Al-Huda UPM

Al-Huda UPM Al-Huda UPM adalah persatuan belia yang ditubuhkan untuk membina akhlak islami dikalangan para pelajar UPM, khususnya, pelajar-pelajar Muslimah UPM.

16/10/2025

[] Ajakan Hadir ke Himpunan Palestin UPM []

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Berilmu Berbakti.

Sekretariat Himpunan Palestin UPM akan mengajurkan Himpunan Palestin UPM pada ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 16/10/2025 (Khamis)
🕓 Masa: 5.15 - 7.00 petang
🏡 Lokasi: Sekitar UPM

Pautan Group WhatsApp :
https://chat.whatsapp.com/Jg3fKBZUUkhKS4PakbPPdD?mode=wwc

Seluruh mahasiswa dijemput hadir. Ayuh, buktikan kecaknaan dan solidariti kita terhadap Palestin!

“Dari Sungai ke Segara, Palestin Pasti Merdeka”

_Sekretariat Himpunan Palestin UPM_

05/10/2025

📢 [LIVE UPDATE] MUSAFIR HANA 2025/2026 📢

Alhamdulillah, program Musafir Hana kini sedang berlangsung dengan suasana yang penuh mesra dan harmoni di Masjid UPM. 🌿

Program ini dianjurkan khusus bagi memberi kemudahan tempat berehat dan penginapan kepada ibu bapa serta pelajar baharu yang datang dari jauh sempena minggu pendaftaran. Bagi memastikan keselesaan para tetamu, pihak penganjur turut menyediakan sarapan pagi, makan tengah hari, dan minum petang secara percuma. ☕🍱

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, khususnya Sahabat Masjid UPM, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), dan AJK Kariah Masjid UPM, atas komitmen dan sokongan padu dalam menjayakan Musafir Hana kali ini.

Semoga inisiatif ini menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah serta menyebarkan kasih sayang dalam komuniti kampus. 💚

04/10/2025

✨ Musafir Hana 2025/2026 | 4 Oktober 2025 ✨

Alhamdulillah, program Musafir Hana bagi sesi 2025/2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan! 🌸

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan para pelajar baharu yang hadir memeriahkan program ini. Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sahabat Masjid UPM, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), serta AJK Kariah Masjid UPM atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Semoga Musafir Hana menjadi titik permulaan yang indah bagi para pelajar untuk mengenal kampus, mendekatkan diri dengan masjid, dan menjemput keberkatan dalam langkah awal perjalanan ilmu. 🌿

📸 Nantikan perkongsian kata-kata dan pengalaman daripada tetamu yang hadir!

✨BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA✨Korang dah survey ke biasiswa yang boleh apply? Kat sini adaa cadangannya!
16/09/2025

✨BIASISWA IJAZAH SARJANA MUDA✨

Korang dah survey ke biasiswa yang boleh apply? Kat sini adaa cadangannya!








[LIVE PODCAST: REAL TALK NO CAP 😎]👩‍🎓 “First year masuk uni ni… aku takut la. Semua benda nampak asing. Macam mana nak s...
12/09/2025

[LIVE PODCAST: REAL TALK NO CAP 😎]

👩‍🎓 “First year masuk uni ni… aku takut la. Semua benda nampak asing. Macam mana nak survive?”

🧕 “Aku faham… aku pun pernah rasa benda sama. Tapi percaya lah, perjalanan ni tak perlu jalan sorang."

👩‍🎓 “Tapi dekat mana nak jumpa orang yang faham struggle kita?”

🌸 “Here’s the place sis 👉 REAL TALK NO CAP – UNIMERAH Edition! Sembang real, no filter, khas untuk muslimah. Akan ada sharing pengalaman, tips dan cerita jujur tentang life kat universiti.”

✨ Plus! Ada CABUTAN BERTUAH untuk yang daftar dan join 🥳

📅 Rabu | 17 Sept 2025
⏰ 9.00 malam
📍Google Meet / TikTok Live

Don’t miss it. This is your safe space! Tekan link untuk daftar!
https://forms.gle/zdbRj2iuVF3NHD4E7



🌸✨ Alhamdulillah, keputusan UPU 2025/2026 telah tiba! ✨🌸Tahniah kepada semua yang terpilih, kini bergelar mahasiswa UPM....
05/09/2025

🌸✨ Alhamdulillah, keputusan UPU 2025/2026 telah tiba! ✨🌸
Tahniah kepada semua yang terpilih, kini bergelar mahasiswa UPM. 🏫🌿

Ingatlah, ini bukan sekadar kejayaan akademik, tetapi takdir penuh hikmah yang telah Allah aturkan.
Teruskan langkah dengan ilmu, amal dan tawakkal.
💡 Trust the process, tawakkal the rest.

Jemput scan QR CODE atau tekan link di bio untuk ke group whatsapp kami dan berhubung terus dengan seniors dan alumni!

𝐋𝐈𝐕𝐄 𝐏𝐎𝐃𝐂𝐀𝐒𝐓: 𝐊𝐎𝐏𝐈 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐀? ☕️🍵🔴𝘜𝘕𝘐𝘔𝘌𝘙𝘈𝘏-𝘌𝘋𝘐𝘛𝘐𝘖𝘕Result UPU dah keluar.Masa ni la semua benda rasa tak kena:“𝘛𝘢𝘬𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘴...
03/09/2025

𝐋𝐈𝐕𝐄 𝐏𝐎𝐃𝐂𝐀𝐒𝐓: 𝐊𝐎𝐏𝐈 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐀? ☕️🍵
🔴𝘜𝘕𝘐𝘔𝘌𝘙𝘈𝘏-𝘌𝘋𝘐𝘛𝘐𝘖𝘕

Result UPU dah keluar.
Masa ni la semua benda rasa tak kena:

“𝘛𝘢𝘬𝘶𝘵𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘪𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬 𝘶𝘯𝘪 𝘵𝘶😭”
“𝘔𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘶𝘯𝘪 𝘯𝘪 𝘱𝘶𝘭𝘢𝘬?🫠”
“𝘓𝘢𝘩𝘩 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘭𝘢𝘴𝘵 𝘤𝘩𝘰𝘪𝘤𝘦..😭”

𝙏𝘼𝙋𝙄…
𝗞𝗼𝗽𝗶kir begini, rupanya 𝗺𝗮𝘁𝗰𝗵𝗮m ni.
Expectation kita mungkin tak sama dengan realiti sebenar✅

🎙️ Jadi, dalam podcast Kopi Ke Matcha, kita akan:
🍰 Share real stories dari senior/alumni UPM
🍰 Bagi tips related to result UPU
🍰 Sembang deep tapi fun tentang realiti uni-life

So geng…
Kopi ke matcha?
Klik link di bawah untuk join sembang ii santai, sambil kita settle pematchalahan ni bersama-sama ✨

𝙎𝘼𝙑𝙀 𝙏𝙃𝙀 𝘿𝘼𝙏𝙀!
🗓️ 8 September 2025 (Isnin)
🕘 9-10 malam
📍 GoogleMeet | TikTok Live
🧕🏼 Muslimah ONLY💅🏻✨
🔗 https://bit.ly/UPMHunters2025-GirlsOnly

Follow sosial media kami untuk maklumat lanjut: https://linktr.ee/OfficialAlHudaUPM

✨POV: Dilemma UPU✨Setiap detik, memerlukan pilihan, sama macam kopi dan matcha, tapi jangan lupa, ia juga tentang takdir...
30/08/2025

✨POV: Dilemma UPU✨

Setiap detik, memerlukan pilihan, sama macam kopi dan matcha, tapi jangan lupa, ia juga tentang takdir yang sudah tertulis. Jadi bagaimana keadaan hatimu saat itu?

Al-Qamar, ayat 49

إِنَّا كُلَّ شَىْءٍ خَلَقْنَـٰهُ بِقَدَرٍۢ ٤٩

Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).

Nantikann, Live podcast: Kopi atau Matcha?
"Kopikir begini, rupanya matchamniii...."







Address

Universiti Putra
Serdang
43400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Huda UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Al-Huda UPM:

Share