PIBG SK Kampung Baharu Lanjut

Directions Website

PIBG SK Kampung Baharu Lanjut Halaman rasmi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Kampung Baharu Lanjut sebagai medium penyampaian

23/10/2026
18/10/2026
*MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR*Assalamualaikum dan salam sejahtera.YBhg. Datin/YBrs. D...
08/10/2026

*MAKLUMAN PENGARAH PENDIDIKAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR*

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg. Datin/YBrs. Dr/Tuan/Puan,

*MAKLUMAN PENUTUPAN SEMUA INSTITUSI PENDIDIKAN DI NEGERI SELANGOR SUSULAN KEADAAN JEREBU*

Untuk makluman semua, selaras dengan *Kenyataan Media Kementerian Pendidikan (KPM)* bertarikh *8 Oktober 2026,* semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Selangor adalah *DITUTUP SEPENUHNYA MULAI 9 Oktober 2026* susulan keadaan jerebu sehingga dimaklumkan semula oleh *Jabatan Pendidikan Negeri Selangor*.

Sehubungan itu:

1. *Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah JPN Selangor ditutup mengikut tempoh yang ditetapkan.*

2. *Sekolah hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.*

3. *Guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.*

4. *Ibu bapa/penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan.*

5. *Ibu bapa/penjaga juga dinasihatkan tidak membuat sebarang andaian berkaitan pembukaan sekolah dan hanya merujuk kepada makluman rasmi JPN Selangor/KPM.*

6. *Semua PPD dimohon memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa/penjaga dan murid di daerah masing-masing.*

7. *Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan.*

Kerjasama dan perhatian semua pihak amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

*Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim*
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

Address

Sekolah Kebangsaan Kg Baharu Lanjut, Kg Baharu Lanjut
Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SK Kampung Baharu Lanjut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby non profit organizations