JPKK Kg. Salak Tinggi

JPKK Kg. Salak Tinggi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Salak Tinggi

[7 Jun 2026]Majlis Perasmian Pintu Gerbang Kampung Lembah Paya dan Ramah Mesra bersama YB Lwi Kian Keong, ADUN Sungai Pe...
07/06/2026

[7 Jun 2026]
Majlis Perasmian Pintu Gerbang Kampung Lembah Paya dan Ramah Mesra bersama YB Lwi Kian Keong, ADUN Sungai Pelek, Sepang.

Semoga pintu gerbang baharu ini menjadi simbol kebanggaan penduduk Kampung Lembah Paya serta mencerminkan kemajuan kawasan ini.

Diharapkan lebih banyak program kemasyarakatan, pembangunan dan kebajikan dapat dilaksanakan pada masa hadapan bagi mengeratkan hubungan penduduk serta meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Pelek Sepang
Lwi Kian Keong 雷健强
Kita Sungai Pelek
Firdaus Nasir

[3 Jun 2026]Menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan Agensi Kerajaan Daerah Sepang bersama Penghulu dan Ketua-ketua Kam...
03/06/2026

[3 Jun 2026]
Menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan Agensi Kerajaan Daerah Sepang bersama Penghulu dan Ketua-ketua Kampung Mukim Labu.

Semoga semangat ukhuwah dan sinergi antara agensi kerajaan serta para pemimpin setempat terus utuh dan melestarikan agenda pembangunan dan kemakmuran di Mukim Labu.

*kredit gambar daripada halaman profil Pejabat Daerah Tanah Sepang

[30 Mei 2026]Mewakili JPKK Kg. Salak Tinggi menyertai program Qurban Kasih sebagai sukarelawan bersama warga KPKT, Bomba...
30/05/2026

[30 Mei 2026]
Mewakili JPKK Kg. Salak Tinggi menyertai program Qurban Kasih sebagai sukarelawan bersama warga KPKT, Bomba dan Parlimen Sepang.
Seusai menjalankan aktiviti qurban, daging qurban diagihkan kepada penerima asnaf yang turut ditaja oleh pengerusi ahli majlis JPP Zon Labu Tuan Ilyas As-said.
Semoga ibadah korban yang dilaksanakan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT, serta membawa manfaat dan keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.
Aiman Athirah Sabu
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Cyberjaya
KPKT Malaysia

28 Mei 2026Program Agihan Lembu Korban anjuran JPKK Kg. Salak Tinggi dengan tajaan DUN Sg. Pelek telah berlangsung seawa...
29/05/2026

28 Mei 2026

Program Agihan Lembu Korban anjuran JPKK Kg. Salak Tinggi dengan tajaan DUN Sg. Pelek telah berlangsung seawal jam 8.00 pagi. Agihan telah disempurnakan secara terus ke rumah-rumah asnaf yang terpilih bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan ini diterima dan diberkati oleh Allah SWT, serta membawa manfaat dan keberkatan kepada semua pihak yang terlibat.

Pejabat DUN Sg Pelek
Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sg Pelek
Ilyas As-said
Pejabat Ahli Parlimen Sepang

29 April 2026Kerja-kerja membersihkan pokok tumbang di tanah perkuburan Lembah Paya. Terima kasih kepada anggota-anggota...
02/05/2026

29 April 2026
Kerja-kerja membersihkan pokok tumbang di tanah perkuburan Lembah Paya. Terima kasih kepada anggota-anggota RELA dan penduduk kampung sekitar yang turut serta bergotong-royong membersihkan kawasan tersebut.

19/4/2026Alhamdulillah majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Pusat Khidmat DUN Sungai Pelek dan JPKK Kg. ...
20/04/2026

19/4/2026
Alhamdulillah majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran bersama Pusat Khidmat DUN Sungai Pelek dan JPKK Kg. Salak Tinggi berjalan lancar dan penyertaan orang ramai adalah di luar jangkaan.
Terima kasih kepada ADUN Sungai Pelek YB Tuan Lwi Kian Keong atas perasmian majlis ini. Tidak lupa juga kepada penghulu mukim Labu Encik Meor Syazwan Meor Harudin dan pengerusi JPP Zon Labu Encik Ilyas As-Said bin Zaharuddin atas kesudian memenuhi jemputan majlis ini.
Mohon maaf atas kesilapan dan kekurangan sekiranya ada. Semoga JPKK berpeluang menganjurkan lagi program akan datang.

Innalillah wainna ilaihi rojiun.Salam takziah buat keluarga allahyarham Azhari bin Mohd Rapi yang telah meninggal dunia ...
12/04/2026

Innalillah wainna ilaihi rojiun.
Salam takziah buat keluarga allahyarham Azhari bin Mohd Rapi yang telah meninggal dunia jam 3 pagi tadi. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amiin.

03/03/2026
3 Mac 2026Gotong-royong sempena program Agihan Bubur Kg. Salak Tinggi anjuran bersama RELA Mukim Labu, Daerah Sepang, JP...
03/03/2026

3 Mac 2026

Gotong-royong sempena program Agihan Bubur Kg. Salak Tinggi anjuran bersama RELA Mukim Labu, Daerah Sepang, JPKK Kg. Salak Tinggi, Pusat Wanita Berdaya (PWB) Sg. Pelek, dan JPKKP Komuniti Desa Madani Kg. Salak Tinggi.

Address

Balairaya Kg. Salak Tinggi, Salak Tinggi
Sepang
43900

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kg. Salak Tinggi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share