22/09/2026
"MESYUARAT BERKALA KESATUAN BERSAMA PIHAK PENGURUSAN CARLSBERG MALAYSIA"
Mesyuarat Berkala antara pihak Kesatuan dan pihak Pengurusan Carlsberg Malaysia Sdn. Bhd. sebagai salah satu medium penting dalam membincangkan isu-isu berkaitan kebajikan, kepentingan serta keharmonian hubungan perusahaan antara pekerja dan pihak pengurusan.
Mesyuarat kali ini turut dihadiri oleh Presiden Kesatuan, En. Norhirman Mohd Yusof, En.Shalizan Timbalan Presiden dan Bendahari Kesatuan, En. Azizi, yang mewakili pihak Kesatuan dalam perbincangan bersama pihak Pengurusan Carlsberg Malaysia.
Mesyuarat berkala seperti ini amat penting bagi memastikan setiap perkara yang dibangkitkan dapat dibincangkan secara berterusan melalui saluran yang konstruktif, berhemah dan berlandaskan semangat perundingan serta kerjasama.
Kesatuan terus komited memperjuangkan kepentingan dan kebajikan ahli serta memastikan hubungan perusahaan yang harmoni terus diperkukuhkan.
"Bersama Menjulang Maruah"
Our Union, Our Power