18/10/2026
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera &
Salam UiTM di hatiku.
PEMAKLUMAN PEMBUKAAN SEMULA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) SECARA BERSEMUKA
Merujuk perkara di atas,
🔶 Sukacita dimaklumkan bahawa sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi pelajar Diploma dan Sarjana Muda FSPPP akan kembali dilaksanakan secara bersemuka bermula pada 19 Oktober 2026 (Isnin), tertakluk pada jadual kuliah yang telah ditetapkan.
🔶 Sehubungan dengan itu, para pelajar diminta untuk:
1️⃣ Menghadiri kuliah secara bersemuka mengikut jadual, masa dan lokasi yang telah ditetapkan.
2️⃣ Memberikan kerjasama bagi memastikan kelancaran sesi PdP.
3️⃣ Sentiasa peka terhadap sebarang pemakluman rasmi daripada pihak fakulti berhubung pelaksanaan PdP dari semasa ke semasa.
Sekian, terima kasih.
”PEMANGKIN INTEGRITI MAHASISWA”
SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI SESI 2025/2026 💛🖤