11/09/2025
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera dalam satu pergelutan dengan penduduk Kampung Sungai Baru susulan operasi merobohkan rumah di kawasan itu yang dijalankan mengikut perintah mahkamah hari ini.
Sulizmie Affendy dilihat mengalami kecederaan pada muka sehingga berdarah selepas berdepan dengan penduduk yang cuba memasuki kawasan berkenaan.