PGSM Negeri Sembilan

Directions Contact the organization

PGSM Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PGSM Negeri Sembilan, Non-Governmental Organization (NGO), NO. 5, TINGKAT 1, Jalan DURIAN EMAS 2, BETARIA BUSINESS CENTRE, SEREMBAN, Seremban.

PERBINCANGAN MEJA BULAT: TRANSFORMASI & PEMERKASAAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF (ADR) DALAM SISTEM PERUNDANGAN SY...
27/08/2026

PERBINCANGAN MEJA BULAT: TRANSFORMASI & PEMERKASAAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN ALTERNATIF (ADR) DALAM SISTEM PERUNDANGAN SYARIAH

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Perbincangan Meja Bulat: Transformasi & Pemerkasaan Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) Dalam Sistem Perundangan Syariah pada 26 Ogos 2026, bertempat di Klana Resort Seremban.

Program anjuran Persatuan Peguam Syarie Negeri Sembilan (PGSMNS) ini menghimpunkan para pengamal undang-undang, ahli akademik serta pihak kehakiman bagi membincangkan perkembangan, cabaran dan potensi Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR), khususnya dalam konteks perundangan Syariah.

Perbincangan telah diperkaya dengan perkongsian daripada tiga panel pembentang:

šŸ”¹ Prof. Madya Dr. Hendun Abd Rahman Shah
Pensyarah, Fakulti Syariah & Undang-undang, USIM
ā€œPerbandingan Prosedur Sulh antara Negeri-negeriā€

šŸ”¹ Dr. Zulzaidi bin Mahmod
Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan
ā€œStatistik Sulh & Pengalaman JKSMNSā€

šŸ”¹ Puan Maziah Joary binti Mohd Tajudin
Pengarah, Bahagian Pengantaraan (Mediasi), Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia
ā€œProsedur Mahkamah Sivil & Pengalamanā€

Sesi perbincangan turut membuka ruang kepada pertukaran pandangan dan pengalaman dalam usaha memperkukuh mekanisme penyelesaian pertikaian yang lebih efektif, cepat, harmoni dan selari dengan prinsip Syariah.

Program turut diserikan dengan Perasmian Penutup oleh YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua panel pembentang, tetamu, peserta serta pihak yang telah menjayakan program ini.

Semoga hasil perbincangan dan resolusi yang dibentangkan dapat menjadi antara pemangkin kepada transformasi dan pemerkasaan ADR dalam sistem perundangan Syariah di Malaysia.

Bersama Memperkasa Keadilan, Memartabatkan Syariah.

Address

NO. 5, TINGKAT 1, Jalan DURIAN EMAS 2, BETARIA BUSINESS CENTRE, SEREMBAN
Seremban
70100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PGSM Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PGSM Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share