Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan GDM NS adalah gabungan NGO-NGO Islam Negeri Sembilan yang bersama menjalankan kerja-kerja dakwah.

Alhamdulillah.Pada  19hb Februari 2023 bersamaan 28 Rejab 1444H ( Ahad ), jam 7.30pagi hingga 5.00petang.Persatuan Ikata...
20/02/2023

Alhamdulillah.Pada 19hb Februari 2023 bersamaan 28 Rejab 1444H ( Ahad ), jam 7.30pagi hingga 5.00petang.Persatuan Ikatan Ukhuwah Saudara Baru Negeri Sembilan bersama Hidayah Center Foundation Negeri Sembilan dan Pertubuhan Pengasih India Negeri Sembilan telah mengadakan Program Kursus Tahsin Solat Anak Saudara Baru Dan Saudara Baru 2023 / 1444H, di Dewan Utama Pejabat Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Sembilan, Seremban, Negeri Sembilan. Program telah disempurnakan oleh Ustaz Shamsainei Siau Abdullah, Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama, JHEINS mewakili Penolong Pengarah Unit Ukhuwah, Bahagian Dakwah JHEAINS, Negeri Sembilan, Turut hadir Tuan Haji Muhammad Ridzuan Lau Bin Bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Ikatan Ukhuwah Saudara Baru(PIUSBA) Negeri Sembilan , Tuan Haji Mohd Ridzuan Ismail, Pengerusi Hidayah Center Foundation Negeri Sembilan dan En Ismail Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Pengasih India Negeri Sembilan.

22/01/2023
31HB DISEMBER 2022, PROGRAM HI TEA & SAMPAIKAN ISLAM KEPADA NON MUSLIM, ANJURAN BERSAMA HUDAYAH CENTRE NEGERI SEMBILAN &...
01/01/2023

31HB DISEMBER 2022, PROGRAM HI TEA & SAMPAIKAN ISLAM KEPADA NON MUSLIM, ANJURAN BERSAMA HUDAYAH CENTRE NEGERI SEMBILAN & GABUNGAN DAKWAH MALAYSIA (GDM) NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah... Aktiviti Sampaikan Risalah Islam, anjuran Hidayah Harmoni Outreach, ASRI- H2O bersama Gabungan Dakwah M...
25/12/2022

Alhamdulillah...

Aktiviti Sampaikan Risalah Islam, anjuran Hidayah Harmoni Outreach, ASRI- H2O bersama Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Sembilan

Street Dakwah penutup utk 2022, pada

Sabtu : 24 Dis 2022
Lokasi : Seremban
Masa : 9.00 am - 12.30pm

Mengucap syahadah, proses syahadah adalah satu proses yang cukup mendebarkan. Sebahagian  muallaf yang telah belajar dan...
23/12/2022

Mengucap syahadah, proses syahadah adalah satu proses yang cukup mendebarkan. Sebahagian muallaf yang telah belajar dan menghafal bacaan syahadah tersebut ada juga yang tidak mengetahuinya sama sekali. Sungguhpun demikian, proses mengucap syahadah bukan perkara mudah bari muallaf , maka mudahkan proses mengucap syahadah, tuliskan dalam bahasa rumi supaya mudah dibacakannya dan abaikan tajwid dan sebutan huruf sebab yang penting kefahaman dan keimanannya.

Perlu diingat bahawa muallaf adalah mereka tidak pernah belajar membaca bahasa Arab jadi mustahil muallaf dapat membaca syahadah dengan fasih dilengkapi dengan tajwid dan sebutan huruf yang tepat. Bayangkan saudara tidak pernah belajar bahasa Mandarin, anda disuruh membaca bahasa mandarin , adakah anda dapat membaca dengan tepat? Tentu tidak dapat, begitu juga muallaf yang berasal daripada pelbagai latar belakang keluarga, juga tidak mudah untuknya membaca bahasa Arab dengan tajwid dan sebutan yang tepat.

Terdapat kes seorang muallaf pergi ke jabatan agama untuk mengucap kalimah syahadah, disebabkan petugas jabatan agama terlampau mementingkan tajwid dan sebutan maka proses mengucap tertunda dan diberi masa selama tiga bulan untuk menghafal kalimah syahadah sampai fasih, selepas tiga bulan kemudian beliau kembali semula dan mencuba untuk mengucap semula dan gagal sehingga diberi peluang peluang ketiga selama enam bulan untuk menghafal semula dan akhirnya beliau membatalkan niatnya untuk memeluk Islam hanya disebabkan oleh perkara tersebut.

Apa yang dimaksudkan dengan saudara baru? Saudara baru adalah mereka yang memeluk Islam kurang dari lima tahun menurut k...
23/12/2022

Apa yang dimaksudkan dengan saudara baru? Saudara baru adalah mereka yang memeluk Islam kurang dari lima tahun menurut ketetapan JAKIM.
Ini tempoh kritikal menjinak dan mengikat hati-hati saudara baru pada Islam serta usaha-usaha mendalami tentang Islam. Nasib mereka perlu dibela sehingga mereka mampu berdikari dan teguh hati menghadapi pelbagai cabaran.

Tidak mudah menukar agama, ditambah dengan pelbagai persepsi dan salah faham tentang Islam. Detik memeluk Islam menjadi permulaan hidup penuh cabaran. Sanggupkah anda dihalau dan dipulaukan? Itu hanyalah antara pelbagai cabaran yang dihadapi oleh saudara-saudara baru kita.

Secara amnya, cabaran boleh dilihat dari tiga sudut iaitu diri, keluarga dan masyarakat. Cabaran-cabaran ini akan memberi tekanan kepada mereka maka penting untuk kita fahami agar kita dapat membantu mereka mengatasinya.

Address

No. 59, Tingkat 2, Jalan Tuanku Antah
Seremban
70100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gabungan Dakwah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share