24/07/2025
Pimpinlah Tanganku Hingga ke Syurga
Bingkisan ini ditujukan khas buat sahabat yang menyedarkan aku tentang amanah yang sentiasa terpikul di bahu ku..amanah yang perlu dilaksanakan bukan hanya di satu2 tempat, tetapi di segenap pelusuk bumi.. Andai aku dilempar jauh ke tempat asing sekalipun, amanah ini tetap terpikul di bahu ku.. terima kasih sahabat.. walaupun hanya dengan satu ucapan," TOLONG DOAKAN AKU KUAT !!", telah menyedarkan aku..
Sahabat,.
aku tahu jalan ini payah,
aku tahu jalan ini susah,
aku tahu jalan ini tidak dihampar dengan karpet merah,
aku tahu jalan ini menuntut seribu satu pengorbanan,
tapi,aku yakin dengan jalan ini,
jalan yang aku pilih,
kerana aku tahu aku boleh menghadapi jalan ini,
kerana aku tahu aku boleh menempuh setiap onak dan duri sepanjang jalan ini,
kerana aku tahu aku mempunyai sahabat yang bersama aku dalam mengharungi setiap saat dan setiap ujian yang dihampar di jalan ini,
dan sesungguhnya aku tahu Allah akan sentiasa bersama kita sepanjang jalan ini,
menuntuni setiap derap langkah kita hingga ke syurgaNya..
insyaAllah...
Semoga kita terus kuat dan bersemangat dlm menempuh jalan ini,
jalan yang sama2 kita pilih,
sama2 menguatkan,
sama2 memimpin tangan hingga ke syurgaNya..
ABU FARISH BERSATU