SPJM Negeri Sembilan

SPJM Negeri Sembilan Hubungi ; +6013-3227937 (HQ) | +601120912912 (Negeri)

Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) merupakan sebuah badan NGO bebas berpusat di Kuala Lumpur yang menguruskan jenazah Muslim & bukan Muslim di dalam dan luar negara 24 jam sehari. PENGURUSAN VAN JENAZAH
:Ustaz Syafrudin bin Umar - 01120912912
:Hj Azhar bin Manap - 0193134870

JAWATANKUASA SPJM CAWANGAN N.SEMBILAN
Berkuatkuasa pada Rabu, 13 Ogos 2025 | 19 Safar 1447

ORGANISASI JAWATANKUASA

SPJM CAWANGAN NEGERI SEMBILAN

Pengerusi :
USTAZ SYAFRUDIN BIN UMAR
01120912912

Setiausaha :
HJ AZHAR BIN MANAP
0193134870

Tim. Setiausaha :
USTAZAH AZIZAH BINTI OTHMAN
0146574149

Bendahari :
USTAZAH NORZILAH BINTI HARUN
0129709858

Tim. Bendahari :
USTAZAH ZADIAH BINTI CHE GHANI
0187734282

Ketua-Ketua Unit
Latihan : Hj Mohamad Amiruddin bin Abu Bakar
Logistik : Hj Azhar bin Manap
Kebajikan : Ustazah Nor'Aliyah binti Hj Musa
Media : Ustaz Syafrudin bin Umar

Ahli Jawatankuasa :
1- En Mohd Kamal bin Osman
2- Ustaz M. Nor Halim bin Zulkifli
3- En Helmie Shah bin Hashim
4- En Wan Shahrizal bin Yukhairie
5- Pn Siti Kalsom binti Mohamad Yusop
6- Pn Nurul Asyikin binti Rahimin
7- Ustazah Siti Mariam binti Nyata
8- Pn Maszura binti Amirsharuddin
9- Pn Najihatun binti Baharin

"Jangan menangis dekat jenazah... nanti kalau air mata kena mayat, terseksa arwah!"Inilah antara nasihat yang sering kit...
23/07/2026

"Jangan menangis dekat jenazah... nanti kalau air mata kena mayat, terseksa arwah!"

Inilah antara nasihat yang sering kita dengar apabila berlaku kematian. Persoalannya, adakah benar dakwaan ini mempunyai sandaran daripada al-Quran atau hadis yang sahih?

Jawapannya ialah tidak ada satu pun hadis sahih yang mengatakan jenazah akan terseksa hanya kerana air mata seseorang jatuh ke atas tubuh atau wajahnya.

Kepercayaan ini hanyalah mitos yang tersebar dalam masyarakat dan tidak mempunyai dalil yang boleh dijadikan hujah.

Islam tidak melarang seseorang menangis apabila kehilangan insan yang disayangi. Yang dilarang ialah meratap, meraung, menampar p**i, mengoyakkan pakaian atau mengucapkan kata-kata yang menunjukkan tidak reda dengan ketentuan Allah.

Bahkan, ketika Rasulullah SAW wafat, Sayidina Abu Bakar RA datang, membuka kain yang menutupi wajah Baginda, lalu mencium dahi dan wajah Rasulullah SAW sambil menangis.

Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

"Abu Bakar datang, lalu membuka wajah Rasulullah SAW, kemudian beliau membongkok, mencium Baginda dan menangis seraya berkata: 'Demi ayah dan ibuku sebagai tebusanmu. Allah tidak akan menghimpunkan ke atasmu dua kematian. Adapun kematian yang telah ditetapkan ke atasmu, maka engkau telah mengalaminya.'"

Riwayat al-Bukhari (Hadis No. 4452).

Hadis ini menunjukkan bahawa Abu Bakar RA menangis ketika mencium jasad Rasulullah SAW, namun Rasulullah SAW tidak dikatakan terseksa disebabkan air mata tersebut.

Sekiranya perkara itu benar-benar dilarang atau menyeksa jenazah, sudah tentu para sahabat yang paling memahami agama tidak akan melakukannya.

Malah, Rasulullah SAW sendiri pernah menangis ketika kematian puteranya, Ibrahim. Baginda bersabda:

"Sesungguhnya mata ini mengalirkan air mata, hati ini bersedih, namun kami tidak mengatakan melainkan apa yang diredhai oleh Tuhan kami."

Riwayat al-Bukhari (1303) dan Muslim (2315).

Justeru, menangis kerana kasih sayang dan perpisahan adalah fitrah manusia. Yang perlu dielakkan ialah perbuatan meratap dan melampaui batas sehingga bercanggah dengan syariat.

Jangan mudah menyebarkan sesuatu hanya kerana ia sudah lama menjadi kebiasaan masyarakat.

Dalam urusan agama, setiap kepercayaan hendaklah berpandukan al-Quran dan hadis yang sahih, bukan semata-mata cerita turun-temurun.

Wallahu a'lam."
SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESIONAL ANTARABANGSA

Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM



https://www.facebook.com/share/1858vFLF4a/

25/05/2026

[Kisah Orang Mati] : Arwah Yang Tidak Pernah Tinggal Tahajud
"Malam itu hujan renyai-renyai.

Jam hampir 2 pagi bila telefon saya berbunyi.
Suara di hujung talian perlahan… tersekat-sekat.

“Ustaz… ayah saya dah tak ada…”

Saya diam beberapa saat.
Sudah biasa menerima berita kematian, tapi entah kenapa malam itu hati terasa lain macam.

Kami terus bergerak ke rumah arwah.

Sampai saja di sana, suasana sunyi.
Tak ada jeritan. Tak ada kekalutan.
Cuma bunyi esakan kecil seorang wanita tua di penjuru ruang tamu.

Isteri arwah.

Saya masuk ke bilik tempat jenazah dibaringkan.

Wajahnya tenang.

Sangat tenang.

Macam orang sedang tidur selepas penat bekerja.

Anak lelakinya duduk di tepi dinding sambil tunduk. Mata merah.
Dia tiba-tiba bersuara perlahan.

“Ustaz… ayah saya meninggal atas sejadah…”

Saya pandang dia.

Katanya lagi…

“Tiap-tiap malam ayah bangun tahajud. Tak pernah tinggal… walaupun sakit.”

Malam itu, seperti biasa, arwah bangun perlahan-lahan.
Isterinya sempat dengar bunyi air paip di bilik air.

Kemudian arwah masuk bilik solat kecil di hujung rumah.

Tak lama selepas itu… sunyi.

Isterinya pelik sebab terlalu lama.

Bila dibuka pintu…

Arwah sedang sujud.

Diam.

Tidak bergerak lagi.

Pergi menemui Allah dalam keadaan sujud di tengah malam.

Subhanallah…

Dalam puluhan tahun saya urus jenazah, saya belajar satu perkara…

Cara seseorang hidup, biasanya begitulah cara dia pergi.

Ada orang hidupnya dekat dengan masjid, akhirnya meninggal selepas azan.
Ada orang hidupnya s**a bersedekah, ramai datang menangis sewaktu dia mati.
Ada orang hidupnya menyakiti manusia, sampai mati pun orang takut nak datang ziarah.

Kematian sebenarnya tidak pernah menipu.

Ia membuka siapa kita yang sebenar.

Sedang kami menguruskan jenazah arwah malam itu, seorang cucunya datang perlahan-lahan.

Budak kecil umur lingkungan 8 tahun.

Dia pegang tangan arwah datuknya sambil menangis.

“Tok Wan dah tak bangun dah ke…?”

Tak ada siapa mampu jawab.

Satu rumah menangis.

Tapi dalam tangisan itu… ada rasa cemburu.

Cemburu pada cara pemergiannya.

Kerana tidak semua orang diberi husnul khatimah seperti itu.

Sebelum jenazah dikafankan, isterinya duduk sebelah kepala arwah.

Dia usap dahi suaminya perlahan-lahan lalu berkata…

“Abang… terima kasih sebab pimpin saya sampai syurga…”

Allahuakbar.

Waktu itu, satu bilik menangis.

Saya sendiri tunduk diam.

Kita ini selalu sibuk cari dunia sampai lupa…
satu hari nanti orang juga akan berdiri menghadap tubuh kita.

Memandikan kita.

Mengangkat kita.

Mensolatkan kita.

Dan akhirnya meninggalkan kita seorang diri dalam tanah.

Rumah besar akan ditinggalkan.
Kereta mahal akan ditinggalkan.
Jawatan akan ditinggalkan.

Yang ikut cuma: solat kita, sedekah kita, air mata taubat kita, dan amal yang kita buat ketika tiada siapa melihat.

Kematian bukan cerita tentang orang lain.

Ia sedang berjalan perlahan-lahan menuju kita.

Dan percayalah…

Setiap orang mati, ada kisahnya sendiri.

Persoalannya…
bila tiba giliran kita nanti, kisah apa yang manusia akan ceritakan tentang kita?"

Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM



https://ustazundertaker.com/

19/05/2026

HANYA ORANG KAFIR KEKAL DALAM NERAKA

SOALAN :

Yang sebenarnya kalau orang mukmin masuk neraka sebab banyak dosanya adakah kekal dalam neraka atau sekejap sahaja kerana ada pernah dengar pendapat yang berkata siapa yang masuk neraka tidak dapat keluar lagi walaupun dia orang mukmin?

JAWAPAN :

Neraka itu adalah negeri kekal dan negeri celaka bagi semua yang mati dalam selain agama Islam seperti firman Allah Taala :

إِنَّ اللَّهَ لَعَنَ الْكَافِرِينَ وَأَعَدَّ لَهُمْ سَعِيرًا . خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا لَا يَجِدُونَ وَلِيًّا وَلَا نَصِيرًا

Artinya : “Sesungguhnya Allah telah melaknat akan orang-orang kafir dan menjanjikan bagi mereka akan api neraka yang sekelian orang-orang kafir itu kekal di dalamnya selama-lamanya. Tidak mendapat oleh mereka itu akan penolong dan tidak mendapat oleh mereka itu akan yang membantu.” (Al-Ahzab : 64 & 65)

Dan firman Allah Taala :

يُرِيدُونَ أَنْ يَخْرُجُوا مِنَ النَّارِ وَمَا هُمْ بِخَارِجِينَ مِنْهَا وَلَهُمْ عَذَابٌ مُقِيمٌ

Artinya : “Orang-orang kafir yang masuk neraka itu hendak keluar dari neraka tetapi mereka tidak dapat keluar darinya. Bagi mereka itu azab yang berkekalan.” (Al-Maidah : 37)

Adapun orang mukmin andainya masuk neraka kerana dosa-dosanya maka tidak kekal yaitu setelah habis tempoh hukuman maka akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Menyebut oleh Syeikh Abdul Karim Khasawneh M***i Jordan :

وأما من يدخل النار من المؤمنين الذين ماتوا على الإسلام: فهؤلاء يعذبون بقدر ذنوبهم، ثم يخرجون من النار برحمة الله وفضله، ثم بشفاعة خير المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم، فعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ، وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ، ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَخْرِجُوا مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ) متفق عليه

Artinya : “Dan adapun mereka yang masuk neraka dari kalangan orang mukmin yang mati atas agama Islam maka mereka itu diazab dengan kadar dosa mereka itu kemudian dikeluarkan mereka dari neraka dengan Rahmat Allah dan kurnia-Nya kemudian dengan syafaat sebaik-baik utusan Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam. Dan telah diriwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a. sungguhnya Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda : Akan masuk ahli syurga ke dalam syurga dan ahli neraka ke dalam neraka. Kemudian berfirman Allah Taala : Keluarlah barangsiapa yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada iman. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.” (Majlis Fatwa Jordan)

Bermula pendapat yang mengatakan orang mukmin yang masuk neraka akan kekal ialah pendapat muktazilah dan khawarij dan mereka yang sependapat dengan keduanya.

Berkata Imam Abu Al-Hasan Al-Asy’ari :

قالت المعتزلة والخوارج بتخليدهم - يعني الفساق من المسلمين - وأن من دخل النار لا يخرج منها، وقال أهل السنة والاستقامة: إن الله يخرج أهل القبلة الموحدين من النار، ولا يخلدهم فيها

Artinya : “Berkata golongan muktazilah dan khawarij dengan kekal orang mukmin yang fasiq dalam neraka dan siapa yang masuk neraka maka tidak akan keluar daripadanya. Dan berkata golongan ahlu sunnah dan yang atas jalan yang benar : Sungguhnya Allah akan mengeluarkan ahli kiblat yang mentauhidkan Allah dari neraka dan tidak mengekalkan mereka di dalam neraka.” (Kitab Maqalat Al-Islamiyyin)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

19/05/2026

TERLUPA BUKA IKATAN KAIN KAFAN

SOALAN :

Benarkah jika tidak dibuka tali ikatan kain kafan masa meletakkan mayat di dalam kubur menyebabkan mayat itu akan terseksa?

Apakah hukum membuka tali ikatan kain kafan mayat?

JAWAPAN :

Selepas meletakkan mayat di dalam kubur maka disunatkan membuka tali yang mengikat kain kafannya.

Diriwayatkan daripada Ma’qal bin Yasar r.a. katanya :

لَمَّا وَضَع رَسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم نُعَيمَ بنَ مَسعودٍ في القَبرِ نَزَع الأَخِلَّةَ بِفيه؛ يَعنِي العَقْدَ

Artinya : “Ketika Rasulullah sollallahu alaihi wasallam meletakkan jenazah Nu’aim bin Mas’ud r.a. di dalam kuburnya Rasulullah telah membuka ikatan yang ada pada dagunya.” (Hadith riwayat Imam Al-Baihaqi)

Dan diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud r.a. beliau telah berkata :

إذا أدخلتم الميت اللحد فحلو العقد

Artinya : “Apabila kamu semua telah masukkan mayat ke dalam liang lahad maka hendaklah kamu lepaskan tali ikatannya.” (Riwayat Abu Bakar Al-Athram)

Dan tujuan mengikat tali pada kain kafan jenazah itu ialah supaya kain kafannya tidak terbuka ketika dibawa ke tanah perkuburan.

Maka apbila sudah diletakkan mayat di dalam kubur maka tidak ada lagi faedah mengikatnya.

Berkata Imam Ibnu Quddamah :

وَأَمَّا حَلُّ الْعُقَدِ مِنْ عِنْدِ رَأْسِهِ وَرِجْلَيْهِ، فَمُسْتَحَبٌّ؛ لِأَنَّ عَقْدَهَا كَانَ لِلْخَوْفِ مِنْ انْتِشَارِهَا، وَقَدْ أُمِنَ ذَلِكَ بِدَفْنِهِ

Artinya : “Dan Adapun membuka ikatan pada kepala mayat dan dua kakinya maka hukumnya adalah disunatkan kerana sungguhnya ikatan tersebut ialah kerana khuatir dari terbukanya dan apabila telah ditanam maka tiada lagi dikhuatiri akan yang demikian itu.” (Kitab Al-Mughni)

Dan perkataan yang mengatakan mayat akan tersiksa dengan sebab tidak dibuka tali ikatan kafan itu adalah tidak benar.

KESIMPULAN

Sunat mengikat kain kafan yang membalut badan mayat supaya tidak terbuka ketika dibawa ke tanah perkuburan.

Sunat membuka tali tersebut selepas diletakkan mayat itu di dalam kubur.

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

02/03/2026
Jemput semua follow akaun TikTok SPJM Negeri Sembilan 👉 https://www.tiktok.com/.seremban?_r=1&_t=ZS-94JMEn9Z4wW⁠InsyaAll...
28/02/2026

Jemput semua follow akaun TikTok SPJM Negeri Sembilan
👉 https://www.tiktok.com/.seremban?_r=1&_t=ZS-94JMEn9Z4wW⁠

InsyaAllah, akan ada perkongsian menarik dan info terkini dari semasa ke semasa.

Follow, like dan share pun sangat dialu-alukan ❤️
Terima kasih banyak atas sokongan semua! ✨

Watch, follow, and discover more trending content.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَAlhamdulillah, skuad SPJM N9 selesai menyempurnakan jenazah wanita. Asbab kem...
06/01/2026

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Alhamdulillah, skuad SPJM N9 selesai menyempurnakan jenazah wanita.
Asbab kematian arwah adalah sakit tua.

Tarikh : 01/01/2026
Ambil : Hospital Tuank Jaafar (HTJ) Seremban
Urus : Masjid Senawang Jaya
Hantar : Tanah Perkuburan Senawang
Masa :
12:00am -ambil jenazah di hospital, bawa balik ke Senawang Jaya
08:30am - 10:30 am - pengurusan jenazah dan ke tanah perkuburan.
Status : Selesai
Kenderaan : Van SPJ17

Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah.

SPJM KE ARAH PENGURUSAN JENAZAH PATUH SYARIAH PROFESIONAL ANTARABANGSA

Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM N9
www.skuadjenazah.com

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا خَيْرُ...
03/01/2026

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ فَإِنَّهَا خَيْرُ ثِيَابِكُمْ وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ

Maksudnya: Pakailah dari pakaian kamu yang berwarna putih, sesungguhnya ia merupakan pakaian terbaik kamu dan kafankanlah orang yang meninggal dunia dari kalangan kamu dengan warna putih.

Riwayat Abu Daud (4061)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Pakailah pakaian berwarna putih, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu dan kapankanlah orang mati dalam kalangan kamu dengan kain putih.”
(Hadis riwayat al-Tirmidzi)
Ustaz Rafie Zainal - Undertaker
Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia - SPJM

Address

SEREMBAN
Seremban
70400

Telephone

+60133227937

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SPJM Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to SPJM Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share