06/07/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐
๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐จ๐ค ๐๐ฎ๐ฆ, ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ก ๐๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฉ๐ฉ๐ฒ
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐ (๐๐๐๐ญ๐ฎ)
๐๐๐ฌ๐ : ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐ (๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ ๐ฉ๐๐๐ ๐.๐๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐ )
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐๐ฅ๐๐ง ๐๐๐, ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ก ๐๐ญ๐๐ฆ๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ญ๐๐ง ๐๐ก๐๐ฌ : ๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐๐ ๐๐๐ฌ๐๐ก ๐, ๐๐ง. ๐๐๐ฆ๐๐ฅ
๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ๐น๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐
๐ฌ๐ญ. ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐๐ธ๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐
a) Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5 bermula pada jam 5.30 petang.
b) Setiausaha Persatuan, En. Arun, menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua ahli dan tetamu yang hadir.
๐ฌ๐ฎ. ๐จ๐ฐ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐๐๐ฎ๐ป
Pengerusi Persatuan, Pn. Nurul, menyampaikan ucapan pembukaan.
a) Dalam ucapan beliau, diterangkan bahawa sepanjang tempoh dua (2) tahun lalu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Ahli Jawatankuasa bagi menyelesaikan pelbagai isu dan masalah yang disuarakan oleh penduduk.
b) Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa sambutan dan maklum balas daripada penduduk masih kurang memuaskan.
c) Beliau turut meluahkan rasa kecewa terhadap jumlah kehadiran penduduk yang rendah pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ini.
๐ฌ๐ฏ. ๐จ๐ฐ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ต๐ฎ๐
Pn. Nurul menjemput Pengerusi KRT Rasah B, En. Kamal, untuk menyampaikan ucapan khas.
Dalam ucapan beliau:
a) Memperkenalkan KRT Rasah B.
b) Menerangkan kawasan pentadbiran yang diliputi oleh KRT Rasah B.
c) Menjelaskan peranan dan tanggungjawab KRT.
d) Berkongsi program-program yang telah dijalankan serta perancangan program akan datang.
c) Menjemput penduduk yang berminat untuk menyertai Jawatankuasa KRT Rasah B sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK).
๐ฌ๐ฐ. ๐ฃ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ
Pn. Nurul telah dilantik sebagai Pengerusi Sementara bagi mengendalikan Mesyuarat Agung Tahunan.
๐ฌ๐ฑ. ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ถ๐ป๐ถ๐ ๐ ๐ฒ๐๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ธ๐๐ถ๐๐ถ๐๐ถ
a) Minit Mesyuarat Agung Tahunan Ke-4 dibentangkan kepada ahli.
b) Laporan Aktiviti Ahli Jawatankuasa bagi sesi terdahulu turut dibentangkan.
c) Pengerusi Persatuan memberikan penerangan yang lebih terperinci mengenai setiap aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh pentadbiran.
๐ฌ๐ฒ. ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป
Bendahari, Pn. Asiah, membentangkan Laporan Kewangan Persatuan kepada semua ahli yang hadir.
๐ฌ๐ณ. ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ฏ๐๐ฏ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ
Jawatankuasa Persatuan bagi Sesi 2024โ2026 telah dibubarkan secara rasmi.
๐ฌ๐ด. ๐ฃ๐ฒ๐บ๐ถ๐น๐ถ๐ต๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐
a) Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2026โ2028 telah dijalankan.
b) Jawatankuasa baharu telah dipilih sebulat suara oleh ahli yang hadir.
๐ฌ๐ต. ๐จ๐ฐ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฒ๐ฟ๐๐๐ถ ๐๐ฎ๐ต๐ฎ๐ฟ๐
Pengerusi baharu, En. Muthu, mewakili Jawatankuasa Sesi 2026โ2028 menyampaikan ucapan penghargaan.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan kepercayaan kepada Jawatankuasa baharu untuk menerajui Persatuan bagi sesi 2026โ2028.
๐ญ๐ฌ. ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ ๐๐ฒ๐ฟ๐ด๐ฎ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ฟ
Sesi bergambar telah diadakan melibatkan:
a) Ahli Jawatankuasa Sesi 2026โ2028.
b) Ahli Jawatankuasa Sesi 2026โ2028 bersama Ahli Jawatankuasa Sesi 2024โ2026 serta Pengerusi KRT Rasah B.
๐ญ๐ญ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐ฎ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ถ๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ต ๐๐ฒ๐ฟ๐๐๐ฎ๐ต
Pengerusi Persatuan yang baharu, En. Muthu, telah menyampaikan hadiah
๐ญ๐ฎ. ๐๐ฎ๐บ๐๐ฎ๐ป
Mesyuarat diakhiri dengan jamuan ringan serta sesi ramah mesra antara ahli dan tetamu.
๐ญ๐ฏ. ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ฒ๐บ๐๐ฎ ๐๐ต๐น๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐น๐ฎ๐น๐ (๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ญโ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ)
Persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Sesi 2024โ2026 yang telah menamatkan perkhidmatan mereka atas segala jasa, komitmen dan sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh pentadbiran.
๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ฎ๐ฟ๐ด๐ฎ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ต๐ฎ๐ ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ:
๐ฎ) ๐ฃ๐ป. ๐ก๐๐ฟ๐๐น
Membimbing Jawatankuasa 2024-2026, menyediakan tempat untuk mesyuarat AJK dan memberikan kerjasama dan sokongan sejak Persatuan ditubuhkan pada tahun 2021.
๐ฏ) ๐ฃ๐ป. ๐๐๐ถ๐ฎ๐ต
Mengurus dan mengemas kini rekod kewangan serta perbelanjaan Persatuan dengan baik.
Turut memberikan pelbagai sumbangan kepada Persatuan sepanjang menjadi Ahli Jawatankuasa.
๐ฐ) ๐๐ป. ๐ง๐ผ๐ต
Memberikan kerjasama yang cemerlang sebagai Timbalan Pengerusi bagi sesi lalu.
Turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan Persatuan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
๐ฑ) ๐๐ป. ๐ฃ๐ฟ๐ฎ๐๐ต๐ฎ๐ป
Sentiasa menguruskan penyediaan khemah, kerusi dan meja bagi setiap aktiviti serta program Persatuan.
๐ฒ) ๐ฃ๐ป. ๐ฅ๐ผ๐๐บ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ถ
Sentiasa menguruskan penyediaan makanan dan minuman bagi setiap aktiviti Persatuan serta mesyuarat Ahli Jawatankuasa.
Menyediakan makanan yang berkualiti, sedap serta pada harga yang berpatutan.
๐ณ) ๐ฃ๐ป. ๐ ๐ผ๐น๐น๐
Memberikan kerjasama, bimbingan dan sokongan sejak Persatuan ditubuhkan pada tahun 2020.
Merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penaja Persatuan yang banyak menyumbang kepada penubuhan dan perkembangan Persatuan.
๐ด) ๐ฃ๐ป. ๐ก๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฎ๐ต
Memberikan sumbangan sebagai Setiausaha Jawatankuasa bagi sesi 2022โ2024.
Turut berkhidmat sebagai Pengerusi JPKK Kampung Rasah dan sentiasa memberikan kerjasama kepada Persatuan.
๐ต) ๐๐ต๐น๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ธ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ถ๐ป
Persatuan turut merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa lain yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan pelbagai program serta urusan Persatuan sepanjang sesi 2024โ2026.
๐ญ๐ฐ) ๐ฃ๐ฒ๐ป๐๐๐๐ฝ
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5 Persatuan Sepakat Penduduk Taman Mok Sum, Taman Rasah Utama dan Taman Happy telah berlangsung dengan lancar.
Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026โ2028 telah dipilih secara sebulat suara bagi meneruskan usaha memperkukuh perpaduan, kebajikan serta pembangunan komuniti demi manfaat seluruh penduduk.