Kelab Kebajikan Dan Rekreasi MAINS

Directions

Kelab Kebajikan Dan Rekreasi MAINS Kelab Kebajikan dan Rekreasi MAINS (2014)

13/09/2026
KONTINJEN NEGERI SEMBILAN BERANGKAT KE BERKAT CUP 2026SEREMBAN, 10 Sept. – Kontinjen Negeri Sembilan yang mewakili Majli...
10/09/2026

KONTINJEN NEGERI SEMBILAN BERANGKAT KE BERKAT CUP 2026

SEREMBAN, 10 Sept. – Kontinjen Negeri Sembilan yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) ke Berkat Cup 2026, Kejohanan Sukan Agensi Mengurus Zakat Malaysia, telah dilepaskan oleh Setiausaha MAINS, Tn. Hj. Zainal Said dalam satu sesi perlepasan yang berlangsung di Menara MAINS pada tengah hari tadi.

Majlis perlepasan tersebut turut diiringi Pengarah Pentadbiran dan Strategik MAINS, Muhammad Aszam Gambaris@Watimin. Kontinjen Negeri Sembilan akan mengambil bahagian dalam empat acara sukan iaitu bola sepak, bola jaring, bowling VIP dan dart.

Semoga seluruh kontinjen Negeri Sembilan dipermudahkan segala urusan, selamat pergi dan selamat pulang serta diberikan kekuatan dan semangat untuk membawa kejayaan dan mengharumkan nama Negeri Sembilan sepanjang kejohanan berlangsung.

Turut hadir Ketua Kontinjen Negeri Sembilan, Tn. Hj. Azzerol Effendi, Timbalan Setiausaha (Pengurusan) MAINS, Tn. Hj. Mohamad Idris Ramli, Pengarah Jabatan Wakaf dan Mal MAINS, Tn. Hj. Norazman Amat serta Pengarah Zakat MAINS, Mahadi Ali.



SALAM MAAL HIJRAH 1448HTahun berganti, usia semakin bertambah nilainya di sisi pengalaman, namun semakin berkurang dalam...
16/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH 1448H

Tahun berganti, usia semakin bertambah nilainya di sisi pengalaman, namun semakin berkurang dalam hitungan kehidupan. Semoga Maal Hijrah 1448H menjadi medan muhasabah dan titik hijrah buat kita semua untuk terus memperbaiki diri, mengukuhkan persaudaraan serta meningkatkan amal dan bakti.

Seluruh Ahli Kelab Kebajikan dan Rekreasi MAINS (KESUMA) mendoakan agar setiap langkah dipandu rahmat Ilahi, dikurniakan keberkatan dalam kehidupan serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447HSempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Jawatankuasa Kelab Kebajikan ...
26/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini, Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KESUMA) sesi 2026/2028 telah menyalurkan sumbangan duit daging kepada seluruh ahli KESUMA sebagai tanda penghargaan dan kebajikan kepada warga kelab.

Diharapkan sumbangan ini dapat membantu serta menceriakan sambutan Aidiladha di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat kebersamaan dalam kalangan ahli KESUMA.

Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KESUMA) sesi 2026/2028 turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh ahli KESUMA dan keluarga.

Semoga Aidiladha yang disambut membawa keberkatan, kesejahteraan dan menghayati nilai pengorbanan serta keikhlasan dalam kehidupan.

“Aidiladha DiHayati, Kebajikan Disantuni”

13 MAC 2026 - MAJLIS KHATAM AL-QURAN MAINSGema alunan suci Al-Quran menyerikan Menara MAINS hari ini. KESUMA dengan kerj...
13/03/2026

13 MAC 2026 - MAJLIS KHATAM AL-QURAN MAINS

Gema alunan suci Al-Quran menyerikan Menara MAINS hari ini. KESUMA dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran MAINS telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran yang dihadiri kira-kira 60 orang kakitangan termasuk wakil-wakil daerah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran yang dipimpin oleh Ustaz Muhibuddin bin Abu Bakar (KPP Perancangan & Penyelidikan) diikuti dengan Tazkirah khas oleh Tuan Haji Wan Aminuddin bin Wan Abdullah (KPP Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan).

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian biskut raya oleh KESUMA kepada semua kakitangan MAINS, sebagai lambang eratnya ukhuwah dan persediaan menyambut Syawal yang mulia.

Tuan Haji Mohamad Idris bin Ramli (Timbalan Setiausaha MAINS) bersama barisan Pengarah dan Ketua Penolong Pengarah turut sama memeriahkan majlis.

Semoga amalan kita di sepanjang Ramadhan ini diterima Allah SWT.

10/03/2026
10 MAC 2026 - ​EDARAN BUBUR LAMBUK RAMADHAN​Ramadhan kembali menyapa, dan kali ini KESUMA turun padang untuk berkongsi r...
10/03/2026

10 MAC 2026 - ​EDARAN BUBUR LAMBUK RAMADHAN

​Ramadhan kembali menyapa, dan kali ini KESUMA turun padang untuk berkongsi rezeki dan kasih sayang!

​Alhamdulillah, hari ini kami berjaya melaksanakan misi agihan Bubur Lambuk ke 14 buah hospital terpilih di seluruh Negeri Sembilan, termasuklah pejabat MAINS Daerah serta cawangan.

​📍 Destinasi Jejak KESUMA:
​Kami singgah menyantuni wira-wira barisan hadapan dan komuniti di :

​Hospital Kerajaan:
HTJ Seremban, HTAN Kuala Pilah, Hospital PD, Hospital Jelebu, Hospital Jempol, Hospital Rembau, & Hospital Tampin.

​Hospital Swasta:
KPJ, SALAM, Columbia Asia, Mawar Medical Centre, CMH Specialist, Aurelius Hospital Nilai, & UCSI Hospital PD.

​Serta seluruh pejabat MAINS Daerah & Cawangan di Negeri Sembilan.

​Tujuan utama program ini bukan sekadar memberi makanan, tetapi memperkukuh silaturahim antara MAINS dan institusi kesihatan di Negeri Sembilan dan menyemarakkan semangat Infaq dan berkongsi rezeki dalam kalangan masyarakat.

​Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyediaan dan edaran ini. Semoga pek bubur lambuk yang ringkas ini mampu mengukir senyuman dan memberi tenaga buat semua penerima untuk berbuka puasa nanti.

​"Sedikit di tangan kita, besar maknanya buat mereka."

Foto Ihsan : AJK KESUMA

​

SINERGI RAMADAN: EDARAN 500 PEK BUBUR LAMBUK KESUMA​Menyantuni rakan strategik dan warga Menara MAINS, KESUMA petang tad...
03/03/2026

SINERGI RAMADAN: EDARAN 500 PEK BUBUR LAMBUK KESUMA

​Menyantuni rakan strategik dan warga Menara MAINS, KESUMA petang tadi telah mengagihkan 500 pek bubur lambuk kepada wakil 12 agensi dan warga kerja MAINS.

Majlis disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Sumber Manusia & Khidmat Pengurusan, Tuan Haji Wan Aminuddin Wan Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Pn. Norpisah Zakaria dengan iringan Pengerusi KESUMA, Encik Muhamad Ammar Mohd Fadzil.

Semoga sumbangan kecil ini membawa keberkatan dan mengeratkan silaturahim sesama kita di bulan yang mulia ini.

FOTO : Shahrul Shazly



Address

Menara MAINS
Seremban

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Kebajikan Dan Rekreasi MAINS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share