MyKekasih

Directions Contact the organization

MyKekasih Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MyKekasih, Community Center, Seremban.

26/09/2026
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) & J...
26/09/2026

Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang bersama-sama menjayakan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) & Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Parlimen Seremban pada 26 September 2026 (Sabtu) di Dewan Komuniti Taman Coral Heights, Sikamat.

Terima kasih kepada pihak penganjur, para petugas, rakan-rakan strategik serta seluruh komuniti yang hadir, menyokong dan turut memeriahkan program ini.
Buat kami di NGO MyKekasih, dapat bersama komuniti dalam suasana yang santai, terbuka dan penuh semangat seperti ini merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna.

Semoga kita terus saling menyokong dan bersama-sama membina komuniti yang lebih sihat, sejahtera dan prihatin β€” untuk semua.

Jumpa lagi di program akan datang! ✨

25/09/2026

TAHU TAK APA ITU PEP? 🚨

Pernah rasa risau selepas kemungkinan terdedah kepada HIV? Jangan tunggu terlalu lama. ❀️

PEP = Post-Exposure Prophylaxis
PEP ialah ubat pencegahan HIV yang digunakan selepas seseorang berkemungkinan terdedah kepada HIV, dengan tujuan mengurangkan risiko jangkitan.

⏰ Paling penting β€” masa sangat memainkan peranan!
PEP perlu dimulakan secepat mungkin dan dalam tempoh 72 JAM selepas pendedahan. Jangan tunggu sehingga muncul simptom kerana HIV pada peringkat awal mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

πŸ’Š PEP biasanya diambil selama 28 hari, mengikut penilaian dan arahan petugas kesihatan.

Antara situasi yang mungkin memerlukan penilaian untuk PEP termasuk:
β€’ Hubungan seks tanpa perlindungan
β€’ Kondom pecah atau gagal
β€’ Perkongsian jarum
β€’ Pendedahan tertentu kepada darah atau cecair badan yang berisiko

❗ Dah lebih 72 jam? Tetap dapatkan nasihat daripada petugas kesihatan untuk mengetahui langkah seterusnya.

πŸ“ Nak tahu tentang PEP? Nak dapatkan bantuan atau buat penilaian?

Boleh hubungi NGO MyKekasih untuk mendapatkan maklumat dan bantuan secara sulit.

πŸ“² PM LELAJU! Jangan tunggu sampai terlambat.

❀️ Jaga diri. Jaga kesihatan. Dapatkan maklumat yang betul.

22/09/2026

Stigma Membunuh Semangat, Bukan HIV.

Ramai masih percaya mitos tentang HIV, tetapi hakikatnya stigma dan diskriminasi sering menjadi beban yang lebih menyakitkan.

πŸ’› Sebarkan fakta, bukan prasangka.

πŸ’› Hulurkan sokongan, bukan penghukuman.

πŸ’› Tunjukkan empati, bukan kebencian.
Setiap insan berhak dihormati, diterima dan diberi peluang untuk hidup dengan bermaruah.

Terima Kasih kepada Malaysian AIDS Council & Malaysian AIDS FoundationSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepad...
21/09/2026

Terima Kasih kepada Malaysian AIDS Council & Malaysian AIDS Foundation

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis AIDS Malaysia MAC dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) atas jemputan ke National AIDS Conference 2026 yang telah berlangsung pada 18–19 September 2026 di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.

Satu pengalaman yang sangat bermakna dapat bersama para profesional, komuniti, NGO dan rakan-rakan seperjuangan dalam berkongsi ilmu, pengalaman serta memperkukuhkan usaha bersama dalam respons terhadap HIV/AIDS di Malaysia.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuhkan demi kesihatan, kesejahteraan dan masa depan komuniti yang lebih baik.
Terima kasih atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan.


19/09/2026

Ye .. RM 1 je.. tu pun nk berkira.. hmm.. sekarang semua harga dh naik.. hmm.. so sad.. pape roger je 0147506216

18/09/2026

🌸 KESIHATAN SEKSUAL, TANGGUNGJAWAB BERSAMA 🌸
Jaga kesihatan seksual dengan mengamalkan perlindungan, lakukan saringan secara berkala, berkomunikasi secara terbuka dan dapatkan bantuan profesional jika diperlukan.
❀️ Kesihatan seksual adalah hak anda. Pengetahuan adalah kuasa.
πŸ“ž Hubungi MyKekasih: 014-750 6216
πŸ”— mykekasih.org/links

Address

Seremban
70300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MyKekasih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MyKekasih:

Shortcuts

Share