Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan

Directions Contact the organization

Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan Akaun Rasmi Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan, Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan. "Beramal Kerana Allah"

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA! 🇲🇾​Hari Malaysia bukan sekadar hanya satu helaian lipatan sejarah, tetapi ia merupakan lambang...
16/09/2026

🇲🇾 SELAMAT HARI MALAYSIA! 🇲🇾

​Hari Malaysia bukan sekadar hanya satu helaian lipatan sejarah, tetapi ia merupakan lambang penyatuan, perpaduan, dan kekuatan kita sebagai sebuah bangsa yang berdaulat.

​Sama-sama kita kukuhkan penyatuan, memelihara keharmonian, dan melangkah ke hadapan demi kemakmuran dan kemajuan negara tercinta.
​

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾Jabatan Amal Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ...
31/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

Jabatan Amal Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semangat kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang, tetapi diterjemahkan melalui kesungguhan berbakti, membantu masyarakat dan menjaga keharmonian negara.

Ayuh kita terus menyemai semangat perpaduan serta berganding bahu membina Malaysia yang aman, sejahtera dan diberkati.

🇲🇾 Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺJabatan Amal Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ kepada sel...
25/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ

Jabatan Amal Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul ﷺ kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan perjuangan Rasulullah SAW serta menjadikan akhlak Baginda sebagai contoh dalam kehidupan.

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus subur dan menjadi dorongan untuk memperkukuhkan ukhuwah, memperbanyakkan selawat serta mengamalkan sunnah Baginda.

اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.

AD4C PEMBERSIHAN SURAU BARU TAMAN RASHIDAH UTAMAHari ini Jabatan Amal Kawasan Paroi bersama Pusat Khidmat Rembau telah m...
15/08/2026

AD4C PEMBERSIHAN SURAU BARU TAMAN RASHIDAH UTAMA

Hari ini Jabatan Amal Kawasan Paroi bersama Pusat Khidmat Rembau telah menjalankan operasi pembersihan Surau Baru di Taman Rashidah Utama.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat termasuk Persatuan Taman Rashidah Utama atas peluang yang diberikan.

Insyallah Jabatan Amal akan terus komited berbakti kepada masyarakat Negeri Sembilan.



Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepadaYB Ustaz Mohd Fairuz bin Haji Mohd Isaatas pelantikan sebagaiAhli Majlis ...
07/08/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada

YB Ustaz Mohd Fairuz bin Haji Mohd Isa

atas pelantikan sebagai

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan.

Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan ini dapat digalas dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan ketakwaan.

Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan kekuatan serta petunjuk dalam setiap urusan demi menegakkan keadilan, memperjuangkan kebajikan rakyat, dan membawa keberkatan serta kemakmuran buat seluruh Negeri Sembilan.

Ikhlas daripada

Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan


SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448HJabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1448H...
16/06/2026

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1448H

Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1448H kepada seluruh umat Islam.
Semoga tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita meningkatkan amal, memperbaiki diri serta terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan akan terus komited membawa semangat khidmat dan sukarelawan, membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang demi kesejahteraan bersama.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Bagind...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam memayungi rakyat dan memimpin negara ke arah kemakmuran dan perpaduan yang berterusan.

Sembah Takzim daripada Jabatan Amal Negeri Sembilan

Dirgahayaku Tuanku.

Daulat Tuanku.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHAJabatan Amal Negeri Sembilan  mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada ...
26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Jabatan Amal Negeri Sembilan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam.

Aidiladha hadir membawa seribu makna pengorbanan.

Semoga semangat Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS terus menjadi pedoman buat kita semua dalam mendidik jiwa agar lebih taat, tabah dan ikhlas menghadapi setiap ujian kehidupan.

Raikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran, kesederhanaan dan kasih sayang sesama insan.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, keberkatan serta kebahagiaan kepada seluruh umat Islam.


[ SELAMAT HARI GURU 2026 ]Jabatan Amal Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang ...
16/05/2026

[ SELAMAT HARI GURU 2026 ]

Jabatan Amal Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam mendidik dan membentuk generasi masa hadapan negara.

Guru bukan sekadar menyampaikan ilmu, tetapi menjadi murabbi yang membina akhlak, menyemai adab serta meniupkan semangat perjuangan dan jati diri dalam jiwa anak-anak bangsa. Di sebalik kejayaan seorang insan, pasti ada pengorbanan seorang guru yang jarang disebut tetapi sangat besar nilainya.

Semoga seluruh guru terus diberikan kekuatan, kesabaran dan keberkatan dalam meneruskan amanah mendidik ummah. Terima kasih cikgu, jasamu dikenang sepanjang zaman.

[ SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2026 ]Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Belia Negara 2026 kepad...
15/05/2026

[ SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2026 ]

Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Belia Negara 2026 kepada seluruh anak muda Malaysia.

Belia adalah nadi kekuatan sesebuah negara. Di bahu anak muda terletaknya harapan rakyat, semangat perubahan dan masa depan tanah air yang akan diwariskan kepada generasi akan datang.

Anak muda hari ini perlu menjadi generasi yang berani bermimpi besar, berani mempertahankan prinsip dan tidak tunduk kepada budaya yang merosakkan nilai serta jati diri. Dengan ilmu, akhlak dan semangat perjuangan, belia mampu menjadi pemimpin yang membawa masyarakat ke arah yang lebih baik.

Address

JABATAN AMAL MALAYSIA NEGERI SEMBILAN, 112-1, LORONG LAVENDER HEIGHT 1/1, LAVENDER HEIGHT
Seremban
70400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Amal Malaysia Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share