Bakriyah NS

Bakriyah NS Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat & Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Wakil Rakyat & Ketua Jabatan Wanita Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH NS)

Majlis Tadarus Al-Quran Sempena Ramadan 1446H/2025M8 Mac 2025 | SabtuAlhamdulillah, BAKRIYAH NS telah berjaya menganjurk...
08/03/2025

Majlis Tadarus Al-Quran Sempena Ramadan 1446H/2025M

8 Mac 2025 | Sabtu

Alhamdulillah, BAKRIYAH NS telah berjaya menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran bagi juzuk 1-10 sempena Ramadan 1446H/2025M. Majlis ini diserikan dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Pendidikan, JPJ, JKM, dan lain-lain, yang bersama-sama mengimarahkan bulan mulia ini.

Selain sesi tadarus, majlis turut menampilkan tazkirah inspirasi oleh Dr. Khazri Osman, pensyarah kanan di Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang berkongsi mengenai keutamaan Al-Quran dalam kehidupan dan keberkatan Ramadan. 

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong penganjuran majlis ini. Semoga amalan kita diterima dan diberkati-Nya.

Mesyuarat Agung Tahunan BAKRIYAH NSKali Ke-67 Mac 2025 | JumaatAlhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan BAKRIYAH NS kali k...
08/03/2025

Mesyuarat Agung Tahunan BAKRIYAH NSKali Ke-6

7 Mac 2025 | Jumaat

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan BAKRIYAH NS kali ke-6 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar di Bilik Mesyuarat Dato’ Klana Petra, Wisma Majlis Bandaraya Seremban, Forest Heights.

Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan terus menyokong perjuangan kami. Semoga BAKRIYAH NS terus maju, kukuh, dan membawa lebih banyak manfaat kepada masyarakat.

Di sebalik kejayaan sebuah bangsa, ada wanita yang penuh aspirasi, berani mencabar batasan, dan tidak gentar menghadapi ...
08/03/2025

Di sebalik kejayaan sebuah bangsa, ada wanita yang penuh aspirasi, berani mencabar batasan, dan tidak gentar menghadapi cabaran. Wanita bukan sekadar pemimpi, tetapi pembina legasi yang membawa perubahan bermakna. Hari ini, kita berdiri bersama meraikan kehebatan wanita di seluruh dunia. Terus maju, terus memberi inspirasi! 🌸💪

Selamat Hari Wanita 2025!

✨ Tahniah & Syabas! ✨Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustazah Asni Mansor atas kejayaan menerima NONA Mot...
10/12/2024

✨ Tahniah & Syabas! ✨

Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ustazah Asni Mansor atas kejayaan menerima NONA Motivator Award sempena NONA Superwoman Award 2024. 🌟

Penghargaan ini adalah bukti dedikasi dan inspirasi beliau dalam memberi motivasi dan bimbingan kepada masyarakat. Semoga terus menjadi contoh terbaik dan menyinari kehidupan ramai dengan ilmu serta teladan mulia.

Ikhlas daripada,
YABhg Datin Seri Hajah Wan Hasni bt Wan Yusof
Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan

16 November 2024 | SabtuPada hari kedua Karnival Pantai Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Pantai Batu 5, Port Dickson, YABh...
10/12/2024

16 November 2024 | Sabtu

Pada hari kedua Karnival Pantai Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Pantai Batu 5, Port Dickson, YABhg. Datin Seri Wan Hasni binti Wan Yusof, Yang Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan, turut hadir mengiringi YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ke acara yang berlangsung dengan penuh meriah.

Karnival ini yang diadakan dengan kerjasama antara Parlimen Port Dickson, BAKRIYAH Negeri Sembilan, dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson, menyaksikan pelbagai aktiviti sukaneka yang menyeronokkan dan bermanfaat untuk pendidikan awal kanak-kanak.

Semoga program ini memberi impak positif dalam menggalakkan perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di Negeri Sembilan.

15 November 2024 | JumaatKarnival Pantai Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah berlangsung dengan meriah di Pantai Batu 5, P...
10/12/2024

15 November 2024 | Jumaat

Karnival Pantai Pendidikan Awal Kanak-Kanak telah berlangsung dengan meriah di Pantai Batu 5, Port Dickson. Karnival ini dianjurkan oleh Parlimen Port Dickson dengan kerjasama BAKRIYAH Negeri Sembilan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson.

Sepanjang acara, pelbagai aktiviti sukaneka diadakan yang memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar dan berseronok secara serentak. Aktiviti-aktiviti ini amat penting dalam membentuk perkembangan pendidikan mereka di peringkat awal. Program ini telah dirasmikan oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia dengan diiringi oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program yang memberi impak besar kepada pendidikan anak-anak kita.

14 November 2024 | KhamisKARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN LABU Karnival Wanita Madani Berselawat di DUN Labu yang...
10/12/2024

14 November 2024 | Khamis

KARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN LABU

Karnival Wanita Madani Berselawat di DUN Labu yang berlangsung di Masjid Pekan Labu, Batu 10 telah menyaksikan kehadiran seramai 800 muslimah. Program ini mengeratkan hubungan antara peserta dengan Allah SWT melalui solat sunat dhuha dan bacaan mathurat sughro. Ustazah Asni binti Abu Mansor juga telah memberikan ceramah yang penuh dengan motivasi bertajuk “Muslimah Madani Berselawat”.

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga program ini menjadi platform untuk memperkukuh amalan berzikir dan berselawat dalam kalangan wanita di Negeri Sembilan.

13 November 2024 | RabuKARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN KLAWANGKarnival Wanita Madani Berselawat diteruskan di DU...
10/12/2024

13 November 2024 | Rabu

KARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN KLAWANG

Karnival Wanita Madani Berselawat diteruskan di DUN Klawang yang diadakan di Masjid Kariah Amar Penghulu, Klawang. Program ini disertai oleh lebih 300 muslimah yang hadir untuk memperkuatkan hubungan spiritual dengan Allah dan Rasulullah SAW. Peserta terinspirasi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Asni binti Abu Mansor, berkenaan “Muslimah Madani Berselawat”.

Semoga program ini terus memberi manfaat dan keberkatan kepada semua.

10/12/2024

KARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN PILAH

12 November 2024 | SelasaKARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN PILAH DUN Pilah menjadi tuan rumah pada 12 November 202...
10/12/2024

12 November 2024 | Selasa

KARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN PILAH

DUN Pilah menjadi tuan rumah pada 12 November 2024 untuk Karnival Wanita Madani Berselawat yang penuh dengan semangat dan rasa cinta kepada Nabi Muhammad SAW. Seramai 500 peserta hadir di Masjid Kariah Yamtuan Raden, Kuala Pilah untuk bersama-sama mengikuti program yang bermakna ini. Ustazah Asni binti Abu Mansor menyampaikan ceramah bertajuk "Muslimah Madani Berselawat" yang memberi pencerahan kepada semua.

Terima kasih kepada semua yang hadir, semoga kita terus istiqamah dalam berselawat!

10/12/2024

KARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN PAROI

11 November 2024 | IsninKARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN PAROIAlhamdulillah, Karnival Wanita Madani Berselawat di...
10/12/2024

11 November 2024 | Isnin

KARNIVAL WANITA MADANI BERSELAWAT - DUN PAROI

Alhamdulillah, Karnival Wanita Madani Berselawat di DUN Paroi telah berjaya mengumpulkan lebih 300 muslimah di Masjid At-Taufiqiah, Taman Pinggiran Senawang. Program yang penuh keberkatan ini dimulakan dengan solat sunat dhuha berjemaah, diikuti bacaan mathurat sughro dan ceramah penuh inspirasi oleh Ustazah Asni binti Abu Mansor bertajuk “Muslimah Madani Berselawat”.

Terima kasih kepada semua yang hadir. Semoga setiap selawat yang dilafazkan diberkati Allah SWT.

Address

Seremban

Telephone

+60105082019

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bakriyah NS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bakriyah NS:

Share