01/11/2023
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semalam telah berlangsung mesyuarat AJK PIBG Kali ke-2 bagi sesi 2023-2024 yang bermula jam 2ptg dan berakhir jam 7mlm. 5 jam lamanya bermesyuarat.
Alhamdulillah, banyak perkara dibincangkan dan diselesaikan.
1. Update projek ruang menunggu. Kita sudah dapat keputusan ujian tanah dan komen daripada jurutera berkaitan reka bentuk yang dicadangkan. Next step adalah menunggu design final dan submit ke JKR untuk kebenaran boleh laksana. Dapat kebenaran baru kita teruskan dengan cari dana.
2. Isu markah PAJSK. Mesyuarat sepakat untuk dikeluarkan satu brochure makluman dan hebahan mengenai markah PAJSK untuk rujukan ibu bapa. Ini bagi membolehkan ibu bapa cakna dengan aktiviti luar sekolah anak-anak yang memberikan markah PAJSK.
3. Jumlah kutipan sumbangan PIBG hingga semalam hanya RM23 ribu sahaja. Hanya 1/3 daripada jumlah penjaga yang menyumbang. Mengikut rekod, kita ada 733 penjaga daripada hampir 900 pelajar.
Bagi menggalakkan ibu bapa penjaga menyumbang, mesyuarat bersetuju memberikan insentif sebanyak RM200 kepada kelas yang kesemua pelajarnya menyumbang sebelum 31 Disember 2023. Insentif ini boleh digunakan sebagai manfaat kepada kelas itu sendiri.
4. Pelaporan GPK HEM p**a menekankan kerosakan tandas yang sudah dibaiki dan ditambah baik sebelum ini. Kerosakan akibat tangan tangan nakal anak anak kita. Saya mohon ibu bapa penjaga dapat mengingatkan anak anak kita agar tidak melakukan jenayah vandalisme. Jika berlaku kerosakan, segera maklumkan dengan mana mana guru untuk mengelakkan ianya dianggap vandalisme.
5. Mesyuarat semalam juga meluluskan sejumlah RM18,257.00 bagi membiayai program program yang telah disusun atur oleh pihak sekolah untuk manfaat anak anak pelajar. Antaranya ialah :
- Program kempen anti jenayah, buli dan vandalisme : RM480
- Open Rugby Girls anjuran UPM : RM916
- Pemulihan Bahasa Melayu : RM520
- Lawatan sekolah lain untuk program penanda aras : RM175
- Panitia Bahasa Inggeris : RM450
- Olah Raga Jemputan di Melaka : RM1050.00
- Karnival Bahasa Melayu : RM967
- Hari Sukan Sekolah : RM10,825.00
- Pertandingan boling PPKI : RM224
- Bengkel untuk ibu bapa : RM650
- Camping Badan Beruniform : RM2000.00
Kesemua kelulusan ini membawa jumlah RM18,257.00
Selepas ditolak dengan perbelanjaan ini, baki dalam akaun PIBG hanya RM5359.00 sahaja.
Banyak perbelanjaan yang kita terpaksa KIV dan dibawa ke mesyuarat akan datang disebabkan kekangan kewangan.Sesi persekolahan masih berjalan dan pihak sekolah masih ada banyak aktiviti untuk anak anak pelajar termasuk Hari Aspirasi SRISEPS a.k.a anugerah kecemerlangan.
Justeru, saya menyeru kepada ibu bapa penjaga yang masih belum membuat sumbangan PIBG, harap dapat dihulurkan sumbangan hanya RM100/keluarga sahaja. Jika tidak kemampuan (B40), boleh hubungi guru kelas anak untuk perbincangan.
Ada cadangan daripada ibu bapa penjaga sendiri untuk tidak melibatkan anak anak yang ibu bapa penjaganya tidak menyumbang PIBG dalam aktiviti yang melibatkan duit PIBG. Cadangan ini sedang diperhalusi dan ditimbang dari pelbagai sudut akan baik dan buruknya.
Harap mendapat perhatian dan kerjasama dari ibu bapa penjaga sekalian.
Sekian terima kasih
Murshidi
YDP PIBG SRISEPS SESI 2023/2024