Gerakan Koperasi Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

Gerakan Koperasi Negeri Sembilan Cooperative Regulatory Body

Innalillahi wa inna ilaihi raji‘un.Pengarah dan seluruh warga kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembil...
28/09/2026

Innalillahi wa inna ilaihi raji‘un.

Pengarah dan seluruh warga kerja Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah atas pemergian insan yang disayangi.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Semoga seluruh keluarga dikurniakan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

Al-Fatihah.

🌐 KOPERASI ANDA BERSEDIA MELANGKAH KE DUNIA DIGITAL?Tampilkan imej koperasi yang lebih profesional, mudahkan pelanggan m...
24/09/2026

🌐 KOPERASI ANDA BERSEDIA MELANGKAH KE DUNIA DIGITAL?

Tampilkan imej koperasi yang lebih profesional, mudahkan pelanggan mendapatkan maklumat dan luaskan capaian perniagaan melalui laman web sendiri!

Koperasi Sahabat Intelek Berhad (KOSIBER) menawarkan Pakej Pembangunan Laman Web Profesional Koperasi mengikut keperluan anda:

🔹 LANDING PAGE — serendah RM1,999
Laman web satu halaman dengan rekaan responsif, butang tindakan dan integrasi WhatsApp. Sesuai untuk promosi produk serta kempen pemasaran koperasi.

🔹 WEBSITE SYARIKAT — serendah RM4,690
Laman web sehingga 15 halaman dengan rekaan moden, borang pertanyaan, WhatsApp, asas SEO serta integrasi Google Maps dan media sosial.

🔹 KEDAI ONLINE — serendah RM6,888
Bawa produk koperasi ke pasaran digital dengan kedai dalam talian lengkap, sistem produk, troli pembelian, pembayaran dalam talian dan pengurusan pesanan.

📱 Semua pakej menampilkan rekaan responsif untuk paparan telefon bimbit dan komputer.

Ayuh, perkukuh kehadiran digital koperasi anda! Hubungi KOSIBER untuk mengetahui pakej yang bersesuaian dengan keperluan perniagaan koperasi.

🌐 https://dev.kosiber.biz
📞 Faisal: 011-2839 9361
📞 Heffny: 017-769 0736

Bersama memajukan gerakan koperasi melalui teknologi dan inovasi.





----------------------------------
🔴Ikuti media sosial Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/coopn9
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://www.skm.gov.my

🔥 JUALAN MADANI KOPERASI x JUALAN AGRO MADANI 🔥Jangan lepaskan peluang serbu Program Jualan Madani Koperasi X Jualan Agr...
22/09/2026

🔥 JUALAN MADANI KOPERASI x JUALAN AGRO MADANI 🔥

Jangan lepaskan peluang serbu Program Jualan Madani Koperasi X Jualan Agro Madani di perkarangan Wisma Persekutuan Seremban!

🎉 Barangan keperluan harian, hasil segar tempatan, dan produk koperasi dengan harga berpatutan.

📌 Bawa keluarga & sokong produk koperasi serta agro tempatan.
📆 25 September 2026 (Jumaat)

📍Perkarangan bangunan Wisma Persekutuan Seremban, Negeri Sembilan

🕘 8.00 pagi- 3.00 petang

Moh Dogheh!!!, support produk koperasi dan produk segar tempatan !!.





17/09/2026
MAJLIS APRESIASI GERAKAN KOPERASI (MAGK) 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN RAIKAN PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN KOPERASISERE...
17/09/2026

MAJLIS APRESIASI GERAKAN KOPERASI (MAGK) 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN RAIKAN PENCAPAIAN DAN KECEMERLANGAN KOPERASI

SEREMBAN, 10 SEPTEMBER 2026 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Peringkat Negeri Sembilan (MAGK’26) bertempat di Dewan Seri Negeri, Royale Chulan Seremban, dengan kehadiran sebanyak 89 buah koperasi.

Penganjuran MAGK’26 merupakan platform pengiktirafan dan penghargaan terhadap pencapaian serta sumbangan gerakan koperasi di Negeri Sembilan, di samping menyuntik semangat kepada koperasi untuk terus memperkukuh prestasi, tadbir urus dan daya saing organisasi.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Fairuz bin Mohd Isa, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Antara acara utama MAGK’26 ialah Gimik Pelancaran Profil 20 Koperasi Terbaik Negeri Sembilan Tahun 2026. Inisiatif ini mengetengahkan kredibiliti, tadbir urus dan pencapaian koperasi sebagai penanda aras serta model rujukan kepada gerakan koperasi di Negeri Sembilan.

Dalam ucapan perasmiannya, YB EXCO turut merakamkan tahniah kepada 20 koperasi terbaik Negeri Sembilan Tahun 2026 dan menegaskan bahawa pengiktirafan yang diberikan bukan sekadar sijil atau anugerah, sebaliknya merupakan penghargaan terhadap usaha, pengorbanan, komitmen dan kesungguhan anggota lembaga, anggota koperasi, pihak pengurusan serta seluruh warga koperasi dalam memastikan organisasi masing-masing terus berkembang.

Kemuncak MAGK’26 diteruskan dengan penyampaian anugerah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian koperasi dalam pelbagai kategori.

Bagi Anugerah Koperasi Terbaik Tahun 2026, tempat pertama dimenangi oleh Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Lakai Negeri Sembilan Berhad, diikuti tempat kedua oleh Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Gugusan Bayai Jempol Berhad, manakala tempat ketiga disandang oleh Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan Berhad.

Bagi kategori Anugerah Koperasi Harapan Terbaik Tahun 2026, penerima ialah Koperasi SAROHA Negeri Sembilan Berhad, manakala Koperasi Kolej MARA Seremban Berhad menerima Anugerah Koperasi IPT/Belia Terbaik Tahun 2026.

Sementara itu, Anugerah Koperasi Sekolah Terbaik Tahun 2026 telah dianugerahkan kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan Seremban Berhad.

Secara keseluruhannya, penganjuran MAGK’26 diharapkan dapat terus menjadi wadah pengiktirafan yang bermakna dalam menghargai sumbangan gerakan koperasi, di samping memperkukuh motivasi koperasi di Negeri Sembilan untuk meningkatkan prestasi, kualiti pengurusan, tadbir urus dan kecemerlangan operasi secara berterusan.







----------------------------------
🔴Ikuti media sosial Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/coopn9
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : skm.gov.my

Selamat Hari Malaysia 2026Sempena hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat keamanan dan...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026

Sempena hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama mensyukuri nikmat keamanan dan terus memperkukuh ikatan perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita. Semoga semangat cintakan tanah air sentiasa mekar dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.

Ikhlas daripada:

YBrs. Tuan Radiatul Fitri bin Dollah
Pengarah dan seluruh warga kerja
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
Cawangan Negeri Sembilan.







----------------------------------
🔴Ikuti media sosial Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan:

𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/coopn9
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : skm.gov.my

Tahniah atas PelantikanSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Marzuki bin Yasoa’ atas pelantikan ...
14/09/2026

Tahniah atas Pelantikan

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Haji Mohd Marzuki bin Yasoa’ atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Semoga amanah yang digalas terus dipimpin dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan komitmen demi memperkukuh gerakan koperasi negara.

“Khidmat yang lahir daripada amanah akan membina kepercayaan, manakala kepimpinan yang berteraskan hikmah akan meninggalkan kesan yang berkekalan.”

Ikhlas daripada,
Pengarah & Warga Kerja
SKM Cawangan Negeri Sembilan

10/09/2026

Hari Ini…

Kiraan detik menuju sebuah malam penuh penghargaan.

Saat yang dinanti, di mana jasa diangkat, pencapaian diraikan dan nama-nama yang menggerakkan Gerakan Koperasi Negeri Sembilan diberi penghormatan sewajarnya.

Satu pentas.
Satu pengiktirafan.
Satu kebanggaan.

Tidak lama lagi, kita saksikan detiknya.

Nantikan. MAGK’2026.





----------------------------------
🔴Ikuti media sosial Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/coopn9
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : skm.gov.my

09/09/2026

1 Hari Lagi…

Kiraan detik ke arah sebuah pengiktirafan.

Satu majlis kemuncak yang akan menjulang kebanggaan seluruh Gerakan Koperasi Negeri Sembilan.

Nantikan…





----------------------------------
🔴Ikuti media sosial Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/coopn9
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : skm.gov.my

Address

Seremban
70000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6067635551

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Koperasi Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gerakan Koperasi Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share