KIKSM

Directions Website Contact the organization

KIKSM Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia

LEBIH 100 TAHUN MENJAGA KESIHATAN RAKYATWarisan Sanitary Inspector, diteruskan oleh PPKP dan PKPPernahkah anda terfikir,...
18/10/2026

LEBIH 100 TAHUN MENJAGA KESIHATAN RAKYAT

Warisan Sanitary Inspector, diteruskan oleh PPKP dan PKP

Pernahkah anda terfikir, siapakah yang turun memeriksa kebersihan rumah, menyelia kerja kawalan nyamuk dan membantu memperbaiki sanitasi masyarakat sebelum negara mencapai kemerdekaan?

Antara petugas yang memikul tanggungjawab ini ialah Sanitary Inspector atau Inspektor Sanitari.

Jawatan ini telah wujud di Tanah Melayu lebih 100 tahun lalu. Rekod direktori tahun 1924 sudah menyenaraikan jawatan Chief Sanitary Inspector dan Sanitary Inspector di Selangor. Tahun tersebut merupakan bukti kewujudan jawatan, bukan semestinya tahun permulaan perkhidmatannya.

Warisan perkhidmatan inilah yang menjadi sebahagian daripada akar sejarah profesion Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) dan Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) hari ini.

Apakah peranan mereka ketika itu?

🏘️ Memeriksa sanitasi rumah dan tempat tinggal
Inspektor sanitari menjalankan pemeriksaan rumah ke rumah untuk menilai keadaan kebersihan dan sanitasi masyarakat.

🦟 Menyelia kerja kawalan nyamuk
Laporan tahun 1926 merekodkan Ketua Inspektor Sanitari di Pulau Pinang mengetuai pelaksanaan kerja antinyamuk, manakala inspektor sanitari menyelia kerja dalam daerah masing-masing.

🚽 Terlibat dalam pentadbiran sanitasi daerah
Di Melaka, daerah luar bandar termasuk Jasin diletakkan di bawah jagaan inspektor sanitari. Usaha sanitasi ketika itu merangkumi pembaikan jamban, pengurusan najis, kebersihan kampung dan pelupusan sampah.

🏥 Melakukan lawatan pemeriksaan institusi
Tinjauan pada era 1920-an turut merekodkan lawatan inspektor sanitari dari Pulau Pinang ke pusat pesakit kusta Pulau Jerejak sebanyak dua kali sebulan.

Jasin turut menyimpan jejak penting sejarah ini.

Laporan Perubatan Negeri-Negeri Selat 1926 menyebut seorang inspektor sanitari ditempatkan di Unit Kesihatan Jasin menggunakan peruntukan Hookworm and Sanitation. Kehadiran mereka merupakan sebahagian daripada usaha membina perkhidmatan kesihatan daerah dan memperbaiki keadaan hidup penduduk.

Daripada pemeriksaan rumah dan sanitasi kampung, warisan ini diteruskan melalui khidmat PPKP dan PKP dalam melindungi kesihatan masyarakat.

KIKSM menghargai jasa generasi terdahulu yang membina asas perkhidmatan ini, serta seluruh warga PPKP dan PKP yang meneruskan amanah tersebut dengan ilmu, integriti dan dedikasi.

Sejarah ini mengingatkan kita bahawa pencegahan penyakit bermula dekat dengan kehidupan rakyat—di rumah, di tempat kerja dan dalam persekitaran seharian.

Lebih seabad berbakti. Amanah menjaga kesihatan rakyat terus dipikul.

credit gambar di District Health Unit, Jasin
carian oleh Dr Mohd Syis

Rujukan sejarah:

• Directory and Chronicle, 1924 — bahagian Selangor.
• Annual Report of the Medical Department, Straits Settlements, 1926, hlm. 26, 43–44 dan 50–53.
• H. C. de Souza-Araujo, “Leprosy: A Reprint of the Survey Made in 1924–1927”, Medical Journal of Malaya, 1960.









📸 Sekitar Sesi Perjumpaan Presiden KIKSM Bersama Anggota PPKP & PK di PKD Marang 🇲🇾18 Oktober - ​Satu sesi perjumpaan da...
18/10/2026

📸 Sekitar Sesi Perjumpaan Presiden KIKSM Bersama Anggota PPKP & PK di PKD Marang 🇲🇾

18 Oktober - ​Satu sesi perjumpaan dan interaksi bersama telah berlangsung antara Presiden KIKSM dan rakan-rakan anggota Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) serta Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) bertempat di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Marang.

​Berikut adalah rangkuman sekitar majlis tersebut:

​Sesi Taklimat & Amanat: Presiden KIKSM menyampaikan ucapan, berkongsi perkembangan terkini, serta mendengar pandangan daripada anggota di peringkat akar umbi.

​Solidariti Bersama: Sesi bergambar bersama barisan kepimpinan dan anggota yang hadir menunjukkan kesatuan dan semangat ukhuwah yang utuh.

​Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PKD Marang atas layanan mesra dan sambutan yang amat menggalakkan.

Semoga ukhuwah dan kesatuan kita terus teguh demi memartabatkan lagi kecemerlangan profesion ini! 💪✨

​


🚨 PENDAFTARAN KINI DIBUKA: KURSUS INTEGRATED ENVIRONMENTAL HEALTH ASSESSMENT (IEHA) 🚨​Ingin meningkatkan kemahiran dan p...
16/10/2026

🚨 PENDAFTARAN KINI DIBUKA: KURSUS INTEGRATED ENVIRONMENTAL HEALTH ASSESSMENT (IEHA) 🚨

​Ingin meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang kesihatan persekitaran? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kursus anjuran Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM) ini!

​📌 MAKLUMAT KURSUS:

​📅 Tarikh: 6 - 8 April 2027
​📍 Tempat: Hotel Langkasuka, Langkasuka, Kedah

​👥 Penyertaan: TERHAD kepada 60 orang sahaja!

​💰 YURAN PENYERTAAN:
​🏷️ Ahli KIKSM: RM 500
​🏷️ Bukan Ahli KIKSM: RM 550

​🎯 OBJEKTIF KURSUS:

​Memberi pendedahan berkaitan konsep IEHA dan aplikasi di lapangan bagi pencegahan penyakit berpunca daripada persekitaran.

​Mengemaskini pengetahuan berkaitan elemen kesihatan persekitaran dan impak kepada kesihatan manusia.

​Memberi pendedahan kepada prinsip dan aplikasi IEHA.

​Meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan peralatan bagi pengukuran parameter kesihatan persekitaran (Ujian Air, Ujian Makanan & Pengukuran Parameter Persekitaran).

​📞 SEBARANG PERTANYAAN / TEMPA
HAN SLOT:

Hubungi wakil kami segera sebelum tempat penuh:

​📲 Zulkarnain: 012-9282012
​📲 Nik Zulkifli: 019-6237243
​📲 Idayuni: 017-4992597

​⚡ Slot adalah amat terhad! Tempah tempat anda sekarang! ⚡

​



🇲🇾 SATU PROFESION, SATU SUARA, SATU TEKAD!15 Oktober - Kesepakatan bermula apabila kita duduk semeja, menyatukan pandang...
15/10/2026

🇲🇾 SATU PROFESION, SATU SUARA, SATU TEKAD!

15 Oktober - Kesepakatan bermula apabila kita duduk semeja, menyatukan pandangan dan melangkah dengan matlamat yang sama.

Perbincangan bersama semua Kesatuan dan Persatuan yang mewakili profesion Kesihatan Persekitaran menjadi langkah penting dalam membina kata sepakat demi memperkukuh kebersamaan serta memartabatkan profesion kita.

📣 Warga PKP dan PPKP di seluruh Malaysia, bersediakah anda untuk berhimpun di Konvensyen Peringkat Kebangsaan?

KIKSM menyeru seluruh Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) agar bersedia untuk hadir, menyumbang pandangan dan bersama-sama mencorakkan masa depan profesion.

🤝 Kehadiran anda membawa suara.

Kesatuan kita membina kekuatan.

Dari Perlis hingga ke Sabah, ayuh rapatkan saf dan semarakkan semangat kebersamaan.

Jadikan pertemuan ini wadah untuk mengangkat aspirasi, memperkukuh jati diri dan memperjuangkan kemajuan profesion Kesihatan Persekitaran.

📌 Nantikan hebahan rasmi mengenai tarikh, lokasi dan maklumat penyertaan melalui saluran rasmi KIKSM.

Bersedia untuk hadir!

Bersama menyumbang. Bersatu memartabatkan profesion!

NYATAKAN PENDIRIAN ANDA! ADAKAH ANDA BERSEDIA? REPLY DI KOMEN!

HIUS
Kppkp Sabah
Persatuan Ehom
Malaysian Environmental Health Officer & Asst Officer Association Myenvheat
MAEH



KENYATAAN MEDIA BERSAMAKESATUAN INSPEKTOR KESIHATAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KIKSM) KESATUAN INSPEKTOR KESIHATAN  JABATAN K...
11/10/2026

KENYATAAN MEDIA BERSAMA
KESATUAN INSPEKTOR KESIHATAN SEMENANJUNG MALAYSIA (KIKSM) KESATUAN INSPEKTOR KESIHATAN JABATAN KESIHATAN SARAWAK(KIKS) & KESATUAN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN SABAH(KPPKPS)

​TARIKH: 11 Oktober 2026

SOKONGAN TERHADAP BELANJAWAN 2027 SERTA GESAAN PENYERAPAN JAWATAN TETAP PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (PPKP) DAN PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN (PKP) KONTRAK

Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM) bersama kesatuan KIK Sarawak dan KPPKP Sabah yang mewakili 6000 skim PKP dan PPKP diseluruh negara menyambut baik dan menyokong penuh pembentangan Belanjawan 2027 yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan pengukuhan perkhidmatan awam, khususnya sektor kesihatan negara.

Sebagaimana sedia maklum, Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) merupakan tunjang utama barisan hadapan dalam pencegahan dan kawalan penyakit termasuk dalam situasi wabak, serta penguatkuasaan kesihatan awam di Malaysia.

Pihak Kesatuan menyokong pengumuman dari YAB Perdana Menteri dalam belanjawan 2027 iaitu seramai 9000 Doktor Kontrak akan diserap ke jawatan tetap menjelang 2027 namun bagi memastikan kelangsungan kualiti perkhidmatan kesihatan negara pihak Kesatuan memohon perhatian dan ihsan YAB Perdana Menteri, pihak Agensi Pusat dan KKM agar turut mempertimbangkan untuk ​menyerap PPKP dan PKP berstatus kontrak ke jawatan TETAP Dianggarkan berjumlah 500 org.

Langkah ini penting dan selari dengan dasar kerajaan sekarang yang mengutamakan pencegahan penyakit dan sebagai pengiktirafan atas pengorbanan barisan hadapan sejak sekian lama malah bagi memastikan sistem kesihatan awam negara kekal mampan, berdaya saing, dan bersiap sedia mendepani sebarang ancaman kesihatan di masa hadapan. Pihak Kesatuan yakin permohonan ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan semua selari dengan dasar Malaysia Madani sekarang.

Sekian Terima Kasih.

​Dikeluarkan Oleh:
​Presiden,
Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM)

​Presiden
Kesatuan Inspektor Kesihatan Jabatan Kesihatan Sarawak(KIKS)

​Presiden
Kesatuan PPKP Sabah(KPPKPS)

SILA KAJI SEMULAKIKSM   bantah kemasukan PTM sebagai PDK di dalam Akta 281
09/10/2026

SILA KAJI SEMULA
KIKSM bantah kemasukan PTM sebagai PDK di dalam Akta 281

Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berkata, perkara itu perlu dikaji semula kerana skop tugas pegawai teknologi makanan ketika ini lebih menjurus kepada sokongan dan input teknikal bagi aktiviti penguatkuasaan. Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) berkata, perkara itu perlu dikaji semula kerana sk...

09/10/2026

Terima kasih YB Dato Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas menyuarakan isu ini bagi mewakili suara KIKSM, KIKS,KPPKPS di Parlimen.

09/10/2026

Terima kasih YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa Ahli Parlimen Tampin menyuarakan isu ini bagi mewakili suara KIKSM, KIKS, KPPKPS di Parlimen.

[SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA] 🌍🌿🤝7 Okt - ​Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Kesi...
07/10/2026

[SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA PERINGKAT NEGERI MELAKA] 🌍🌿🤝

7 Okt - ​Sekitar kemeriahan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Negeri Melaka yang telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium MOTAC, Melaka!

​KIKSM amat berbesar hati atas kehadiran Tuan Presiden KIKSM, Mohd Zool Asmani bin Mahmood (yang juga Ketua Inspektorat PKD Alor Gajah) sebagai jemputan khas daripada Unit Inspektorat & Perundangan, JKN Melaka.

Turut hadir bersama bagi menunjukkan solidariti dan sokongan padu kesatuan adalah Pengerusi KIKSM Cawangan Selatan, En. Iskandarsah (Ketua Inspektorat PKD Jempol).

​Barisan kepimpinan kesatuan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, YBhg. Dr. Husnina binti Ibrahim, TPKN (KA), TPKN (BKKM), Ketua Jururawat Negeri, serta ketua PPP Negeri Melaka yang hadir menjayakan majlis ini. Kesatuan juga merakamkam jutaan terima kasih atas sokongan Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah yang turut hadir bersama.

​Menariknya semasa ucapan perasmian, YBhg. Dr. Husnina sempat berkongsi kenangan manis di mana beliau pernah berkhidmat bersama-sama PKP/PPKP (yang dahulu dikenali sebagai Inspektor Kesihatan) di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, Selangor. Beliau turut mengimbau kembali lipatan sejarah di mana pada ketika itu gred tertinggi bagi PPKP hanyalah di Gred U36 sahaja—satu perkongsian yang amat bermakna buat seluruh warga PKP/PPKP! ✨

​Syabas dan ucapan tahniah juga kepada seluruh PKP / PPKP Negeri Melaka yang turut hadir memeriahkan program ini.

KIKSM akan sentiasa memberi sokongan penuh kepada mana-mana negeri dalam melaksanakan apa jua program yang melibatkan pemerkasaan serta kebajikan PKP/PPKP. 👏💼

​"Teguh Bersama, Membina Komuniti Sejahtera!" 💪🌱


​




📢 TAHNIAH & SYABAS! KEPUTUSAN PERTANDINGAN POSTER DASHBOARD SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA (WEHD) ...
04/10/2026

📢 TAHNIAH & SYABAS! KEPUTUSAN PERTANDINGAN POSTER DASHBOARD SEMPENA SAMBUTAN HARI KESIHATAN PERSEKITARAN SEDUNIA (WEHD) 2026 🏆🎉

​Kesatuan Inspektor Kesihatan Semenanjung Malaysia (KIKSM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan peserta Pertandingan Poster Dashboard sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia (WEHD) 2026! 👏✨

Syabas juga kepada semua 23 penyertaan yang menyertai Pertandingan Poster Dashboard yang di laksanakan di Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran ini.

​Inovasi digital dan pendigitalan data yang ditampilkan memperlihatkan komitmen tinggi serta kreativiti para pegawai dalam meningkatkan kecekapan pengurusan, pemantauan, dan penyampaian perkhidmatan kesihatan awam di seluruh negara.

​🏆 SENARAI PENUH PEMENANG PERTANDINGAN POSTER DASHBOARD WEHD 2026:

​🥇 JOHAN (TEMPAT PERTAMA)
👤 Zaky bin Saidin / Danish Kumar (UIP JKN Kedah)
📊 MY IRIS V3

​🥈 NAIB JOHAN (TEMPAT KEDUA)
👤 Glynn Dexter Andreas (Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang)
📊 Dashboard Pengurusan Aduan Larangan Merokok (Dash-PALM) Berasaskan Model Kitaran Deming

​🥉 TEMPAT KETIGA
👤 Muhammad Idham Nil Hakim (Majlis Bandaraya Kuantan)
📊 ANTI MOON: Solusi Pintar Pengurusan Sisa Pepejal Dalam Menangani Risiko Penyakit dan Kebersihan Persekitaran Kawasan Pelancongan

​🏅 TEMPAT KE-4
👤 Emilda Anak Nohin (PKD Barat Daya)
📊 Enhancing Infectious Disease Monitoring: Transforming e-Notifikasi Data Into An Interactive Dashboard

​🏅 TEMPAT KE-5
👤 Raja Abdul Ghafur bin Raja Ali (Pejabat Kesihatan Daerah Pasir Puteh, Kelantan)
📊 Dashboard Pemantauan dan Analisis Program TB Daerah Pasir Puteh

​Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pemenang! Semoga kejayaan dan usaha inovasi ini terus menjadi pendorong kepada pemantapan mutu perkhidmatan Kesihatan Persekitaran & Kesihatan Awam di Malaysia. 💪🇲🇾

​"Bersatu Mendidik, Berkhidmat & Memimpin"

Notes :
Admin berhasrat untuk sediakan platform perkongsian dashboard ini melalui platform online
Kita sama-sama perkukuhkan penggunaan dashboard ini ke semua daerah melalui sesi perkongsian bersama.

​




Address

HEALTH INSPECTOR UNION, PENINSULAR MALAYSIA 56-1, Jalan KOMERSIL SENAWANG 7, TAMAN KOMERSIL SENAWANG,, SENAWANG, SEREMBAN DARUL KHUSUS
Senawang
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KIKSM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KIKSM:

Shortcuts

Share