18/04/2026
Alhamdulillah..
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami dari barisan AJK Persatuan Pemuafakatan Penduduk Taman Desa Ros ucapkan kepada seluruh penduduk Taman Desa Ros yang telah meluangkan masa untuk hadir dan memeriahkan Majlis Jamuan Potluck Aidilfitri 2026 yang telah berlangsung pada 16 April 2026.
Kehadiran dan sokongan tuan-tuan dan puan-puan amat bermakna dalam mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kejiranan yang harmoni dalam komuniti kita. Terima kasih juga atas sumbangan juadah yang pelbagai dan lazat, yang menambahkan lagi kemeriahan majlis.
Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan dan kita semua sentiasa berada dalam rahmat serta keberkatan-Nya.
SIHAT I SELAMAT I SEPAKAT I SEJAHTERA