Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban-PRAISE

Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban-PRAISE Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban-PRAISE, Non-Governmental Organization (NGO), Seremban.

🌿 JOM TEROKAI MIRI & SEKITARNYA! 🌿• MARUDI • SUBIS • BELURU.TELANG USAN.LONG LAMA🏞️ Alam • Budaya • Warisan • Makanan • ...
04/09/2026

🌿 JOM TEROKAI MIRI & SEKITARNYA! 🌿

• MARUDI • SUBIS • BELURU.TELANG USAN.LONG LAMA

🏞️ Alam • Budaya • Warisan • Makanan • Pengembaraan

✨ “Dari Bandar Hingga Pedalaman, Miri Menanti Untuk Diterokai!” ✨

📍 Terokai Miri, Temui Keajaiban Borneo!

Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban (PRAISE)mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat ...
30/08/2026

Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban (PRAISE)
mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

🇲🇾 69 Tahun Merdeka, 69 Tahun Bersama 🇲🇾
Berbeza budaya, bahasa dan adat, namun tetap bersatu sebagai satu bangsa Malaysia.

Semarakkan semangat patriotisme,
hargai warisan budaya,
dan teruskan membina Malaysia yang harmoni.

❤️ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ❤️

Salam Merdeka daripada kami,
Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban (PRAISE)

🇲🇾 HADIR ATAS JEMPUTAN 🇲🇾30 August 2026Dengan penuh rasa bangga dan teruja, kami berkesempatan hadir atas jemputan ke Pe...
30/08/2026

🇲🇾 HADIR ATAS JEMPUTAN 🇲🇾
30 August 2026
Dengan penuh rasa bangga dan teruja, kami berkesempatan hadir atas jemputan ke Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Ambang Hari Kemerdekaan Malaysia 2026.
Anjuran Pondok Makan Chinta Alam
Hulu Mantin.

Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha menyemarakkan semangat patriotik, kreativiti dan kecintaan terhadap Malaysia melalui acara yang penuh warna-warni ini. ❤️🇲🇾

Berbeza budaya, berbeza gaya, tetapi kita tetap satu Malaysia! 🇲🇾✨

Selamat malam semua, Salam 1 Malaysia, Salam Madani Dan Salam Segulai sejalai dari kami Praise Dan Peniaga Tamu Dayak Se...
29/08/2026

Selamat malam semua, Salam 1 Malaysia, Salam Madani Dan Salam Segulai sejalai dari kami Praise Dan Peniaga Tamu Dayak Seremban. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 69 untuk semua Rakyat Malaysia.
Esok Tamu Dayak Seremban buka seperti biasa dari pukul 7.30 pagi hingga 12.00 tenghari. Untuk yang tidak ke mana2 dan masih di Seremban Dan juga yang bercuti balik ke Seremban Jom datang bersama-sama ke Tamu Dayak Seremban. Esok kita ada dabai, kek lapis, selorot, murtabak dan sayur-sayuran kampung. Kalau ingin mengetahui apa yang ada lagi dijual di Tamu Dayak Seremban datanglah berkunjung.

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448HDaripada Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban (Praise)
25/08/2026

🌙 Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H
Daripada Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban (Praise)

Selamat malam semua follower Praise Dan pengunjung setia Tamu Dayak Seremban. Seperti biasa Tamu Dayak Seremban Jalan Me...
22/08/2026

Selamat malam semua follower Praise Dan pengunjung setia Tamu Dayak Seremban. Seperti biasa Tamu Dayak Seremban Jalan Medan Rahang beroperasi Seperti biasa.
Tempat: Tamu Dayak Seremban Jalan Medan Rahang
Waktu operasi: 7.30pagi sampai 12.00 Tengahari
Jom kita semak apa yang ada di jual sana esok.

Rest well Nadia Nora Limin 🙏🏻Salam Takziah Pada Keluarga Mendiang
20/08/2026

Rest well Nadia Nora Limin 🙏🏻
Salam Takziah Pada Keluarga Mendiang

Anak Sarawak Meninggal dunia di Semenanjung.

Mendiang Nadia Nora Limin, berasal dari Kapit telah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, kerana pendarahan dalam otak akibat tekanan darah tinggi.

Jenazah mendiang akan di bawa balik ke kampung halamannya di Kapit pada 21/8/2026.

Salam Takziah kepada Seluruh Ahli keluarga mendiang. Semoga Roh Mendiang Nadia tenang dan damai. 🙏

Ikhlas daripada Seluruh Warga
Persatuan Anak Borneo Semenanjung -ABS
.

Jumpa lagi kita esok 16/8/2026 Di Tamu Dayak Seremban Jalan Medan Rahang. Berbagai-bagai makanan dan sayur-sayur kampung...
15/08/2026

Jumpa lagi kita esok 16/8/2026 Di Tamu Dayak Seremban Jalan Medan Rahang. Berbagai-bagai makanan dan sayur-sayur kampung terdapat disini dan juga buah-buahan dari Sarawak. Juga tidak ketinggalan makanan asal Sarawak dan Sabah yang sedap dan lazat. Jangan lepas peluang bagi yang belum mencuba dan jangan jemu berkunjung untuk pengunjung setia.
Buah Engkala Rm25 sekilo
Terung asam Dayak Rm25 sekilo
Dabai Rm65 sekilo

🌿 JOM TEROKAI SIBU, SARAWAK“Bandar Rajang, Jiwa Sarawak”✨ Mengapa perlu datang ke Sibu?* 🌊 Menikmati keindahan Sungai Ra...
11/08/2026

🌿 JOM TEROKAI SIBU, SARAWAK

“Bandar Rajang, Jiwa Sarawak”

✨ Mengapa perlu datang ke Sibu?

* 🌊 Menikmati keindahan Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia
* 🏮 Mengenali kepelbagaian budaya dan sejarah masyarakat Sibu
* 🛍️ Membeli makanan, hasil tempatan dan kraftangan di Pasar Tamu
* 🍜 Menikmati makanan tradisional Sarawak yang asli
* 🌳 Meneroka alam semula jadi dan aktiviti rekreasi
* 📸 Menikmati lokasi menarik untuk bergambar
* ❤️ Merasai keramahan masyarakat dan suasana bandar yang unik

📍 TEMPAT YANG PATUT DIKUNJUNGI DI SIBU

1. 🌉 Sibu Gateway & Sibu Waterfront
Nikmati pemandangan Sungai Rajang, bersiar-siar dan melihat suasana bandar terutama ketika matahari terbenam.

2. 🏛️ Muzium Sibu
Kenali sejarah, budaya dan warisan masyarakat Sibu serta Sarawak.

3. 🛕 Tokong Tua Pek Kong
Antara mercu tanda ikonik Sibu dengan seni bina yang menarik dan suasana budaya yang unik.

4. 🛍️ Pasar Tamu Sibu
Tempat terbaik mencari makanan tradisional, hasil kampung, buah-buahan, sayur-sayuran, kraftangan dan produk tempatan.

5. 🌳 Bukit Lima Nature Reserve
Destinasi untuk pencinta alam dan aktiviti riadah, dikelilingi kehijauan hutan.

6. 🌉 Jambatan Lanang / kawasan Sungai Rajang
Lokasi menarik untuk menikmati pemandangan sungai dan landskap Sibu.

7. 🏘️ Kampung & rumah tradisional sekitar Sibu
Rasai kehidupan masyarakat tempatan serta kepelbagaian budaya Sarawak.

🍜 WAJIB CUBA DI SIBU

Mee Kampua • Mee Kolok • Laksa Sarawak • Kompia • Penyaram • Ayam Panggang • Kek Lapis Sarawak • Kuih Tradisional

🛒 WAJIB BAWA PULANG

Kraftangan Sarawak • Produk makanan tempatan • Batik Sarawak • Pua Kumbu • Hasil kampung

JOM KE SIBU!
🌿 Alam Semula Jadi • Budaya Kaya • Makanan Asli • Rakyat Mesra
“Sibu Menanti Kedatangan Anda!”

Address

Seremban

Telephone

+60126109585

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban-PRAISE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Raban Indu Borneo Seremban-PRAISE:

Shortcuts

Share