21/07/2026
🌸 Recharging Iman, Strengthening Ukhuwah | Mukhayyam Wanita IKRAM Negeri Sembilan 2026 🌸
Alhamdulillah, pada 18–19 Julai 2026, telah berlangsung dengan jayanya Mukhayyam Wanita IKRAM Negeri Sembilan bertempat di Laman Ejo, Seri Menanti, Kuala Pilah. Program yang bertemakan "Recharging Iman, Strengthening Ukhuwah (RISE)" ini menghimpunkan para peserta dalam suasana penuh mahabbah, tarbiah dan semangat ukhuwah.
Sepanjang dua hari program, para peserta berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti yang membina rohani, mengukuhkan ukhuwah serta menyegarkan kembali semangat untuk terus istiqamah dalam perjuangan dakwah.
Selain sesi pengisian ilmu, peserta turut menyertai aktiviti berkump**an dan riadah yang berjaya mengeratkan lagi hubungan sesama ahli dalam suasana ceria dan penuh kasih sayang. Antara aktiviti yang paling menarik adalah 'Master Chef Breakfast' iaitu menyediakan sarapan mengikut kump**an dengan menggunakan roti dan 'wrap'.
Mukhayyam ini menjadi platform terbaik untuk setiap peserta 'recharge iman' dengan meninggalkan kesibukan rutin harian dengan mengisi jiwa dengan aktiviti tarbiah yang telah disusun.
Semoga dapat memperkukuhkan ukhuwah dan tekad untuk terus berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat. Ssegala ilmu, pengalaman dan ukhuwah yang terjalin sepanjang program ini didoakan menjadi bekalan yang berpanjangan serta menjadi pemangkin untuk terus melahirkan muslimah yang beriman, berilmu dan beramal.
Teringat bingkisan nasihat Ustazah Maznah Daud bahawa usia kita semakin menghampiri ke garisan penamat (kematian), maka tiada alasan untuk bertangguh melakukan amal jama'i apatah lagi untuk bermalas-malasan. Maka berlumba-lumbalah kita menyampaikan dakwah dan membuat amal kebajikan.
Terima kasih kepada semua jawatankuasa, fasilitator dan peserta yang telah menjayakan Mukhayyam Wanita IKRAM Negeri Sembilan 2026. Semoga Allah SWT menerima setiap usaha dan mengurniakan keberkatan kepada kita semua.
Klik link dibawah untuk melihat gambar-gambar aktiviti 👇🏻:
https://photos.app.goo.gl/Ci286d6drH2CDrNH8
Shared album · Tap to view!