16/06/2024
🌙 Salam Aidiladha 1445H/2024M 🕋
"Aidiladha, lambang ketaatan dan pengorbanan"
Kami di Pertubuhan Amal Darul Fauzan ingin mengucapkan Salam Aidiladha yang penuh dengan keberkatan kepada seluruh umat Islam di mana jua anda berada. Semoga semangat pengorbanan dan ketaatan Nabi Ibrahim A.S. menjadi inspirasi kita dalam menjalani kehidupan yang lebih baik, yang berlandaskan iman dan taqwa.
Pada hari yang mulia ini juga, marilah kita bersama-sama mempereratkan silaturrahim, memperteguh ukhwah, dan menyemarakkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Aidiladha bukan sahaja tentang ibadah korban, tetapi juga tentang bagaimana kita menzahirkan kasih sayang dan kepedulian kepada sesama insan.
Kepada yang pulang ke kampung halaman, kami mendoakan perjalanan anda selamat dan dipermudahkan. Ingatlah untuk memandu dengan cermat dan berhati-hati. Utamakan keselamatan diri dan keluarga anda. Jadikan Aidiladha ini satu kenangan manis dengan berkumpul bersama yang tersayang dalam keadaan selamat dan sejahtera.
Akhir kalam, ayuh kita bersama-sama menuju kejayaan di dunia dan akhirat, dan berazam menjadikan Aidiladha ini sebagai satu titik permulaan kepada kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati.
Kami juga mengambil kesempatan ini untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara kita, agar sentiasa dilimpahi rahmat dan perlindungan dari-Nya -- Amiin Ya Rabb
"DAFAZ -- Menyebarkan Ilmu, Memperkasakan Masyarakat"
"Melalui DAFAZ, Bersama Kita Perkukuhkan Ukhuwah"
"DAFAZ memperkasa Amal Islami, memperhebat Kesejahteraan Ummah"
Ikhlas dari kami,
Pertubuhan Amal Darul Fauzan