Bayt As Sayyidah Khadeejah Al Kubro

Bayt As Sayyidah Khadeejah Al Kubro KETUHANAN
KEHAMBAAN
KESEJAHTERAAN

πŸ“Senawang, Seremban

SOALAN PENTING DALAM KEHIDUPAN[Tausiyah Ayahanda Walid Ibrahim Al Malik]1.Siapa Kita?Kita berasal daripada alam ruh yang...
10/06/2026

SOALAN PENTING DALAM KEHIDUPAN
[Tausiyah Ayahanda Walid Ibrahim Al Malik]

1.Siapa Kita?
Kita berasal daripada alam ruh yang mempunyai perjanjian dengan ALLAH untuk mengakui bahawa ALLAH adalah Tuhan mereka.
ALLAH berfirman:
"Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka menjawab: "Benar, kami bersaksi." (Surah Al-A'raf: 172)

Setiap manusia memerlukan petunjuk agar tidak tersesat. Petunjuk tersebut ialah Al-Quran yang disampaikan oleh Rasulullah ο·Ί.Tanpa panduan Al-Quran, manusia mudah terpesong daripada jalan kebenaran.

2.Apa Tujuan Hidup?
Tujuan hidup manusia adalah untuk beribadah kepada Allah.
Allah berfirman:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku."

Hakikat ibadah ialah mengenal ALLAH (Makrifatullah) dan hidup sebagai hamba-Nya dalam setiap keadaan. Antara tanda kehambaan yang sebenar:
Sentiasa memandang kepada ALLAH dalam setiap urusan hidup.
Melihat setiap takdir sebagai ketentuan Allah yang mempunyai hikmah.
Sentiasa bermuhasabah, membersihkan dan membaiki diri.
Bersabar dan redha ketika diuji. ALLAH mengangkat darjat hamba-hamba-Nya melalui ujian.

3.Ke Mana Kita Akan Pergi?
Setiap manusia akan kembali kepada Allah.
Perjalanan manusia selepas kematian:
Kembali ke tanah (kematian).
Memasuki alam barzakh.
Dibangkitkan semula pada Hari Kiamat.
Dihisab segala amalan yang dilakukan di dunia.
Menerima balasan syurga atau neraka.

Kebahagiaan seorang mukmin bukan terletak pada kesenangan dunia, tetapi pada kejayaannya bermujahadah melawan hawa nafsu, memperbaiki diri dan kembali kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera.

Bayt As Sayyidah Khadeejah Al Kubro

✨ *MAJLIS SELAWAT & TADABBUR SURAH AL-INSYIRAH* βœ¨β€œBukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?”(Surah Al-Insyirah: 1)...
09/06/2026

✨ *MAJLIS SELAWAT & TADABBUR SURAH AL-INSYIRAH* ✨

β€œBukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?”
(Surah Al-Insyirah: 1)

Di sebalik setiap kesulitan, Allah menjanjikan kemudahan. Di sebalik setiap ujian, tersimpan rahmat dan hikmah yang mendekatkan hamba kepada-Nya.

Semoga majlis ini menjadi asbab ketenangan hati, kelapangan jiwa dan bertambahnya cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

πŸ“… Tarikh: 13 Jun 2026 | Sabtu
πŸ•’ Masa: 9:00 pagi
πŸ“ Tempat: Bayt Assayyidah Khadeejah Al Kubro
☎️Rsvp : 012-3737580

β€œSesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.”
(Surah Al-Insyirah: 6)

🌿 Semua dijemput hadir. Moga Allah menghimpunkan kita dalam majlis yang dipenuhi rahmat, sakinah dan keberkatan. 🌿



✨ Majelis Maulid Ad Dhiyaullami' "Hati yang Diuji Untuk Taat" Bersama Ustazah Atikah Al MadihijHati yang diuji akan mene...
04/06/2026

✨ Majelis Maulid Ad Dhiyaullami' "Hati yang Diuji Untuk Taat"

Bersama Ustazah Atikah Al Madihij

Hati yang diuji akan menemukan kekuatan apabila ia memilih untuk taat 🀍🌿

Jangan biarkan hati memikul segala ujian sendirian. Hadirlah ke majlis yang menghidupkan jiwa serta menguatkan langkah menuju ketaatan.

Hadir bukan sekadar mendengar ilmu, tetapi untuk menyuburkan hati.

Hadir bukan sekadar bertemu sahabat, tetapi menguatkan perjalanan menuju Allah.

Hadir untuk mencari cahaya di saat hati diuji dengan pelbagai cabaran kehidupan.

Semoga majlis ini menjadi sebab turunnya rahmat, ketenangan jiwa dan bertambahnya kecintaan kita kepada Allah dan Rasul-Nya ο·Ί.
Jumpa nanti ya.

πŸ“… Khamis, 11 Jun 2026
πŸ•— 8.00 malam
πŸ“ Bayt Assayidah Khadeejah Al Kubro, Senawang

🀍 Muslimat dijemput hadir.

RSVP 012-373 7580

KELAS TALAQQI KITAB AYYUHAL WALADBimbingan USTAZ BASYAR AL HADRAMISebuah nasihat penuh hikmah daripada Imam Al-Ghazali u...
02/06/2026

KELAS TALAQQI KITAB AYYUHAL WALAD
Bimbingan USTAZ BASYAR AL HADRAMI

Sebuah nasihat penuh hikmah daripada Imam Al-Ghazali untuk membimbing hati menuju ALLAH.

Ilmu bukan sekadar untuk diketahui, tetapi untuk diamalkan dan mendekatkan diri kepada-Nya. Melalui talaqqi, kita bukan hanya membaca kitab, bahkan memahami maksudnya dengan bimbingan guru.

πŸ“– Jom sertai Kelas Talaqqi Kitab Ayyuhal Walad dan ambil peluang menimba ilmu yang mampu mengubah cara kita melihat kehidupan, ibadah dan perjalanan menuju akhirat.

"Berapa banyak ilmu yang telah dipelajari, namun belum diamalkan?"

Semoga majlis ilmu ini menjadi asbab hidayah, keberkatan dan keselamatan di dunia serta akhirat.

26/05/2026

KELEBIHAN HARI ARAFAH

Perkongsian Dari
USTAZ BASYAR AL HADRAMI

MAJLIS PENGKHATAMAN KITAB TUHFATUL MURID Terjemahan Risalah Adab Sulukil Murid🀲🏻 & MUNAJAT MALAM ARAFAHbersama Ustaz Moh...
25/05/2026

MAJLIS PENGKHATAMAN KITAB TUHFATUL MURID Terjemahan Risalah Adab Sulukil Murid
🀲🏻 & MUNAJAT MALAM ARAFAH
bersama Ustaz Mohd Basyar Al Hadrami

Di ambang Hari Arafah yang penuh kemuliaan, marilah kita hadir bersama dalam majlis ilmu, zikir dan munajat memohon keampunan, rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT. πŸŒ™

Malam Arafah adalah malam doa-doa diangkat, hati-hati dilembutkan dan air mata pengharapan mengalir kepada Tuhan.

Semoga Allah menerima segala hajat, mengampunkan dosa-dosa dan mengurniakan ketenangan buat diri dan keluarga kita. 🀍

πŸ“… Isnin | 25 Mei 2026
πŸ•— 8:00 – 9:30 malam
πŸ“ Bayt Assayyidah Khadeejah Al Kubro
562 Persiaran Senawang 8, Taman Seri Pagi
β˜• Jamuan ringan disediakan.

β€œSebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.”
β€” Rasulullah ο·Ί

Jemput hadir.

π—žπ—œπ—§π—” π—•π—˜π—₯π—§π—˜π— π—¨ π——π—œ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—œπ—§ π—¬π—”π—‘π—š 𝗦𝗔𝗠𝗔 Dalam suasana masyarakat yang semakin mudah hilang adab dan hormat terhadap insti...
23/05/2026

π—žπ—œπ—§π—” π—•π—˜π—₯π—§π—˜π— π—¨ π——π—œ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—œπ—§ π—¬π—”π—‘π—š 𝗦𝗔𝗠𝗔

Dalam suasana masyarakat yang semakin mudah hilang adab dan hormat terhadap institusi negara, umat memerlukan ruang yang menghidupkan kembali nilai mahabbah, akhlak dan persaudaraan.

Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) hadir bukan untuk memecah-belahkan, tetapi untuk mengingatkan bahawa kekuatan sebuah negara tidak hanya terletak pada pembangunan dan kuasa, bahkan pada adab terhadap agama, warisan serta institusi yang menjadi payung kedaulatan negara.

Di bumi Malaysia yang dibina atas sejarah, perlembagaan dan kesultanan Melayu Islam, selawat menjadi bahasa penyatuan yang mendidik jiwa agar kembali mengenal hormat, hikmah dan kasih sesama masyarakat.

Kerana apabila manusia mengenal Rasulullah SAW,
mereka belajar untuk beradab,
menghormati,
dan menjaga keharmonian watan.

Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) bertujuan menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar anak muda, mahasiswa, mat motor, pekerja, keluarga dan pencinta selawat dalam satu gelombang mahabbah yang menyatukan hati.

β€œBila hati dipertemukan kerana Rasulullah, persaudaraan menjadi lebih kuat daripada segala perbezaan.”

✨ Sabtu | 6 Jun 2026 | 9.00 malam
πŸ“ Masjid Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Selangor

Ikuti Telegram Rasmi :
πŸ”— https://t.me/BukitBintangBerselawat

Facebook Rasmi :
πŸ”— https://www.facebook.com/share/1CRcaLdBrF/?mibextid=wwXIfr





USRAH MUSLIMAT BAYT KHADEEJAH AL KUBROBersama : USTAZAH ROZIMAH (IBU)πŸ—“ Jumaat | 22.5.2026πŸ•— 8 malam selepas MaghribπŸ“š Kita...
21/05/2026

USRAH MUSLIMAT BAYT KHADEEJAH AL KUBRO

Bersama : USTAZAH ROZIMAH (IBU)

πŸ—“ Jumaat | 22.5.2026
πŸ•— 8 malam selepas Maghrib
πŸ“š Kitab: β€’ Pelita Penuntut
β€’ Munyatul Musolli

Jemput hadir bersama kami mengisi hati dengan cahaya ilmu dan melembutkan jiwa dengan zikrullah kerana wanita yang dekat dengan Allah, akan melahirkan generasi yang kuat imannya.

Jemput hadir dan sebarkan kepada sahabat-sahabat muslimat yang lain .

β€œILMU IMAM KEPADA AMAL”

FOLLOW US

Bayt As Sayyidah Khadeejah Al Kubro

16/05/2026

Kadang-kadang kita lupa…
bila ribuan manusia boleh berhimpun dalam satu ruang, itu bukan perkara kecil.

Ia tanda sesuatu yang lebih besar sedang berlaku 🀍

Sebuah ruang di mana perbezaan latar, umur dan kelompok hilang seketika.
Yang tinggal hanya rasa ingin kembali kepada cinta yang sama… iaitu Baginda Rasulullah ο·Ί

Bukit Bintang Berselawat jadi bukti bahawa bila niat disatukan,
budaya boleh jadi jambatan, bukan jurang.
Hiburan boleh jadi nilai, bukan sekadar tontonan.

Dan yang paling penting…
penyatuan itu tak perlu pun dimiliki oleh sesiapa.

Kalau kita masih percaya pada kekuatan umat,
kongsikan ini supaya lebih ramai rasa harapan itu kembali πŸŒ™






16/05/2026

HME @ BBB 3.0

Address

562 Persiaran Senawang 8 Taman Seri Pagi
Senawang
70450

Telephone

+60123737580

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bayt As Sayyidah Khadeejah Al Kubro posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bayt As Sayyidah Khadeejah Al Kubro:

Share