Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres

Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres Kindness is a mark of faith and whoever is not kind has no faith. �

RASMI : PERDANA MENTERI KE 10 MALAYSIA 🇲🇾Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada YAB Dato' Seri Haji Anwar Ibrahim y...
24/11/2022

RASMI : PERDANA MENTERI KE 10 MALAYSIA 🇲🇾

Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada YAB Dato' Seri Haji Anwar Ibrahim yang telah Dilantik menjadi perdana menteri Malaysia ke-10 atas perkenan YDPA dan Majlis Raja-Raja.

Semoga usaha untuk memulihkan ekonomi negara dipermudah demi memelihara kebajikan rakyat Malaysia.

Tahniah DSAI❤️

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat ilahi atas setiap ruang dan peluang yang dikurniakan untuk menyumbangkan tenaga dan masa...
24/12/2021

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat ilahi atas setiap ruang dan peluang yang dikurniakan untuk menyumbangkan tenaga dan masa buat masyarakat yang ditimpa bencana..Bencana kali ini benar-benar menyentuh jiwa dan perasaan..Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul..Syukur diucapkan diberi peluang untuk menyantuni masyarakat yang terkesan akibat bencana di sekitar daerah Jelebu, Negeri Sembilan..

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbangkan wang ringgit dan sokongan yang tidak berbelah bagi..Terima kasih diucapkan kepada anda semua diluar sana..Kami menghargai setiap sokongan anda demi atas nama pengorbanan demi masyarakat..Tanpa anda semua tidak mungkin kelab kecil seperti kami dapat berdiri dan menyumbangkan tenaga dan masa demi kelangsungan hidup masyarakat..

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil ketua masyarakat disekitar daerah Jelebu..Teruskan sokongan anda..Sokongan anda adalah pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar dimasa akan datang..Kami sentiasa mengharapkan dorongan dan sokongan anda semua dalam memastikan kebajikan masyarakat diutamakan

Sekali lagi kami merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan atas pengorbanan anda semua diluar sana..TERIMA KASIH & TAHNIAH..

Sumbangan mangsa banjir masih boleh dilakukan melalui :

Bank Islam Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres : 05067010022023

FB Page : https://www.facebook.com/KPULavidaTorres

FB Profile : https://www.facebook.com/KelabPermuafakatanLavidaTorres





Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah, program pandu lalu "beras untuk komuniti" di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Se...
12/12/2021

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, program pandu lalu "beras untuk komuniti" di Kampung Sungai Sireh, Tanjung Karang, Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Syukur Alhamdulillah kami ucapkan kepada Allah S.W.T atas kesempatan, kesihatan, masa yang dikurniakan dalam menjalankan program tersebut. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penduduk kampung Sungai Sireh, Pihak pengurusan Surau Nur Hidayah dan juga Umno Cawangan Sungai Sireh atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Terima kasih juga kami ucapkan kepada anda semua diluar sana atas segala sokongan dan sumbangan yang telah diberikan.

Teruskan memberikan sokongan kepada perjuangan kami dan perjuangan kami tidak akan terhenti setakat ini sahaja. Kami akan terus mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk komuniti. Insyallah program akan diteruskan pada masa akan diadakan jika diizinkan oleh Allah S.W.T.

Terima kasih, Terima kasih dan Terima kasih. Sehingga kita berjumpa lagi. Insyallah.

Teruskan sokongan anda semua untuk komuniti

Jika anda ingin membuat sebarang sumbangan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :

https://sumbangan.com/berasuntukkomuniti

https://kp**avidatorres.onpay.my/order/form/1

Bank Islam Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres : 05067010022023

FB Page : https://www.facebook.com/KPULavidaTorres

FB Profile : https://www.facebook.com/KelabPermuafakatanLavidaTorres




Assalamualaikum wbt.Insyallah program "beras untuk komuniti' akan diadakan pada esok hari (sabtu 11 Disember 2021) berte...
10/12/2021

Assalamualaikum wbt.

Insyallah program "beras untuk komuniti' akan diadakan pada esok hari (sabtu 11 Disember 2021) bertempat di Surau Nur Hidayah Sungai Sireh Tanjung Karang. Sejumlah 200 kampit beras akan diadakan secara "pandu lalu". Agihan kupon telah berjaya diedarkan kepada keluarga yang memerlukan.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang telah memberikan sokongan dan sumbangan. Diharapkan program esok berjalan lancar.

Diharapkan juga program ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Teruskan menyokong perjuangan kami.

Jika anda ingin membuat sebarang sumbangan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
https://sumbangan.com/berasuntukkomuniti
https://kp**avidatorres.onpay.my/order/form/1
Bank Islam Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres : 05067010022023

FB Page : https://www.facebook.com/KPULavidaTorres
FB Profile : https://www.facebook.com/KelabPermuafakatanLavidaTorres




Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah pagi ini diberi kesempatan untuk menyantuni Madarasah Darul Quran Ar Rayyan Seremban, ...
08/12/2021

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah pagi ini diberi kesempatan untuk menyantuni Madarasah Darul Quran Ar Rayyan Seremban, Negeri Sembilan. Sejumlah 30 kampit beras dapat disumbangkan. Semoga sumbangan ini dapat membantu didalam kehidupan harian anak - anak tahfiz ini.

Terima kasih diucapkan kepada wakil madrasah yang telah memberi kerjasama yang erat. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah menyumbang. Insya-Allah program ini akan diteruskan dari masa semasa.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :

https://sumbangan.com/berasuntukkomuniti

https://kp**avidatorres.onpay.my/order/form/1

Bank Islam Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres : 05067010022023

FB Page : https://www.facebook.com/KPULavidaTorres
FB Profile : https://www.facebook.com/KelabPermuafakatanLavidaTorres



Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari 🤲🧎‍♂️Sedekah JumaatHadis daripada  Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:‎...
02/12/2021

Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari 🤲🧎‍♂️
Sedekah Jumaat

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‎ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا

Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” (Riwayat Muslim)
Sumbangan itu tidak dikira melalui jumlah dan nilai, tidak dikira melalui rendah atau tinggi nilai sumbangannya. Walau berapa sekalipun jumlah yang diberikan ia pasti memberi kesan dan membantu mereka diluar sana. Ayuh mari kita menyumbang kepada kempen beras untuk komuniti. Setiap keluarga berhak mempunyai hidangan yang sempurna dalam kehidupan seharian.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :

https://sumbangan.com/berasuntukkomuniti

https://kp**avidatorres.onpay.my/order/form/1

Bank Islam Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres : 05067010022023

FB Page : https://www.facebook.com/KPULavidaTorres
FB Profile : https://www.facebook.com/KelabPermuafakatanLavidaTorres




Assalamualaikum wbt.Walaupun sektor ekonomi dan rentas negeri telah dibuka oleh pihak kerajaan, masih terdapat pihak yan...
14/11/2021

Assalamualaikum wbt.

Walaupun sektor ekonomi dan rentas negeri telah dibuka oleh pihak kerajaan, masih terdapat pihak yang masih terkesan dengan pandemik sebelum ini.

Sehubungan itu, aktiviti menyantuni masyarakat telah diteruskan oleh Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres bertarikh 14 November 2021 di sekitar Kg Sg Sireh Tanjung Karang.

Sumbangan yang diberikan adalah kampit beras kepada lebih 30 buah keluarga yang memerlukan.

Meskipun kelonggaran telah diberikan oleh pihak kerajaan, orang ramai dinasihatkan supaya terus mematuhi SOP dan tidak mengabaikan keperluan penjagaan kesihatan supaya dapat mengelak penularan Covid-19.

Terima kasih diucapkan kepada wakil penduduk yang telah memberi kerjasama yang erat. Insya-Allah program ini akan diteruskan dari masa semasa.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
https://sumbangan.com/berasuntukkomuniti
https://kp**avidatorres.onpay.my/order/form/1
Bank Islam Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres : 05067010022023

FB Page : https://www.facebook.com/KPULavidaTorres
FB Profile : https://www.facebook.com/KelabPermuafakatanLavidaTorres




Alhamdulillah, aktiviti kelab dapat kembali dijalankan kembali. Atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan aktivit...
12/11/2021

Alhamdulillah, aktiviti kelab dapat kembali dijalankan kembali. Atas beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan aktiviti kelab terpaksa dihentikan seketika sebelum ini. Program dimulai dengan aktiviti sumbangan beras kepada "food bank" Klinik Kesihatan Ampangan" Seremban Negeri Sembilan. Sejumlah kampit beras telah disumbangkan bagi membantu meringankan beban pesakit - pesakit klinik yang memerlukan bantuan. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan klinik yang telah memberi kerjasama yang erat. Insya-Allah program ini akan diteruskan dari masa semasa.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
https://sumbangan.com/berasuntukkomuniti
https://kp**avidatorres.onpay.my/order/form/1
Bank Islam Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres : 05067010022023

FB Page : https://www.facebook.com/KPULavidaTorres
FB Profile : https://www.facebook.com/KelabPermuafakatanLavidaTorres



Tanggal 12 Rabi’ al-Awwal saban tahun kita mengenang hari keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW, sosok atau tokoh yang me...
19/10/2021

Tanggal 12 Rabi’ al-Awwal saban tahun kita mengenang hari keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW, sosok atau tokoh yang menjadi teladan buat umat manusia.

Baginda, yang juga manusia biasa (bashar) seperti kita jelas menjadi bukti bahawa yang terutama dalam hidup ini adalah keluhuran akhlak dan peribadi.

Dianugerahkan pangkat kenabian bererti dibebankan dengan suatu tanggungjawab yang besar. Untuk menyusup ke tengah-tengah masyarakat dan menyampaikan mesej tawhid, menongkah arus norma setempat, serta melancarkan perubahan buat mendobrak sistem jahiliyah yang usang, bukanlah suatu tugas yang mudah untuk diterima oleh sesiapa.

Namun Nabi Muhammad SAW menyanggupi tugas itu. Justeru di sinilah antara lain, letaknya martabat kemuliaan dan semangat juang baginda yang tinggi. Pandangan sarwanya tidak hanya bersifat utilitarian, sebaliknya ada juga sisi keyakinan pada yang Esa yang melampaui segala-galanya. Keyakinan cetusan dhamir inilah yang menjadi teras dalam keimanan seorang Muslim terhadap rencana Tuhannya.

Islah dan taw‘iyyah yang berlangsung selama dua puluh tiga tahun di bawah kepimpinan baginda berhasil membina suatu kekuatan baru yang mandiri dan tidak dapat ditumbangkan.

Pemugaran identiti daripada etos kearaban yang sempit kepada pemusatan tawhid, mencipta sebuah peradaban di jazirah Arab yang kering kontang.

Dalam khutbah haji terakhirnya, baginda telah merumuskan bahawa setiap insan, tanpa mengira agama dan bangsa, adalah sama darjatnya.

Tiada kemuliaan seorang Arab ke atas bukan Arab dan sebaliknya, kecuali atas dasar taqwa. Kesedaran bahawa semua manusia itu berasal dari Adam, dan Adam p**a berasal dari tanah menyerlahkan keunggulan nilai dan akhlak Islami yang merentasi jalur kaum dan ideologi.

Justeru sambutan mengenang sosok mulia ini tidak wajar hanya dijadikan sebagai sambutan tahunan, sebaliknya mesti disusuli dengan tindakan hasil penghayatan terhadap ajaran baginda. Semoga kita dikurniakan hidayah dan kekuatan untuk sentiasa mencontohi baginda Nabi Muhammad SAW.

Allahumma salli wa sallim ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sahbihi ajma‘in.

Kelab Permuafakatan Ukhwah LavidaTorres

Tahniah diucapkan kepada Negeri Sembilan Football Club yang telah menewaskan PDRM Football Club dengan keputusan 4-2 di ...
21/09/2021

Tahniah diucapkan kepada Negeri Sembilan Football Club yang telah menewaskan PDRM Football Club dengan keputusan 4-2 di stadium keramat Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi. Diharapkan banyak lagi kejayaan akan dicapai oleh pasukan ini di masa akan datang.

Tamat! NSFC Juara Liga Premier 2021! 🟡⚫🔴

FT: Negeri Sembilan FC 4-2 PDRM FC

25' R. Barathkumar
39' Eskandar (OG)
60’ Alain Akono-
61’ Durrkeswaran-PDRM
72’ Azri Reza-PDRM
76’ Fahmi Faizal



Sedekahlah walau hanya RM1, sedekahlah walau sedikit, bukan nilai menjadi ukuran, tetapi keikhlasan hati. Nilai yang sed...
19/09/2021

Sedekahlah walau hanya RM1, sedekahlah walau sedikit, bukan nilai menjadi ukuran, tetapi keikhlasan hati. Nilai yang sedikit itu mungkin menjadi bekalan kita nanti, Insya-Allah

“(Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita – cita mengharapkan kekayaan” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bantulah kempen “beras untuk komuniti” kami. Bantulah kami membantu mereka yang serba kekurangan. Sumbangkanlah walaupun sedikit. Yakinlah sedikit sedekah itu mampu membuka pintu – pintu rezeki yang lebih besar.

Sumbangan boleh disalurkan melalui :
https://kp**avidatorres.onpay.my/order/form/berasuntukkomuniti

FB Page : https://www.facebook.com/KPULavidaTorres

FB Profile : https://www.facebook.com/KelabPermuafakatanLavidaTorres




Alhamdulillah. Terima kasih juga diucapkan kepada Restoran jelebu kerana sudi menjamu kelab kami dengan menyediakan pelb...
18/09/2021

Alhamdulillah. Terima kasih juga diucapkan kepada Restoran jelebu kerana sudi menjamu kelab kami dengan menyediakan pelbagai masakan kampung yang sedap dan menyelerakan. Tuan/Puan dijemput untuk menjamu selera sekiranya singgah di pekan Kuala Klawang. Harga yang berpatutan dan lauk pauk yang pasti menyelerakan seperti daging salai masak lemak, rendang itik, sambal ikan keli dan lain-lain lagi.

Program Ketiga (3) Di  Kg Batu Serambai, Dun Jelebu (18 September 2021) :Ketibaan kami disambut mesra oleh Encik Nazri S...
18/09/2021

Program Ketiga (3) Di Kg Batu Serambai, Dun Jelebu (18 September 2021) :
Ketibaan kami disambut mesra oleh Encik Nazri Sidek, Pengerusi MPKK Kg Batu Serambai dan kakitangan.

Aktiviti : Penyerahan sebanyak 5 buah kit makanan kepada 5 buah keluarga di kawasan berkenaan.




Program Kedua (2) Di  Kg Kemin, Dun Jelebu (18 September 2021) :Ketibaan kami disambut mesra oleh Encik Razali Utoh, Pen...
18/09/2021

Program Kedua (2) Di Kg Kemin, Dun Jelebu (18 September 2021) :
Ketibaan kami disambut mesra oleh Encik Razali Utoh, Pengerusi MPKK Kg Kemin dan kakitangan.

Aktiviti : Penyerahan sebanyak 5 buah kit makanan kepada 5 buah keluarga di kawasan berkenaan.




Alhamdulillah. Hari ini hari yang amat bermakna bagi kelab kami kerana dapat bersama-sama insan hebat dalam memperluaska...
18/09/2021

Alhamdulillah. Hari ini hari yang amat bermakna bagi kelab kami kerana dapat bersama-sama insan hebat dalam memperluaskan lagi skop sumbangan kami.

Hari ini 18 September 2021 telah berlangsungnya Program Beras Untuk Komuniti Dan Kit Makanan bertempat di Dun Klawang (Jelebu).Berikut merupakan pecahan lokasi program sumbangan Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres pada hari ini:

Program Pertama (1) Di Pusat Khidmat DUN Klawang. (18 September 2021):
Ketibaan kami disambut mesra oleh Encik Mohd Zulkefli Bin Zainudin, Pegawai Pusat Khidmat Dun Klawang, Encik Mohamad Aziz dan Puan Noor. Perbualan ringkas dan taklimat santai sebelum aktiviti penyerahan 50 kampit beras.

Aktiviti : Penyerahan sebanyak 50 kampit beras untuk diagihkan di kawasan berkenaan.




17/09/2021

Sedekahlah walau hanya RM1, sedekahlah walau sedikit, bukan nilai menjadi ukuran, tetapi keikhlasan hati. Nilai yang sedikit itu mungkin menjadi bekalan kita nanti, Insya-Allah

“(Sedekah yang paling besar ganjarannya ialah) Engkau bersedekah ketika sihat sedangkan hatimu berasa sangat kedekut (untuk bersedekah), jiwamu sedang takutkan kemiskinan dan engkau bercita – cita mengharapkan kekayaan” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bantulah kempen “beras untuk komuniti” kami. Bantulah kami membantu mereka yang serba kekurangan. Sumbangkanlah walaupun sedikit. Yakinlah sedikit sedekah itu mampu membuka pintu – pintu rezeki yang lebih besar.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank Islam Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres
05067010022023

FB Page : https://www.facebook.com/KPULavidaTorres

FB Profile : https://www.facebook.com/KelabPermuafakatanLavidaTorres




Address

Taman Paroi Jaya
Seremban
70400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Permuafakatan Ukhwah Lavida Torres:

Share