Rakan Global Malaysia

Rakan Global Malaysia Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rakan Global Malaysia, Charitable organisation, Senai.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam.Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkat...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT.

Ikhlas daripada,
Ahli jawatankuasa
Pertubuhan Kebajikan Rakan Global Malaysia

Selamat Menyambut Bulan Ramadan daripada kami di Pertubuhan Kebajikan Rakan Global Malaysia. Semoga bulan Ramadhan yang ...
18/02/2026

Selamat Menyambut Bulan Ramadan daripada kami di Pertubuhan Kebajikan Rakan Global Malaysia.

Semoga bulan Ramadhan yang mulia ini membawa keberkatan, kedamaian, dan kebaikan kepada semua.

Pertubuhan Kebajikan Rakan Global Malaysia

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha."Marilah kita menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang dirakamkan dalam Al-Qura...
06/06/2025

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

"Marilah kita menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang dirakamkan dalam Al-Quran sebagai suatu semangat dan motivasi untuk berhadapan dengan ujian dan musibah yang melanda hari ini"

Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Rakan Global Malaysia

Tahniah diucapkan kepada penerima atas segala usaha, ketabahan dan pencapaian kalian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran M...
26/05/2025

Tahniah diucapkan kepada penerima atas segala usaha, ketabahan dan pencapaian kalian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Ini bukan penamat, tetapi permulaan kepada perjalanan yang lebih jauh dan mencabar. Walaubagaimanapun selalu meminta nasihat dan mendengar nasihat daripada ibubapa kalian.

Selamat Maju jaya.

Ikhlas daripada :
Ahli jawatankuasa Rakan Global Malaysia

Assalamualaikum wbt.Sukacitanya NGO Rakan Global akan mengadakan sebuah majlis sempena meraikan calon-calon SPM 2024 yan...
22/05/2025

Assalamualaikum wbt.

Sukacitanya NGO Rakan Global akan mengadakan sebuah majlis sempena meraikan calon-calon SPM 2024 yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2024 yang lalu.

Majlis akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 25 Mei 2025
Tempat: Palm Villa, Bandar Putra, Kulai

Oleh yang demikian, pihak NGO Rakan Global berbesar hati mempelawa sebarang sumbangan untuk menjayakan majlis ini.

Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:

01020005519711
Bank Muamalat
Pertubuhan Kebajikan Rakan Global Malaysia

Semoga setiap sumbangan tuan-tuan dan puan-puan ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT.


"Alhamdulillaah..Program futsal salah satu tajaan RAKAN GLOBAL telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang d...
21/05/2025

"Alhamdulillaah..Program futsal salah satu tajaan RAKAN GLOBAL telah berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Antara Objektifnya

1. Meningkatkan semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan dalam kalangan peserta.

2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli komuniti / pelajar / staf.

3. Menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti fizikal.

4. Mencungkil bakat baharu dalam sukan futsal untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

5. Memberi peluang kepada peserta untuk bersaing secara sihat dalam suasana yang positif.

Terima kasih kepada menjayakannya.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِاَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎Selamat Hari Raya Aidilfitri"Kian...
30/03/2025

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ‎

Selamat Hari Raya Aidilfitri

"Kian berlabuh tirai Ramadhan,
Lambaian syawal kini dinanti,
Sambutan meriah raikan kemenangan,
Segala kesalahan harap dimaafi."

Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas Daripada,

MOHD FADHLI BIN CHE YUSOFF
Pengerusi
Pertubuhan kebajikan Rakan Global Malaysia

Pada 24 Mac 2025, Pertubuhan Kebajikan Rakan Global Malaysia (Rakan Global) telah turun padang bagi membantu meringankan...
26/03/2025

Pada 24 Mac 2025, Pertubuhan Kebajikan Rakan Global Malaysia (Rakan Global) telah turun padang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir serta ziarah prihatin.

Sumbangan telah disampaikan oleh Haji Kamaluddin Sairan selaku Penasihat Rakan Global Mohd Fadhli selaku Pengerusi dan sahabat sahabat yang lain.

Sumbangan dalam barang keperluan harian telah dihantar ke kawasan sekitar Kulai melibatkan 20 buah keluarga.

Rakan Global juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menunjukkan semangat solidariti dan keprihatinan dalam turut sama membantu.

🌙✨ Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2025 | 1446 H ✨🌙“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana...
01/03/2025

🌙✨ Selamat Menyambut Bulan Ramadan 2025 | 1446 H ✨🌙

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
— Al-Baqarah: 183

Selamat menyambut bulan agung. Mari bersama kita berazam manfaatkan sebaiknya bulan terbaik ini untuk meraih pahala ibadah yang dijanjikan Allah dengan ganjaran yang hebat.

رمضان كريم والله اكرم

Ustaz Mohd Fadhli Che Yusoff
Pengerusi
Pertubuhan Kebajikan Rakan Global Malaysia

Pengembaraan Alam Bersama Rakan Global 🌿🔥Jejak langkah kami menyusuri keindahan hutan, menikmati udara segar, dan menger...
30/11/2024

Pengembaraan Alam Bersama Rakan Global 🌿🔥

Jejak langkah kami menyusuri keindahan hutan, menikmati udara segar, dan mengeratkan ukhuwah melalui aktiviti Jungle Trekking dan BBQ Santai.

🌳 Dekat dengan alam, eratkan silaturahim.

🔥 Dari langkah lasak ke juadah santai – pengalaman yang sukar dilupakan!

30/11/2024
🌳🔥 Jungle Trekking & BBQ Adventure! AYUH semua sertai pengalaman lasak dan menerokai  tempat yang menarik serta menyeron...
21/10/2024

🌳🔥 Jungle Trekking & BBQ Adventure!

AYUH semua sertai pengalaman lasak dan menerokai tempat yang menarik serta menyeronokkan - jungle trekking dan BBQ!

Nikmati keindahan alam semula jadi sambil menguji ketahanan diri.

Jangan lepaskan peluang untuk bersantai bersama rakan-rakan dengan hidangan BBQ yang lazat.

Yuran penyertaan hanya RM 25 / peserta🤩

Setiap peserta akan MENERIMA cenderahati menarik :

👕 Baju eksklusif
🏅 Medal penyertaan

Pendaftaran TERHAD !!! (Lelaki Sahaja)
Daftar sekarang sebelum penuh !

Link pendaftaran :

https://forms.gle/KxUz4ijgpcN7sDs88

Tarikh tutup penyertaan 😗

30 Oktober 2024 (Rabu) , 5.00 PM

Sebarang pertanyaan hubungi :

+60 18-919 4682 (Mohd Fadhli)

Address

Senai
81400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Global Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share