09/07/2026
09.07.2026 / Khamis
Klana Resort Seremban
KRT Taman Bukti di Majlis Penyampaian Geran Khas Kawasan Rukun Tetangga
Alhamdulillah, KRT Taman Bukti telah hadir atas jemputan ke Majlis Penyampaian Geran Khas Kawasan Rukun Tetangga yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Dalam majlis penuh bermakna ini, kerajaan Negeri Sembilan telah menyalurkan geran khas sebanyak RM1,000 kepada setiap KRT yang hadir sebagai sokongan terhadap usaha memperkukuh perpaduan komuniti.
Suasana bertambah meriah apabila YB Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, Exco Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan, turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada para hadirin.
Majlis ini bukan sahaja menjadi wadah penyampaian bantuan, malah berjaya menyatukan semua KRT di Negeri Sembilan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti.
Semoga usaha ini terus menjadi pemangkin kepada semangat kebersamaan, perpaduan, dan kesejahteraan masyarakat.
Huzaifah Bin Abdul Rahman
SU KRT Taman Bukti