24/07/2023
Assalamu'alaikum. Ada yang bertanya kepada saya, adakah boleh hantar sumbangan barang dapur sama ada barang keriing atau baarang basah?. Jawapannya, Kami tak kisah. Semua barang dapur kami terima. Beras, bawang, kentang, kicap, sos, perencah serbuk, cili kering, apa2 sahaja lah. Sebab kami mmg masak disini. Hampir setiap hari kami masak sehari untuk 50 orang makan. Ada juga yg kata kami tidak menerima makanan drpd pihak luar. Itu tidak benar. Kami terima sahaja dengan syarat dah maklumkan awal lah. Sebelum-sebelum ni kami tak terima sebab org tiba-tiba hantar sedangkan di dapur dh masak banyak. Kalau kami terima juga, bermakna makanan itu akan membazir dn pengakhirannya ke tong sampah. Sbb tu kami tolak awal-awal. Nanti tambah kerja p**a anak2 Pujaywa untuk selesaikan makanan tersebut.
Kami juga terima sumbangan kewangan. Ada orang tanya kewangan digunakan untuk apa? Kami gunakan kewangan tersebut untuk bayaran minyak diesel dan petrol untuk hantar anak-anak ke sekolah setiap hari. Sebulan shj kos minyak sebanyak 1k. Selain itu, anak-anak sekolah menengah belanja sehari rm5 (sampai ptg) . Sek men ada 8 orang. Sebulan mencecah ribu juga. Begitulah hendak nya.
Soalan seterusnya, Pujaywa ada perniagaan kenderaan, takkan tak cukup? Ya mmg tak cukup. Perniagaan kenderaan boleh menampung kos bayaran untuk 2 orang pekerja sahaja. Kami diasrama ada 8 orang pekerja. Masing-masing mmg ada peranan masing-masing demi kebaikkaan asrama. Begitulah hendaknya.
Saya tidak lah meminta-minta sedeqah dari tuan-tuan dan puan-puan hatta Yang Berhormat sekali pun. Saya sekadar membuka ruang dan peluang sahaja kepada semua sekiranya berhajat dan berkesudian untuk membantu pusat jagaan Rumah AnakYatim Walidaina saya. Dalam 100 orang yg membaca posting ini, 10 org yang tak s**a itu, yg berhati busuk itu pasti ada. Itu lumrah. Tak s**a tak apa, jangan sampai memfitnah menghasut org dengan mengatakan Pujaywa dah kaya, Pujaywa tak layak terima sumbangan dah, Pujaywa tak terima sumbangan kecil-keck dan sebagainya.
Apa-apa pertanyaan dan kemusykilan, boleh whatsApp saya 0136369726 . Akhir kalam, semoga kita semua dlm rahmat dan lindungan Allah SWT, dijauhkan daripada bala bencana , wabak dan segala kejahatan manusia yang bersifat ahli neraka. Allah humma aamiin.