23/09/2025
AHAD
21/09/2025
8.30PM
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penganjur Bike Mix Setiu 2.0 2025 Tuan Founder SETIU ALL BIKERS CLUB En.Azhar atau lebih mesra dikenali Pokalang Setiu yang sudi hadir ke N9 atas jemputan rasmi untuk sama2 hadir ke Dataran RHU 10,SETIU Terengganu bagi memeriahkankan program beliau BIKE MIX SETIU 2.0/2025 yang akan berlangsung pada 31 oktober & 1 November 2025 akan datang. sempena Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke tempat kami di N9 amat kami hargai dan telah memberi satu pengalaman yang sangat berharga kepada kami semua.
Terima kasih juga buat semua Club bikers lain yang terlibat seperti N9 Bikers,Amal Bikers Club Yusbhai Club,Bentan Club,V-Rider MC,HbHs Riders,BBR2,TAMsRiders,SHBC,Expendables,SDMC,Postcode 7 serta lain2 yang hadir
Sambutan yang mesra dan kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak telah menjadikan acara ini satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Aktiviti permotoran yang dianjurkan memberi banyak manfaat, bukan sahaja dari segi kesihatan, tetapi juga dalam mengeratkan lagi silaturahim di kalangan kami.
Kami di Negeri Sembilan sangat berbesar hati kerana dapat menjadi tuan rumah kepada majlis jemputa rasmi dari pihak tuan. Semoga kerjasama yang baik ini dapat diteruskan pada masa akan datang, dan kami berharap acara seumpama ini dapat dijalankan lagi dengan lebih meriah serta memberi impak yang positif kepada masyarakat.
Sekali lagi, terima kasih kepada seluruh penganjur dan peserta yang hadir. Semoga segala usaha kita ini diberkati dan diberi kejayaan yang berpanjangan.
Terima kasih.
Ukhuwafillah Abadan Abada
-