali sejarah, menyusuri warisan, memahami identiti kota.


Address

No. 15, Jalan Kayu Manis 3, Pusat Perniagaan Taman Kayu Manis, KM5, Jalan Seremban-Jelebu
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60193905539

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban:

Shortcuts

Share