04/10/2026
MESYUARAT PROGRAM KERJASAMA
Masjid Sri Sendayan telah menerima kunjungan daripada Bahagian Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Bahagian Korporat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), dan KGM Event pada hari Selasa, 29 September 2026. Kunjungan ini bertujuan untuk membincangkan program kerjasama yang bakal dijalankan di Masjid Sri Sendayan.
Insya Allah, program telah mencapai persetujuan semua pihak dan akan dijalankan pada hari Sabtu, 31 Oktober 2026. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.
Bersama kita mengimarahkan masjid!
Infaq masjid boleh disalurkan menerusi:
Bank Muamalat: 05010004401718
RHB Bank: 25510400006590