11/06/2026
10 Jun 2026 – Kampung Bagan Lalang melakar satu kenangan yang cukup bermakna apabila Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli mengadakan lawatan ke Dapur Warisan dan Bagan Lalang Beach Resort sempena Program Gagasan Rumpun Selangor Daerah Sepang.
Keberangkatan Tuanku merupakan satu penghormatan yang amat besar dan membanggakan buat seluruh warga Kampung Bagan Lalang. Kehadiran Tuanku bukan sahaja menyerikan program yang berlangsung, malah membawa mesej bahawa rakyat di peringkat akar umbi sentiasa dekat di hati Institusi Diraja Selangor.
Bagi penduduk kampung, lawatan ini bukan sekadar sebuah acara rasmi. Ia adalah detik yang mencipta kenangan, menyuntik semangat dan mengukuhkan rasa kebersamaan dalam kalangan masyarakat setempat. Kesudian Tuanku meluangkan masa mendekati rakyat, bertanya khabar serta meninjau sendiri keunikan dan potensi kawasan ini amat dihargai dan meninggalkan kesan yang mendalam.
Sesungguhnya, keberangkatan Tuanku menjadi sumber inspirasi kepada penduduk untuk terus memelihara warisan, memperkukuh perpaduan dan bersama-sama membangunkan Kampung Bagan Lalang agar terus maju dan sejahtera.
Bagi pihak seluruh warga Kampung Bagan Lalang, kami merafak sembah menjunjung kasih atas keberangkatan dan keprihatinan DYTM Raja Muda Selangor terhadap rakyat serta pembangunan komuniti di daerah Sepang.
Daulat Tuanku.