Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan

Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan, Non-Governmental Organization (NGO), Taman Paroi Jaya, Seremban.

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐Œ๐ฎ๐›๐š๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”๐‡ Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita kembali dipertemukan...
01/03/2025

๐’๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐‘๐š๐ฆ๐š๐๐š๐ง ๐€๐ฅ-๐Œ๐ฎ๐›๐š๐ซ๐š๐ค ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”๐‡

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita kembali dipertemukan dengan bulan Ramadan yang penuh rahmat dan keberkatan. Insya-Allah umat Islam di seluruh Malaysia akan memulakan ibadah berpuasa pada 1 Ramadan 1446H bersamaan dengan 2 Mac 2025.

Semoga Ramadan kali ini kita berazam untuk memperbanyakkan amal soleh, memperkukuh nilai kasih sayang sesama insan, serta mempererat ukhwah dalam membina masyarakat yang lebih harmoni dan sejahtera.

Kami dari Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak serta mendoakan agar kita semua dikurniakan keberkatan dan keampunan sepanjang bulan yang mulia ini.






โœจ๐Ÿซ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2025/2026 ๐ŸŽ“โœจKepada semua murid, khususnya murid-murid dalam kalangan Orang Asli, sela...
17/02/2025

โœจ๐Ÿซ SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2025/2026 ๐ŸŽ“โœจ

Kepada semua murid, khususnya murid-murid dalam kalangan Orang Asli, selamat menimba ilmu pengetahuan dengan penuh semangat dan iltizam serta disiplin dan tekad untuk mencapai kejayaan, membantu keluarga dan sebagainya.

Kepada semua guru, selamat menjalankan tugas dan semoga dipermudahkan segala urusan mendidik anak bangsa.

โ€œDatang dengan azam dan harapan, pulang dengan membawa kejayaanโ€

Ikhlas dari Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan






๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐‚๐ข๐ง๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ โœจ๐Ÿงง๐ŸฎPERTUBUHAN ORANG ASLI PRIHATIN NEGERI SEMBILAN ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina...
29/01/2025

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐‚๐ข๐ง๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ โœจ๐Ÿงง๐Ÿฎ

PERTUBUHAN ORANG ASLI PRIHATIN NEGERI SEMBILAN ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Mari kita sambut tahun Ular dengan semangat baru dan harapan yang tinggi!

Gong Xi Fa Chai
Xin Nian Kuai Le
Shen Ti Jian Kang
Sui Sui Ping An



๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Ke-77 DULI YANG MAHA MULIA Y...
14/01/2025

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Hari Keputeraan Yang Ke-77 DULI YANG MAHA MULIA YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR pada 14 Januari 2025 bersamaan dengan 14 Rejab 1446H

Semoga Allah Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Tuanku

Sembah Takzim daripada Pengerusi & Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan


MESYUARAT AKHIR TAHUN PERTUBUHAN ORANG ASLI PRIHATIN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024Pada 14 Disember 2024, Pengerusi Pertubuh...
31/12/2024

MESYUARAT AKHIR TAHUN PERTUBUHAN ORANG ASLI PRIHATIN NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024

Pada 14 Disember 2024, Pengerusi Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan (POAPNS), tuan Iszuddin Bin Abdullah telah mempengerusikan Mesyuarat Akhir Tahun POAPNS Tahun 2024 bertempat di Pusat Pengajian Al Quran dan Fardhu Ain Ash Shafie, Seremban, Negeri Sembilan

Agenda mesyuarat adalah meluluskan minit mesyuarat yang lepas, laporan aktiviti,laporan kewangan, membincangkan perkara-perkara berbangkit, hal-hal lain dan perkara-perkara daripada Pengerusi.

Pada kesempatan itu juga, Pengerusi POAPNS turut memaklumkan objektif utama bagi tahun 2024 iaitu aktiviti kemasyarakatan dapat dilaksanakan telah berjaya dicapai. Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua pihak kerana dengan sokongan dan kerjasama jitu setiap lapisan, POAPNS telah berjaya mendapat penghargaan di Konvensyen Muallaf Peringkat Kebangsaan yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan

Selain itu, Pengerusi POAPNS membincangkan perancangan-perancangan pertubuhan untuk tahun 2025 akan datang

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam,Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan merangkap Penasihat POAPNS, Ustaz Jasni Bin Ajom. Beliau memberi nasihat, kata semangat dan idea untuk pertubuhan merangka strategi yang lebih baik dalam gerak kerja pertubuhan menjelang 2025 nanti.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam memastikan mesyuarat ini berjalan dengan lancar

PROGRAM KEMASYARAKATAN ORANG ASLI TEKIR LABU Tarikh: 7hb Disember 2024Hari: Sabtu Tempat: Perkampungan Orang Asli Tekir,...
31/12/2024

PROGRAM KEMASYARAKATAN ORANG ASLI TEKIR LABU

Tarikh: 7hb Disember 2024
Hari: Sabtu
Tempat: Perkampungan Orang Asli Tekir,Labu, Negeri Sembilan
Kerjasama : Yayasan Negeri Sembilan, DUN Labu, Universiti Sains Islam Malaysia dan Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan

Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan (POAPNS) turut bersama-sama turun padang dalam menjayakan program tersebut

Hadir sama dalam program tersebut, Tuan Iszuddin Bin Abdullah, Pengerusi POAPNS

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Muhammad Aqil Bin Razali, Wakil Penyelaras DUN Labu

Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar dan telah mendapat sambutan yang positif dari penduduk kampung

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung:
- Aktiviti Ziarah Mahabbah
- Senamrobik
- Sukaneka
- Cabutan Bertuah
- Ceramah Motivasi

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada
- Batin Ramli Bin Takak, Tok Batin Kampung Orang Asli Tekir
- Tuan Nasir Bin Musil, Pengerusi JPKKOA Tekir
- Penduduk Kampung Orang Asli Tekir

KONVENSYEN MUALLAF PERINGKAT KEBANGSAAN TARIKH : 20 & 21 November 2024TEMPAT : Hotel Royale Chulan, Seremban ANJURAN : J...
23/11/2024

KONVENSYEN MUALLAF PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH : 20 & 21 November 2024
TEMPAT : Hotel Royale Chulan, Seremban
ANJURAN : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan

PERTUBUHAN ORANG ASLI PRIHATIN NEGERI SEMBILAN (POAPNS) telah menghadiri konvensyen ini yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Haji Aminuddin Harun

POAPNS sangat berbesar hati dan berterima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan "Official" (JHEAINS) diatas pengiktirafan plak serta sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan diringi Pengarah JHEAINS, Tuan Mohd Asri Bin Abdullah

Beberapa ahli POAPNS juga terlibat dalam mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran dan persembahan tradisional Orang Asli

POAPNS juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Setiausaha POAPNS, Puan Nurul Nadia Binti Azmi atas penganugerahan yang beliau terima

Sekali lagi POAPNS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JHEAINS diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh kami POAPNS dalam merealisasikan misi dan objektif selama ini

Dengan pengiktirafan ini, menjadi batu loncatan serta inspirasi kepada kami POAPNS untuk terus berkhidmat untuk komuniti khususnya dalam kalangan Orang Asli

Address

Taman Paroi Jaya
Seremban
70400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Orang Asli Prihatin Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share