Kelab Belia Inovatif Salak Perdana

Directions Website Contact the organization

Kelab Belia Inovatif Salak Perdana Kami Kelab Belia Inovatif Salak Perdana Akan Terus Maju Dan Bersama Dalam Aktiviti Komuniti terutamanya di Kawasan Sepang

Alhamdullilah turut menghadiri jemputan dari Kementerian Belia Dan Sukan iaitu Pengerusi Kelab Belia Inovatif Salak Perd...
04/09/2024

Alhamdullilah turut menghadiri jemputan dari Kementerian Belia Dan Sukan iaitu Pengerusi Kelab Belia Inovatif Salak Perdana (KBISP) Muhammad Ammar dan Setiausaha Muhammad Darwisy Irfan ke Program Town Hall - Summit of the Future. Program ini dilaksanakan pada 4 September 2024 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi secara atas talian.

Program ini diadakan dengan kerjasama KBS bersama UNICEF bagi membincangkan isu berbangkit dan program pembangunan belia antarabangsa dan kami diberi peluang untuk menyatakan harapan atau permintaan kami untuk membangunkan golongan belia supaya menjadi pemangkin ke pembangunan Negara dan Dunia.

Terima Kasih Kementerian Belia Dan Sukan atas jemputan yang diberi.



Pada 22 Ogos 2024, Pengerusi Kelab Belia Inovatif Salak Perdana (KBISP), Muhammad Ammar bersama Setiausaha Kelab, Muhamm...
22/08/2024

Pada 22 Ogos 2024, Pengerusi Kelab Belia Inovatif Salak Perdana (KBISP), Muhammad Ammar bersama Setiausaha Kelab, Muhammad Darwisy Irfan telah menghadiri Sesi Dialog Belanjawan 2025 Bersama Pemegang Taruh Belia yang diadakan di Dewan Podium, Menara KBS bersama Timbalan Menteri Belia Dan Sukan YB Adam Adli. Program ini memberi peluang kepada belia untuk berkongsi pandangan dan cadangan mengenai Belanjawan 2025 serta memastikan suara generasi muda didengari dalam proses perancangan kewangan negara. Terima kasih kepada pihak penganjur atas usaha mereka dalam melibatkan belia dalam perbincangan yang penting ini.

Mohd Hilmi Hussin

Alhamdulillah telah berlangsung Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Sepang 2024 yang telah di anjurkan pada 11 jul...
11/07/2024

Alhamdulillah telah berlangsung Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Sepang 2024 yang telah di anjurkan pada 11 julai 2024 di Stadium Mini Majlis Perbandaran Sepang, BBST. Tahniah pada semua pelajar yang telah memenangi kejohanan dan tidak lupa juga pada semua jawatankuasa penganjur yang bertungkus lumus sehabis baik utuk olahraga pada kali ini, terima kasih pada semua yang turut hadir bagi sokongan yang tinggi💪🏻✨



Ahli Jawatankuasa Kelab Belia Inovatif Salak Perdana bersama Sepang People Club semasa menyambut jamuan hari raya aidilf...
07/07/2024

Ahli Jawatankuasa Kelab Belia Inovatif Salak Perdana bersama Sepang People Club semasa menyambut jamuan hari raya aidilfitri pada bulan april yang lalu✨


Address

Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Inovatif Salak Perdana posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Belia Inovatif Salak Perdana:

Shortcuts

Share