13/06/2025
| ๐ฆ๐จ๐๐ฐ๐ฆ ๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐ฆ ๐๐๐. ๐ฐ/๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ | ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐๐ก ๐๐๐ ๐๐ฅ๐๐๐ก๐ ๐ฅ๐๐ก๐๐๐จ๐ ๐๐๐๐จ๐๐ฅ๐๐๐ก ๐๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง๐๐๐ข๐ฅ๐ ๐ช๐๐ก๐๐ง๐ ๐ฆ๐จ๐๐ฐ๐ฆ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฑ
๐๐ฎ๐ฝ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐๐ผ ๐ผ๐น๐ฒ๐ต : ๐จ๐ฟ๐๐ ๐ฆ๐ฒ๐๐ถ๐ฎ ๐ ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐ ๐ฆ๐๐๐ ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐บ๐ฏ๐ถ๐น๐ฎ๐ป
SEREMBAN, 13 JUN 2025 โ Acara Liga Penalti bersempena Sukan 4 Penjuru Agensi Penguatkuasaan Negeri Sembilan (SUK4S) Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Padang Majlis Bandaraya Seremban, Negeri Sembilan.Empat agensi penguatkuasaan Negeri Sembilan iaitu JKDM, KPDN, JPJ dan JIM berentap sengit untuk merebut mahkota kejuaraan bagi kategori lelaki dan wanita berbekalkan semangat juang dan berpasukan yang tinggi.
Tidak ketinggalan, Pengarah Kastam Negeri, JKDM Negeri Sembilan, YBrs. Tuan Muhammad Ilyas Queek bin Abdullah turut hadir bagi memberikan sokongan moral kepada atlet-atlet yang mewakili JKDM Negeri Sembilan. Ternyata kehadiran beliau berjaya membakar obor semangat dalam kalangan atlet yang bertanding sehingga membuahkan kejayaan yang diimpikan.
Keputusan penuh perlawanan Liga Penalti adalah seperti berikut:-
Keputusan Perlawanan Bagi Kategori Wanita:
JKDM NEGERI SEMBILAN - Johan
KPDN NEGERI SEMBILAN - Naib Johan
JIM NEGERI SEMBILAN - Tempat Ketiga
JPJ NEGERI SEMBILAN - Tempat Keempat
Keputusan Perlawanan Bagi Kategori Lelaki:
JPJ NEGERI SEMBILAN - Johan
JKDM NEGERI SEMBILAN - Naib Johan
KPDN NEGERI SEMBILAN - Tempat Ketiga
JIM NEGERI SEMBILAN - Tempat Keempat
Acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan atlet-atlet daripada agensi-agensi yang terlibat dan memupuk semangat juang dalam mempertahankan maruah jabatan masing-masing.
YBrs. Pengarah Kastam Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan berharap agar prestasi ini dapat diteruskan dalam acara-acara lain yang bakal dipertandingkan kelak.
Majulah Sukan Untuk Kastam