Surau Al Maliki

Surau Al Maliki Surau Al Maliki
Taman Bukit Galena Fasa 5,6 & 7
Pengerusi : En Rashidi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ahli Kariah Surau Al Maliki  Bukit Galena 5,6,7Program Ceramah keselamatan dan Skim ...
09/07/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Ahli Kariah Surau Al Maliki Bukit Galena 5,6,7

Program Ceramah keselamatan dan Skim Rondaan Sukarelawan bersama PDRM
=====================

Pengerusi dan AJK KRT Taman Bukit Galena telah berbincang untuk mengadakan 1 Program Ceramah Keselamatan Jenayah dan Rondaan SRS bersama pasukan Polis DiRaja Malaysia di taman kita ini.

Ketetapan Program adalah seperti berikut :-

Tarikh : 11/07/2026
Masa : 0830 malam - 1130 malam
Tempat : Pondok KRT ,Jalan Bukit Galena 22.

Semua Penduduk dijemput hadir bagi memeriahkan program disambil mengukuhkan ukhwan sesama jiran yang akan meningkatkan jaminan keselamatan di dalam kawasan taman kita ini.

Bersama kita membenteras jenayah demi persekitaran yang aman dan selesa untuk keluarga dan anak- anak kita.

ringan disediakan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Dimaklumkan bahawa satu Majlis Bacaan Yassin yang dipimpin oleh Tuan Iman Epu...
01/07/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dimaklumkan bahawa satu Majlis Bacaan Yassin yang dipimpin oleh Tuan Iman Epul Azli akan diadakan di Surau Al-Maliki pada ketetapan berikut :

πŸ“… Tarikh: Khamis, 2 Julai 2026

πŸ•° Masa: Selepas Solat Maghrib
πŸ“ Tempat: Surau Al-Maliki

Dijemput semua ahli kariah Surau Al Maliki, muslimin dan muslimat untuk hadir beramai-ramai bagi merahmati majlis.
Semoga majlis ini diberkati Allah SWT dan mengeratkan ukhuwah sesama ahli kariah.

Sekian, terima kasih.

Sekitar Sambutan Maal Hijrah 1448H Peringkat Surau Al Maliki Taman Bukit Galena Fasa 5,6&7 πŸ•Œ
18/06/2026

Sekitar Sambutan Maal Hijrah 1448H Peringkat Surau Al Maliki
Taman Bukit Galena Fasa 5,6&7 πŸ•Œ


JEMPUTAN MAJLIS ILMU & CERAMAH KHAS MAAL HIJRAH SURAU AL MALIKI , BUKIT GALENA FASA 5,6,7===============================...
18/06/2026

JEMPUTAN MAJLIS ILMU & CERAMAH KHAS MAAL HIJRAH SURAU AL MALIKI , BUKIT GALENA FASA 5,6,7
===============================================

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian,
Sempena menyambut ketibaan Tahun Baru Islam 1448H, pihak pengurusan Surau Al Maliki dengan segala hormatnya menjemput seluruh ahli kariah dan para jemaah untuk menghadiri majlis ilmu yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“† Tarikh: 18 Jun 2026 (2 Muharram 1448) (Khamis)
⏰ Masa: Selepas Solat Maghrib (Berjemaah)
πŸ•Œ Tempat: Surau Al-Maliki, Bukit Galena Fasa 5,6,7
πŸŽ™οΈ Penceramah Jemputan: Ustaz Ayub bin Baharudin ( Imam Masjid Al-Hidayah Mutiara Galla )

"SEMUA JEMAAH KARIAH SURAU ALMALIKI DIJEMPUT HADIR”

Bersama-sama kita hadirkan diri bagi mengimarahkan rumah Allah serta menuntut ilmu demi menghayati pengajaran di sebalik peristiwa agung Hijrah Rasulullah SAW.

Semoga kehadiran kita diberkati dan mendapat keredaan-Nya.

Terima kasih.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H πŸŒ™Daripada kami barisan Ahli Jawatankuasa Surau Al Mal...
26/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

πŸŒ™ Salam Aidiladha 1447H πŸŒ™

Daripada kami barisan Ahli Jawatankuasa Surau Al Maliki , kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli kariah dan umat Islam.

Semoga ibadah korban dan pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT serta mengeratkan lagi ukhuwah, kasih sayang dan semangat kebersamaan dalam komuniti kita.

Maaf zahir dan batin.
Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, ketenangan dan rahmat buat kita semua serta keluarga tercinta.

Ikhlas daripada,
AJK Surau

πŸŒ™ REBUT PAHALA 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN πŸŒ™"Jadikan sedekah anda sebagai bekalan abadi di akhirat kelak. Amin, Insya-Alla...
11/03/2026

πŸŒ™ REBUT PAHALA 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN πŸŒ™

"Jadikan sedekah anda sebagai bekalan abadi di akhirat kelak. Amin, Insya-Allah."

Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, sempena malam-malam penuh barakah ini, pihak Surau Al Maliki membuka peluang kepada anda semua untuk menyumbang ke:

πŸ“Œ TABUNG PENYELENGGARAAN & PEMBAIKAN SURAU

Sumbangan anda sangat diperlukan bagi memastikan rumah Allah ini kekal selesa dan kondusif untuk kegunaan para jemaah dan aktiviti ibadah kita bersama.

Salurkan sumbangan ikhlas anda ke:
🏦 Bank: Bank Kerjasama Rakyat
πŸ”’ No. Akaun: 1101664520
πŸ‘€ Nama Akaun: Surau Al-Maliki

β€œSedekah itu tidak akan mengurangkan harta.” (HR. Muslim)

Jom kita kejar Lailatul Qadar dengan amalan yang berpanjangan pahalanya. Sila kongsikan mesej ini kepada kenalan yang lain. Syukran jazilan. 🀲✨

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadan 1447H/2026M.
18/02/2026

Jadual Waktu Imsak & Berbuka Puasa Ramadan 1447H/2026M.




Address

Taman Bukit Galena
Seremban
70200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Al Maliki posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share