25/08/2026
MENGINGATI RASULULLAH s.a.w. : MENELADANI AKHLAK, MENGHIDUPKAN SUNNAH
โDan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.โ
(Surah al-Anbiyaโ, 21:107)
Rasulullah s.a.w. diutuskan sebagai Rahmat untuk seluruh alam, bermakna Baginda bukan sahaja menyampaikan wahyu, bahkan risalah Islam itu hidup dan diterjemahkan melalui akhlak, ibadah, kepimpinan, kekeluargaan, hubungan kemasyarakatan dan perjuangan membina umat.
Susuk teladan Baginda amat indah dalam tanggungjawab sebagai bapa dan suami serta sahabat, bahkan sebagai guru dan pendakwah yang berhikmah juga pemimpin agung yang adil. Keperibadian Baginda memperlihatkan bahawa kesempurnaan iman tidak terhenti pada ibadah peribadi, tetapi turut terpancar melalui amanah, kejujuran, kesabaran, keadilan, kasih sayang dan ihsan terhadap sesama manusia.
Allah SWT berfirman:
"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia p**a menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)โ
(Surah al-Ahzab, 33:21)
Kecintaan kita kepada Baginda adalah dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah hasanah dalam setiap ruang kehidupan. Al-Quran dan sunnah yang Baginda bawa, kita faham dan tanam kukuh dalam diri dan tindak tanduk, di samping memperbanyakkan selawat, mempelajari sirah, memahami ajaran Islam yang benar, dan mengamalkannya secara konsisten.
Peninggalan Rasulullah s.a.w. kita junjung menjadi manhaj kehidupan yang membentuk insan beriman, berakhlak dan bermanfaat pada seluruh alam. Ia tercermin melalui penjagaan solat, berkata benar, menghormati ibu bapa, menyantuni jiran, menunaikan amanah, memelihara hak orang lain, membantu golongan yang memerlukan serta berbuat baik walaupun berhadapan dengan perbezaan.
Baginda s.a.w. bersabda:
"Wahai anakku, demikian itu adalah sunnahku, sesiapa menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia mencintaiku dan sesiapa mencintaiku, maka dia akan bersamaku di syurga kelak."
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga menuntut kita meneruskan risalah dakwah Baginda. Dakwah dan mendidik ummat merupakan tanggungjawab setiap Muslim mengikut kemampuan dan ruang yang dimiliki. Dahwah dan membangunkan masyarakat dengan menyebarkan ajaran Islam, termasuk menyampaikan kebaikan, menyeru kepada yang makruf, mencegah kemungkaran serta mengajak manusia kepada Islam dengan ilmu, hikmah, kasih sayang dan akhlak yang mulia.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW ialah ajaran yang syumul, merangkumi pembinaan jiwa, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, usaha menghidupkan sunnah perlu disertai kesungguhan membangunkan masyarakat berteraskan iman, ilmu, keadilan, kebajikan dan nilai kemanusiaan. Kita hendaklah menjadi umat yang bukan sahaja baik untuk diri sendiri, tetapi turut membawa manfaat dan Rahmat kepada orang lain.
Inilah penghayatan yang sewajarnya dibina sempena mengingati hari kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w. Kita perbaharui tekad untuk meneladani akhlak, menghidupkan sunnah meneruskan dakwah dan membangunkan keluarga serta masyarakat dengan ajaran Islam yang menyeluruh.
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah s.a.w. terus hidup dalam selawat, amal, akhlak, keluarga, dakwah dan usaha membina ummah.
Selamat menyambut Maulidur Rasul s.a.w. ๏ทบ ๐