Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Tenteram

Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Tenteram Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) - Taman Tenteram

For entire Ramadhan our operation were changed to (8 am - 5pm) everyday accept for Public Holiday (close).

SESI WEBINAR 2 NADI KIDVENTURE COHORT 2: PERANCANGAN KEWANGAN      • Tarikh: 17 Mei 2025 (Sabtu)   • Masa: 10.00 pagi - ...
17/05/2025

SESI WEBINAR 2 NADI KIDVENTURE COHORT 2: PERANCANGAN KEWANGAN

• Tarikh: 17 Mei 2025 (Sabtu)
• Masa: 10.00 pagi - 11.00 pagi

Peserta Usahawan CIlik: adik Hazim

Boleh Whatsapp Kami Di NADI TAMAN TENTERAM untuk pendaftaran.PERCUMA shj.  0133738557(zira)/013327500(Hanif)
28/02/2025

Boleh Whatsapp Kami Di NADI TAMAN TENTERAM untuk pendaftaran.PERCUMA shj. 0133738557(zira)/013327500(Hanif)

Mata Merah: Jangkitan Biasa atau Petanda Masalah Serius?Pernahkah anda mengalami mata merah, rasa pedih, atau gatal yang...
28/02/2025

Mata Merah: Jangkitan Biasa atau Petanda Masalah Serius?

Pernahkah anda mengalami mata merah, rasa pedih, atau gatal yang berpanjangan? Ramai yang menganggap mata merah hanya masalah biasa seperti keletihan atau alahan, tetapi ia juga boleh menjadi tanda penyakit serius yang memerlukan rawatan segera!

📢 Sertai webinar ini bersama Dr. Ayesha Mohd Zain, Pakar Oftalmologi PPUKM, dan pelajari:
✅ Punca utama mata merah – dari jangkitan, alahan, hingga penyakit mata serius
✅ Bila anda perlu risau? – Kenali simptom yang memerlukan rawatan segera
✅ Rawatan & pencegahan – Apa yang boleh dilakukan di rumah dan bila perlu berjumpa pakar

📅 Tarikh: Jumaat, 28 Februari 2025
🕥 Masa: 10.30 pagi

📍 Sertai melalui Google Meet: meet.google.com/bjc-ptsw-eza
📍 Tonton LIVE di Facebook: Official NADI Malaysia

💡 Sesuai untuk semua peringkat umur, terutama mereka yang kerap mengalami masalah mata merah, pengguna kanta lekap, dan ibu bapa yang ingin melindungi anak-anak daripada jangkitan mata!

📢 Jangan lepaskan peluang untuk bertanya terus kepada pakar & dapatkan tips penjagaan mata yang betul!

Q&A Kelas Masakan Nyonya bersama Chef Florance 🍛🍰🤩🔴 Kelas ini percuma ke?🟢 Ya, kelas ini 100% percuma!🔴 Siapa yang boleh...
28/02/2025

Q&A Kelas Masakan Nyonya bersama Chef Florance 🍛🍰🤩

🔴 Kelas ini percuma ke?
🟢 Ya, kelas ini 100% percuma!

🔴 Siapa yang boleh sertai?
🟢 Terbuka kepada semua ahli NADI tanpa mengira peringkat umur dan wajib disertai untuk semua peserta Mahir Masak Intake Pertama.

🔴 Berapa peserta boleh join? Jika ada program lain serentak, macam mana?
🟢 Kelas ini tiada had peserta. Namun, petugas perlu mengatur ruang supaya program lain di NADI dapat dijalankan serentak.

🔴 Peserta dari Mahir Masak Intake 1, perlu untuk mendaftar semula?
🟢 Tidak Perlu,

🔴 Peserta yang sebelum ini sudah sertai Mahir lain boleh join tak?
🟢 Boleh! Petugas boleh terus enroll peserta yang sudah pernah menyertai kursus lain. Jika Hanya peserta baru perlu dibuatkan user sebelum enroll.

🔴 Jika peserta ramai, boleh guna projektor?
🟢 Boleh, asalkan memudahkan petugas mengatur peserta di NADI.

🔴 Bila enrolment bermula? Perlu daftar satu-satu ke?
🟢 Pendaftaran bermula 28 February.

🔴 Jika kelas dibuka di skrin besar, semua peserta tetap perlu didaftarkan supaya jumlah penyertaan dapat direkodkan dengan betul.
🟢 Jika hanya satu nama didaftarkan tetapi 5 peserta menyertai, sistem hanya akan mengira 1 penyertaan sahaja.

🔴 Perlu login MTS semasa kelas?
🟢 Untuk Peserta Mahir Masak Intake 1, perlu tick kehadiran di dalam MTS. Jika peserta selain Mahir Masak Intake 1 tidak perlu tick kehadiran. Peserta hanya perlu klik link yang akan dikongsi sebelum kelas bermula.

🔴 Jika peserta selain Mahir Masak Intake 1 - tak login MTS, bagaimana kehadiran dicatat?
🟢 Kehadiran akan diambil berdasarkan peserta yang telah didaftarkan. Jika peserta tidak hadir, petugas perlu unenroll peserta tersebut.
❗HATI-HATI jangan tersilap unenroll peserta yang hadir! ❗

🔴 Jika peserta sudah daftar program lain pada masa yang sama, macam mana?
🟢 Utamakan program yang telah didaftarkan dahulu. Jangan risau, kursus Mahir Short Learning Series (SLS) ini akan ada lagi dalam siri seterusnya!

🔴 Ada sijil penyertaan?
🟢 Tiada sijil diberikan kerana ini adalah kursus pembelajaran singkat (one-time learning).

🔴 Kelas ini ada sesi amali? Perlu bawa bahan sendiri?
🟢 Tiada sesi amali dan peserta tidak perlu membawa bahan atau peralatan.

Ini bagi memastikan keadaan di NADI terkawal kerana ada program lain berlangsung serentak.

🔥 Jom sertai kelas ini & belajar resepi warisan Nyonya yang unik bersama Chef Florance! 🔥

𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗡𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡Sepanjang bulan Ramadan, NADI akan beroperasi mengikut jadual berikut...
28/02/2025

𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗪𝗔𝗞𝗧𝗨 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗡𝗔𝗗𝗜 𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡

Sepanjang bulan Ramadan, NADI akan beroperasi mengikut jadual berikut:
📍 Semenanjung Malaysia
9:00 pagi – 5:00 petang
📍 WP Labuan, Sabah & Sarawak
8:00 pagi – 4:00 petang
Kami di NADI mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa 🌙✨


📢 AWAS! Risiko Kanak-Kanak di Internet 🌐⚠️Kanak-kanak boleh terdedah kepada kandungan tidak sesuai seperti keganasan, ba...
25/02/2025

📢 AWAS! Risiko Kanak-Kanak di Internet 🌐⚠️

Kanak-kanak boleh terdedah kepada kandungan tidak sesuai seperti keganasan, bahan lucah, dan maklumat mengelirukan yang boleh menjejaskan perkembangan mental serta emosi mereka. 😟

👨‍👩‍👧‍👦 Lindungi mereka dengan langkah-langkah ini:
✅ Ajar mereka untuk tidak berkongsi maklumat peribadi.
✅ Gunakan kawalan ibu bapa (parental control).
✅ Berbincang secara terbuka tentang risiko internet.
✅ Galakkan mereka bertanya jika menghadapi situasi mencurigakan.

💡 Bersama kita jadikan internet tempat yang lebih SELAMAT untuk mereka! 🚀

Kelas Tiny Techies:Robotic pada 22 feb 2025 (Sabtu) 10pg-12tgh hr di NADI Taman Tenteram.
24/02/2025

Kelas Tiny Techies:Robotic pada 22 feb 2025 (Sabtu) 10pg-12tgh hr di NADI Taman Tenteram.

Kelas Webinar SAFE:Buli Siber pada 22 feb 2025 (Sabtu) 10-11pagi di NADI Taman Tenteram.
24/02/2025

Kelas Webinar SAFE:Buli Siber pada 22 feb 2025 (Sabtu) 10-11pagi di NADI Taman Tenteram.

Kelas Ikon Usahawan Cilik pada 22 feb 2025 (Sabtu) 10-11pagi di NADI Taman Tenteram.
24/02/2025

Kelas Ikon Usahawan Cilik pada 22 feb 2025 (Sabtu) 10-11pagi di NADI Taman Tenteram.

23/02/2025

Jemaah Menteri telah memutuskan agar Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas untuk diluluskan pada sidang Parlimen kali ini.

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐄𝐑𝐓Hari ini saya dan YB Teo Nie Ching (张念群) telah bertemu dengan Persatuan...
21/02/2025

𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐓𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐊𝐎𝐍𝐒𝐄𝐑𝐓
Hari ini saya dan YB Teo Nie Ching (张念群) telah bertemu dengan Persatuan ALIFE (mewakili penganjur-penganjur konsert) dan syarikat-syarikat jualan tiket utama. Turut hadir bersama ialah Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Datuk Azman Adam, serta Pengarah Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan, Tn. Zubir Hamsa.
Kami teliti mekanisme sedia ada bagi bayaran balik akibat pembatalan konsert, serta hak pembeli tiket di bawah undang-undang perlindungan pengguna.
Selain dari ejen jualan tiket, pengguna juga boleh menggunakan proses Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan pampasan, di mana pihak tribunal akan menilai dan menentukan kelayakan pampasan.
Perbincangan ini mengukuhkan komitmen Kerajaan MADANI dan semua pihak dalam melindungi hak pengguna serta memastikan mekanisme pampasan yang adil dan berkesan dapat dilaksanakan.

Address

No. 7, Jalan Tenteram 1, Taman Tenteram 1, Sungai Pelek
Sepang
43950

Opening Hours

Monday 09:00 - 06:00
Tuesday 09:00 - 06:00
Wednesday 09:00 - 06:00
Thursday 09:00 - 06:00
Friday 09:00 - 06:00
Saturday 09:00 - 06:00
Sunday 09:00 - 06:00

Telephone

+60135502194

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Tenteram posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Sebaran Maklumat Nasional - NADI Taman Tenteram:

Share