SURAU AL-FALAH TMN SEMPAUL, SEMPORNA

SURAU AL-FALAH TMN SEMPAUL, SEMPORNA Tmn Sempaul, Semporna, Sabah

“Jangan menunggu ilmu datang mengetuk pintu, tetapi ketuklah pintu ilmu dengan adab dan kesungguhan  nescaya suatu hari ...
22/04/2026

“Jangan menunggu ilmu datang mengetuk pintu, tetapi ketuklah pintu ilmu dengan adab dan kesungguhan nescaya suatu hari nanti, ilmu p**a akan mendatangi kita.”

Imarah Amal Istiqamah
5100 4000 1930 - Maybank Surau Al Falah

22/04/2026
22/04/2026

Kuliah maghrib kitab Bahjatul Wasail bersama al fadhil ust. M AzrulNizamshah El Banjari

Jumaat barokah - Usai solat berjemaah, bacaan yassin dan solat hajat.... jemaah disajikan dengan sedikit jamuan."Tidak b...
16/04/2026

Jumaat barokah - Usai solat berjemaah, bacaan yassin dan solat hajat.... jemaah disajikan dengan sedikit jamuan.

"Tidak boleh bantu semua jangan tinggal semua"

Al Falah Team
Imarah Amal Istiqamah
5100 4000 1930 - Maybank Surau Al Falah

16/04/2026

Sedutan kupasan Basmalat dalam kuliah kitab Bahjatul Wasa'il bersama Al Fadhil Ust M AzrulNizamshah El Banjari.

Assalamualaikum... KULIAH MAGHRIB SURAU AL-FALAH Dengan penuh rasa syukur, Surau Al-Falah akan memulakan Kuliah Maghrib ...
05/04/2026

Assalamualaikum...

KULIAH MAGHRIB SURAU AL-FALAH

Dengan penuh rasa syukur, Surau Al-Falah akan memulakan Kuliah Maghrib mingguan pada setiap hari Rabu bermula 8 April 2026.

Majlis ilmu ini diadakan, sebagai usaha menghidupkan budaya ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“Barangsiapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis Riwayat Muslim).

Ayuh hadir beramai-ramai, semoga menjadi asbab keberkatan hidup kita semua.

Al Falah Team
Imarah Amal Istiqamah
5100 4000 1930 - Maybank Surau Al Falah
SURAU AL-FALAH TMN SEMPAUL, SEMPORNA

🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ✨🌙AssalamualaikumDi hari kemenangan ini,marilah kita saling bermaafan,mengukuhkan ukhuwa...
20/03/2026

🌙✨ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ✨🌙

Assalamualaikum

Di hari kemenangan ini,
marilah kita saling bermaafan,
mengukuhkan ukhuwah dan kasih sayang,
serta meneruskan amal kebaikan.

Semoga Syawal ini membawa:
Keberkatan • Ketenangan • Kebahagiaan

Taqabbalallahu minna wa minkum

Dengan ingatan tulus ikhlas :
SURAU AL-FALAH TMN SEMPAUL, SEMPORNA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Dengan penuh takzim dan sukacita, pihak Surau Al-Falah menjemput seluruh mu...
19/03/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan penuh takzim dan sukacita, pihak Surau Al-Falah menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk menghadiri Solat Sunat Aidilfitri yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

🗓 Tarikh: 21.3. 2026 / 1 Syawal 1447H
🕌 Tempat: Surau Al-Falah
⏰ Masa: 7.40 pagi

Marilah kita bersama-sama memeriahkan pagi Syawal dengan penuh kesyukuran, mengeratkan silaturrahim serta menghidupkan syiar Islam.

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin 🌙

04/03/2026

Alhamdulillah, kita sudah berada di pertengahan Ramadan. Jangan biarkan semangat kita juga berada di “pertengahan”. Teruskan dengan ibadah yang lebih baik daripada hari pertama.

Hari ke-15 ini adalah masa untuk muhasabah:

Adakah solat kita semakin khusyuk?
Adakah al-Quran semakin hampir di hati?
Adakah akhlak kita semakin lembut dan sabar?

Ingat, Ramadan bukan tentang bertahan lapar dan dahaga, tetapi tentang membina taqwa.

Teruskan melangkah…
Walau penat, jangan berhenti.
Walau sibuk, jangan tinggalkan.
Walau lemah, jangan mengalah.

Semoga baki Ramadan ini menjadi saksi kesungguhan kita dan membawa kita kepada keampunan serta pembebasan dari api neraka. 🤲✨

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISTiga Jenis Teman Rapatعَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّم...
08/12/2025

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tiga Jenis Teman Rapat

عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ قَالَ: مَا مِنْ عَبْدٍ وَلَا أَمَةٍ إِلَّا وَلَهُ ثَلَاثَةُ أَخِلَّاءَ: فَخَلِيلٌ يَقُولُ: أَنَا مَعَكَ، فَخُذْ مَا شِئْتَ، وَدَعْ مَا شِئْتَ؛ فَذَلِكَ مَالُهُ. وَخَلِيلٌ يَقُولُ: أَنَا مَعَكَ، فَإِذَا أَتَيْتَ بَابَ الْمَلِكِ تَرَكْتُكَ؛ فَذَلِكَ خَدَمُهُ وَأَهْلُهُ. وَخَلِيلٌ يَقُولُ: أَنَا مَعَكَ حَيْثُ دَخَلْتَ، وَحَيْثُ خَرَجْتَ؛ فَذَلِكَ عَمَلُهُ

Daripada Nukman bin Basyir RA dari Nabi SAW bersabda: Tiada seorang hamba lelaki atau perempuan pun melainkan dia mempunyai tiga orang teman rapat. Salah seorang daripadanya berkata: 'Aku bersama kamu, ambillah apa yang kamu mahu dan tinggalkan apa yang kamu mahu'; itulah hartanya. Teman yang kedua berkata: 'Aku bersama kamu, tetapi apabila kamu sampai di pintu raja (kematian), aku akan meninggalkan kamu'; itulah keluarga dan pembantunya. Dan teman yang ketiga berkata: 'Aku bersama kamu ke mana sahaja kamu masuk dan ke mana sahaja kamu keluar'; itulah amalannya." (HR At-Tobrani (119/21) (142) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Tiga jenis teman rapat (khilal) yang setiap kita miliki dalam hidup ini iaitu harta, keluarga, dan amalan:

a. Pertama harta iaitu sesuatu yang kita usaha dan kumpulkan sepanjang hidup. Harta ini boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan, tetapi pada akhirnya akan ditinggalkan apabila mati dan tidak boleh dibawa ke alam kubur atau akhirat.

b. Kedua keluarga, sahabat, pekerja, dan orang sekeliling akan berada bersama seseorang semasa hidup. Namun apabila mati, mereka hanya mengiringi jenazah kita ke kubur, tetapi tidak akan ikut masuk ke dalamnya.

c. Ketiga amalan, inilah satu-satunya teman sejati yang akan mengikuti seseorang hingga ke alam barzakh dan akhirat. Segala amalan baik atau buruk akan menjadi peneman yang setia, bahkan akan menentukan nasib kita di alam akhirat.

2. Harta hanyalah alat. Harta hanya memberi manfaat jika digunakan ke jalan yang betul, seperti disedekahkan atau digunakan untuk kebaikan. Harta yang disimpan atau dibazirkan tidak akan memberi manfaat selepas kematian.

3. Kasih sayang keluarga dan sahabat hanyalah sementara. Mereka boleh menemani kita ketika hidup dan mengurus jenazah kita, tetapi mereka tidak mampu masuk bersama kita ke alam kubur.

4. Harta dan keluarga serta teman sekeliling hanyalah bersifat sementara. Yang kekal menemani kita hanyalah amal. Persiapkan diri untuk kehidupan selepas mati dengan menyediakan bekalan amal soleh sebanyak mungkin untuk akhirat.

5. Jadikanlah harta dan keluarga serta sahabat handai sebagai jalan untuk menambah pahala, seperti bersedekah, berbuat baik dan menjaga silaturahim dan ukhuwah sesama kita.

6. Jangan terlalu bergantung pada harta dan manusia. Harta dan manusia boleh membantu kita di dunia, tetapi di akhirat belum pasti. Justeru jangan terlalu bergantung atau taksub kepada mereka sehingga melalaikan tanggungjawab terhadap Allah.

17hb Jamadil Akhir 1447H
08hb Disember 2025

08/12/2025

SURAU AL-FALAH TMN SEMPAUL, SEMPORNA

Address

Tmn Sempaul
Semporna
91308

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SURAU AL-FALAH TMN SEMPAUL, SEMPORNA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share