Persatuan Usahawan Orang Asli Semenanjung Malaysia

Persatuan Usahawan Orang Asli Semenanjung Malaysia Platform informasi bagi usahawan Orang Asli.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam ikhlas daripada PUOA. Hati-hati di jalan raya.!! 🤗
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam ikhlas daripada PUOA. Hati-hati di jalan raya.!! 🤗

23/04/2026 - PUOA telah menghadiri sesi perbincangan bersama Bahagian Industri Makanan Dan Asas Tani di Wisma Tani menge...
24/04/2026

23/04/2026 - PUOA telah menghadiri sesi perbincangan bersama Bahagian Industri Makanan Dan Asas Tani di Wisma Tani mengenai cadangan penambahbaikan dan bantuan yang bersesuaian untuk usahawan Tani Orang Asli. Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr Mohd Haniff bin Hassan, Setiausaha Bahagian bagi Bahagian Industri Makanan Dan Asas Tani. Satu sesi perbincangan yang kondusif dan bermakna bagi pihak persatuan. Setiap unit di bawah bahagian ini telah menerangkan pelbagai bentuk bantuan dan geran yang boleh dipohon oleh usahawan kita. Ini adalah satu titik permulaan untuk kerjasama antara pihak kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan di masa akan datang. 🤗

Sekian terima kasih.



Satu program istimewa untuk wanita OA Sepang anjuran Biro Wanita. Seminar Pengurusan Ekonomi Rumah Tangga yang akan diad...
17/04/2026

Satu program istimewa untuk wanita OA Sepang anjuran Biro Wanita.

Seminar Pengurusan Ekonomi Rumah Tangga yang akan diadakan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada wanita mengenai pengurusan kewangan, penjagaan pemakanan & kesihatan, serta ancaman siber masa kini.

Ayuh ramai- ramai wanita OA kita tidak kira peringkat umur, berkahwin atau bujang untuk hadir bersama. 🤗

P/S : Program ini telah ditangguhkan dan ditunda ke tarikh baru yang akan dimaklum kemudian.🙏🏻 Segala kesulitan amatlah dikesali.



Terima kasih banyak YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)...
09/04/2026

Terima kasih banyak YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) di atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada kami. Perjumpaan yang amat bermakna bagi kami dan semoga usahasama diantara Kementerian sentiasa terjalin.🤗

Syabas dan tahniah kepada 5 calon Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2025. Semoga adik-adik menjadi ...
01/04/2026

Syabas dan tahniah kepada 5 calon Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2025. Semoga adik-adik menjadi inspirasi kepada yang lain. 🤗

20/03/2026
Ayuh masyarakat Orang Asli yang berniaga untuk rebut peluang ini. 🤗
19/03/2026

Ayuh masyarakat Orang Asli yang berniaga untuk rebut peluang ini. 🤗

𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐈𝐀𝐘𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐒𝐋𝐈 (𝐒𝐏𝐎𝐑𝐀)

Jom rebut peluang ini!

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited menyediakan kemudahan pembiayaan mikro bagi tahun 2026 yang mudah, pantas dan inklusif untuk komuniti sasar.

Salah satu inisiatif yang ditawarkan ialah pembiayaan oleh TEKUN Nasional melalui Skim Pembiayaan Masyarakat Orang Asli (SPORA) yang dirangka khusus untuk menyokong masyarakat Orang Asli yang terlibat dalam aktiviti perniagaan agar dapat memulakan serta mengembangkan perusahaan mereka dengan lebih mampan.

Skim ini menyediakan akses pembiayaan mikro yang ringkas dan mesra usahawan, selari dengan hasrat Kerajaan untuk memperkasa ekonomi komuniti Orang Asli di seluruh negara.

Antara kelebihan skim ini:
• Kadar pembiayaan serendah 4%
• Pembiayaan daripada RM1,000 sehingga RM10,000
• Tempoh bayaran balik sehingga 1 tahun
• Permohonan dibuka sepanjang tahun

SPORA terbuka kepada masyarakat Orang Asli yang terlibat dalam aktiviti perniagaan, selaras dengan aspirasi KUSKOP untuk membina ekosistem keusahawanan yang inklusif dan berdaya tahan.

Untuk maklumat lanjut, sila imbas Kod QR yang disediakan.

Hebatkan Perniagaan Malaysia!

Steven Sim Chee Keong
Datuk Mohamad Alamin
Tekun Nasional




Terima kasih YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu di atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada kami. Walaupun YB s...
27/02/2026

Terima kasih YB Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu di atas kesudian menerima kunjungan hormat daripada kami. Walaupun YB sedang sibuk di Parlimen masih sempat menyantuni kami. 🤗 Semoga YB sentiasa dikurniakan kesejahteraan dalam menjalankan tugasan harian.

Address

No. 19-1, Jalan Cyber Valley, Cyber Valley Commercial Center
Sepang
43800

Telephone

+601160934772

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Usahawan Orang Asli Semenanjung Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Usahawan Orang Asli Semenanjung Malaysia:

Share