Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor.

Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor. Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor., Nonprofit Organization, 176 Wisma Jemaah Malabar, Senai.

Alhamduliah dan tahniah kepada Madrasahtul Muhammadiah Sungai Tiram atas penganjuran Majlis Maulidur Rasul 1448. Jazakal...
07/09/2026

Alhamduliah dan tahniah kepada Madrasahtul Muhammadiah Sungai Tiram atas penganjuran Majlis Maulidur Rasul 1448. Jazakallah atas jemputan. Presiden bersama Exco JMMNJ sempat memenuhi undangan ini. Penceramahnya adalah As-Syeikh Sohibul Fadilah Ustaz Tuan Haji Halid Bin Sono, Kadi Besar Johor.




Tahniah dan syabas kepada Madrasah Quwattul Islam Chaah dan Alumninya kerana berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulid...
07/09/2026

Tahniah dan syabas kepada Madrasah Quwattul Islam Chaah dan Alumninya kerana berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1448H. Jazakallah atas jemputan kepada JMMNJ. Alhamdullah wakil dr JMMNJ dapat turut serta dalam majlis sambutan ini.




02/09/2026

Road To Malabar Grand Championship
Pemuda Malabar JMMNJ

🏆 NAK IKUTI PERKEMBANGAN MALABAR GRAND CHAMPIONSHIP?

📸 Saksikan lebih banyak perkembangan terkini di Instagram kami.

👉 Instagram:

🔔 Jangan lupa Follow, Like & Share untuk tidak ketinggalan setiap perkembangan Malabar Grand Championship! 🏆🔥






Pemuda JMMNJ 2026Road To Malabar Grand Championship JMMNJ Pada mesyuarat Exco JMMNJ baru-baru ini,  datang 4 orang anak ...
01/09/2026

Pemuda JMMNJ 2026
Road To Malabar Grand Championship JMMNJ

Pada mesyuarat Exco JMMNJ baru-baru ini, datang 4 orang anak muda malabar ini membentangkan kertas kerja Malabar Grand Championship 2026 untuk berkolaborasi bersama Pemuda JMMNJ. Secara dasarnya JMMNJ tiada halangan dan setuju dengan cadangan anak muda malabar ini. Projek ini telah berjalan ke fasa seterusnya. Doakan projek ini yang dirancang oleh anak muda malabar ini bersama pemuda JMMNJ ini menjadi kenyataan.🤲




30/08/2026

🇲🇾Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-69🇲🇾
Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati


28/08/2026

‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعو

🛑Kepada Tuan² dan Puan²,

🏷Sesunguhnya dari Allah Swt dia datang kpd Allah dia kembali.

🔖Dukacita dimaklumkan Mohamad Bin Mamy (Bawaka Tiram ) telah kembali ke rahmahtullah.

🔖jangkaan akan di kebumikan selepas asar.

🔖Setelah Solat di rumah akan dibawa Ke Tanah Perkuburan Bandar Ulu Tiram(sebelah BHP) untuk dikebumikan.

Semoga rohnya Arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah s.w.t.

In Sha Allah...Aamin🤲🤲🤲

Al-Fatihah
‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Salam takziah buat Keluarganya

Sambutan Maulidur Rasul Madrasah Sublu Salam, Kempas.Alhamdulillah Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ) berkesempa...
26/08/2026

Sambutan Maulidur Rasul Madrasah Sublu Salam, Kempas.

Alhamdulillah Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ) berkesempatan hadir ke Majlis Maulidur Rasul yang diadakan di Madrasah Sublu Salam, Kempas. Kehadiran Penasihat JMMNJ YBhg. Dato' Hj. Mohamed Kunyi Bin Hj. MTP Abdul Kadir, Presiden JMMNJ Tuan Abdul Majid Bin Mami bersama barisan Exco JMMNJ menjadi tanda sokongan serta mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara JMMNJ dan pihak Madrasah Sublu Salam.

Majlis yang penuh dengan suasana mahabbah dan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ini menjadi ruang untuk kita bersama-sama menghayati sirah, perjuangan serta akhlak mulia Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam kehidupan.

Pada Majlis Sambutan tersebut Penasihat dan Presiden JMMNJ diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pihak madrasah.

Jazakumullahu khairan kathira kepada pihak Madrasah Sublu Salam atas jemputan dan sambutan yang diberikan.2

Allahumma solli ‘ala Sayyidina Muhammad
🤲 Semoga kita semua dikurniakan syafaat Rasulullah SAW di dunia dan akhirat.

JEMAAH MALABAR MUSLIM NEGERI JOHOR (JMMNJ)

24/08/2026

Selamat Menyambut Maulidur Rasul, JMMNJ: Menyuluh Iman, Meneladani Akhlak, Menyatukan Ummah Sepanjang Zaman.
Marilah kita renungi perjuangan dan keperibadian mulia Rasulullah SAW sebagai teladan dalam kehidupan seharian. Semoga kecintaan kepada baginda terus menyuburkan semangat perpaduan dan kasih sayang sesama insan. JMMNJ berharap sambutan ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan kekuatan iman kepada seluruh ahli dan masyarakat.

Tuan Abdul Majid Mami
Presiden JMMNJ

Address

176 Wisma Jemaah Malabar
Senai
81400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share