Kelab Belia Tinagayan - KEBAT

Kelab Belia Tinagayan - KEBAT KeBaT (PPBM9801/15) berdaftar di Jabatan Pendaftar Pertubuhan sejak 27 Mei 2015 dan fokus utama kepada aktiviti sukarelawan, kemanusiaan dan pembangunan belia.

Kod Projek: Y25-SP155Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semp...
23/10/2025

Kod Projek: Y25-SP155
Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semporna

Parlimen: P.189 Semporna

Laporan Aktiviti

1) Aktiviti 11: Bengkel Asas Pengenalan Pelancongan Berasaskan Komuniti 3 (Konsep Inap Desa/ Homestay dan pengurusan).
2) Aktiviti 12: Latihan Kapasiti Komuniti 3 (Pitching, Pendanaan Kerajaan/Swasta/NGO).

Tarikh: 08 Oktober 2025 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi- 5.30 petang
Lokasi: Hotel Wingtat, Semporna

Aktiviti Dilakukan:
- Aktiviti 11 - peserta diperkenalkan dengan konsep inap desa yang mana pihak koperasi memang ada merancang untuk membina kemudahan sendiri di kampung Balimbang, namun ada sedikit kekangan disebabkan PRU akan datang.
- ⁠Peserta juga diberikan tugasan dalam menyiapkan dan menyediakan konsep inap desa mengikut kumpulan dan aktiviti yang boleh dilaksanakan termasuk harga yang ditawarkan.
- ⁠Pembentangan kumpulan dijalankan termasuklah sesi soal jawab sesama kumpulan dan penceramah.
- ⁠semua peserta dapat memahami dan dapat menyiapkan tugasan yang diberikan.
- ⁠kaedah pengurusan perkhidmatan dan koperasi turut diberikan oleh penceramah termasuk tugasan menyiapkan poster pakej yang akan ditawarkan.
- ⁠Aktiviti 12 - peserta diberikan pendedahan kepada bantuan, geran, pembiayaan dan kursus/bengkel yang boleh dimanfaatkan kepada pengusaha pelancongan.
- ⁠Peserta juga diberikan tugasan individu untuk menghasilkan pitching selepas sesi teori diberikan.
- ⁠Sesi pembentangan pitching dijalankan dan semua peserta dapat pendedahan awal
- ⁠Semua peserta dapat memberikan sesi pitching ringkas.
- ⁠Diakhir sesi, satu majlis graduasi tamat latihan dan kursus dijalankan dengan menjemput Encik Marasun Hassim, Pemangku Pegawai KBSS daerah Semporna bagi menyempurnakan majlis.

Perbincangan Aktiviti Akhir:
- Semua peserta faham ini adalah aktiviti akhir bagi program ini dan juga akan ada sesi pemantauan selama 6 bulan selepas ini.
- ⁠pemantauan akan dijalankan dari semasa ke semasa dan akan ada lawatan daripada pihak APPGM-SDG

Pemerhatian dan Maklum Balas:
- Pemerhatian: peserta dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi dijalankan dan dapat memberikan idea-idea yang bernas dalam menghasilkan perkhidmatan pelancongan berasaskan komuniti.
- Puan Norijah, “saya bersyukur sebab dapat mengikuti semua bengkel dan saya rasa rugi sekiranya idea yang saya utarakan dan hasilkan semasa latihan dalam kumpulan dan tugasan yang diberikan tidak dapat digunakan dan dijayakan”.
- Encik Nasir, “sekali lagi saya teruja dengan idea-idea yang dikeluarkan dan dibentangkan oleh semua peserta. Ini sangat memberikan inspirasi dan dapat mengembangkan lagi perkhidmatan koperasi pada masa akan datang”.
- ⁠Puan Asnida , “sesi kali ini dapat membuka cara pemikiran kami dalam mewujudkan perkhidamatan baharu koperasi dalam mengembangkan dan melaksanakan konsep pelancongan berasaskan komuniti memandangkan semua idea bernas yanh dikeluarkan sangat terbaik dan boleh dijadikan rujukan”.

Kesimpulan: peserta dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung. Semuanya berjalan lancar dan ada peserta yang merasakan masih belum cukup dan sempurna lagi idea yang dikeluarkan dalam memperkenalkan pakej kepada orang awam.

SDG yang terlibat:
- SDG4
- ⁠SDG11
- ⁠SDG17

Laporan oleh :

Fazlan Thomas
Koordinator Y25-SP155

Kod Projek: Y25-SP155Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semp...
12/10/2025

Kod Projek: Y25-SP155
Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semporna

Parlimen: P.189 Semporna

Laporan Aktiviti: Mini Karnival CBT - Fun Ride & Run Jelajah Bum-Bum 3.0

Tarikh: 04 Oktober 2025 (Sabtu)
Masa: 6.00 pagi- 1.30 petang
Lokasi: Dewan Terbuka dan Padang SK Balimbang, Semporna

Aktiviti Dilakukan:
- Pertandingan Mewarna kanak-kanak dilaksanakan pada 2hb Okt 2025 dan hadiah disampaikan pada 3hb Okt 2025 bagi memudahkan acara pada 4hb Okt 2025. Aktiviti ini dijalankan bagi menggalakkan penyertaan para pelajar dalam program utama iaitu Fun Ride & Run dan juga penyertaan mereka dalam program ini atas permintaan komuniti PIBG sekolah.
- ⁠Antara pengisian program seperti fun ride (basikal) sejauh 42KM mengelilingi pulau Bum-Bum, Fun Run (joging) sejauh 8KM, senamerobik sebelum berlepas, taklimat keselamatan daripada Balai Pulau Bum-Bum, gerai jualan, sukaneka komuniti PIBG dan cabutan bertuah.
- ⁠Terdapat juga pameran daripada RILAUT CAB x Komuniti Pelancongan Berasaskan Komuniti, pameran Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) termasuklah pendaftaran MyDIGITAL ID, kuiz NADI, BUDIMADANI RON95 dan aktiviti basic medical check-up, serta pameran usahawan NMiniBridal (pakaian traditional) dan usahawan KacaMata.
- Target penyertaan adalah seramai 150 orang sahaja tetapi peserta yang hadir seramai 164 orang. Kehadiran komuniti PIBG SK Balimbang juga dijangka dalam 100 orang pada waktu tersebut.
- ⁠Aktiviti ini adalah kali ke-3 dianjurkan oleh pihak PIBG SK Balimbang dan penglibatan komuniti CBT kali ini adalah dalam mempromosikan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti dengan pelaksanaan aktiviti berbasikal dan larian sekitar pulau bum-bum. Antara tujuan kerjasama adalah dalam menarik lebih ramai pelancong luar untuk melihat sendiri suasana dan peluang yang ada untuk melawat pulau Bum-Bum dan dalam pada masa yang sama adalah unjuk mencuba “market validation” bagi perkhimataan sewaan basikal/motor yang akan dibuka oleh pihak Koperasi kelak.
- ⁠Program dirasmikan oleh pihak YADIM Sabah dan kerjasama program ini juga melibatkan sumbangan daripada pihak Sabah Toursim Board walaupun tiada pihak mereka yang hadir tapi masih tetap menyokong pelaksanaan program ini.
- ⁠Pelbagai sumbangan dan penaja program antaranya daripada Majlis Belia Sabah, usahawan-usahawan pelancongan dan rakan usahawan yang lain serta orang perseorangan.

Perbincangan Aktiviti Akhir:
- Semua peserta faham akan keperluan program selama 3 bulan dan bersetuju mengikuti program sehingga tamat
- ⁠Aktiviti seterusnya yang dicadangakan adalah pada 08 Oktober bagi aktiviti 11&12 termasuklah majlis penutupan program.

Pemerhatian dan Maklum Balas:
- Pemerhatian: peserta dapat melaksanakan tugasan seperti aktiviti sukaneka, pendaftaran peserta, pameran dan aktiviti cabutan bertuah serta pengurusan acara. Bagi peserta ride & run, walaupun awal pagi hujan lebat dan cabaran bagi penunggang basikal, namun semuanya dalam keadaan terkawal dan berjalan lancar.
- Cikgu Azri Ibba, selaku pengarah program dan mewakili pihak sekolah SK Balimbang kami sangat berbangga dan beruntung atas kerjasama dan bantuan pihak SP serta koperasi RILAUT CAB bagi penganjuran pada kali ini. Alhamdulillah, banyak sumbangan dan inilah penganjuran yang paling banyak dapat sumbangan termasuklah hadiah hamper pertandingan mewarna setiap kelas dan juga cabutan bertuah. Semoga ada kerjasama pada tahun akan datang.
- Siti Qriah, ini kali pertama terlibat dalam penganjuran program yang besar walaupun sangat segan dan ada sedikit rasa takut untuk mengatur program terutama aktiviti sukaneka, tapi kami tetap yakin atas kepercayaan yang diberikan oleh Encik Fazlan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan ini menjadi pengalaman yang berharga buat saya dan ajk yang lain. Tahniah untuk semua yang terlibat.
- ⁠Puan Julnah, walaupun masih demam tetapi tetap bersemangat dalam menjalankan dan melaksanakan tugas yang diberikan. Terima kasih atas tunjuk ajar dan kepercayaan yang diberikan oleh SP dan pihak PIBG sekolah atas kerjasama dalam program ini.

Kesimpulan: peserta dapat memberikan kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung walaupun ada sedikit kecacatan namun tidak menjadi penghalang kepada mereka untuk menyiapkan tugas yang diberikan. Semuanya berjalan lancar walaupun pada awal pagi hujan lebat namun tidak menjadi penghalang untuk meneruskan program sehingga tamat. Semua peserta fun ride & run juga berpuas hati dengan penganjuran walaupun ada sedikit halangan bagi kumpulan berbasikal disebabkan banyak bonggol dibeberapa laluan namun tidak menjadi penghalang buat mereka.

SDG yang terlibat:
- SDG4
- ⁠SDG11
- ⁠SDG17

Laporan oleh :

Fazlan Thomas
Koordinator Y25-SP155

Kurang dari 1 Hari Lagi❗️❗️❗️Jangan lupa temujanji kita esok, pastikan dokumen perjalanan dan peribadi dalam keadaan bai...
03/10/2025

Kurang dari 1 Hari Lagi❗️❗️❗️

Jangan lupa temujanji kita esok, pastikan dokumen perjalanan dan peribadi dalam keadaan baik. Begitu juga gear larian dan berbasikal dalam keadaan selamat dan sudah di”service”.

Agihan kit program akan diserahkan bermula jam 2.00 petang nanti. Keep in touch dan be safe ya semua…

Jumpa esok.




2 Hari sahaja Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️Semakin hampir ke program Jelajah Bum-Bum Fun Run & Run 3.0 kali ini. Kami juga tidak sabar u...
02/10/2025

2 Hari sahaja Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️

Semakin hampir ke program Jelajah Bum-Bum Fun Run & Run 3.0 kali ini. Kami juga tidak sabar untuk menanti kehadiran semua.

Untuk tambahan, pihak penaja turut menyediakan hadiah untuk “FUN RIDE”. Kami akan memilih 5 kategori pemenang, juri juga dalam kalangan peserta 🥰 nantikan pada 4 Oktober 2025 nanti.

Ya berbaki 3 hari sahaja lagi. Jumpa kamurang di Bum-Bum.




Kod Projek: Y25-SP155Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semp...
01/10/2025

Kod Projek: Y25-SP155
Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semporna

Parlimen: P.189 Semporna

Laporan Aktiviti: Bengkel Keselamatan dan Asas Pertolongan Cemas dalam sektor Pelancongan

Tarikh: 01 Oktober 2025 (Rabu)
Masa: 7.00 - 10.30 malam
Lokasi: Dewan Terbuka dan Makmal Komputer SK Balimbang, Semporna

Aktiviti Dilakukan:
- Sesi pertama adalah taklimat bersama Encik Yazid, Sub-Inspektor, Balai Polis Pulau Bum-Bum. Beliau memberikan taklimat keselamatan dan undang-undang bagi pengusaha pelancongan terutama ahli-ahli Koperasi RILAUT CAB
- ⁠Kemudian, sesi diteruskan dengan taklimat daripada pihak HRD Corp cawangan Tawau mengenai latar belakang dan tanggungjawab agensi ini kepada komuniti. Sesi disampaikan oleh Encik Sharuney dan turut hadir bersama 2 lagi staf. Sesi soal jawap juga turut dijalankan dalam sesi ini.
- ⁠Aktiviti seterusnya adalah aktiviti bersama pihak NIOSH Sabah & WP Labuan dalam sesi Asas Pertolongan Cemas. Sesi teori dan praktikal dalam CPR, tercekik dan balutan asas turut dijalankan dalam sesi ini.
- ⁠Peserta juga dapat berpeluang untuk melakukan CPR secara praktikal.
- ⁠Pada kali ini, sesi dijalankan bersama ahli koperasi lelaki yang merupakan majoritinya adalah pemandu bot penambang dan pelancong. Adalah wajar bagi melibatkan mereka memandangkan konsep Pelancongan Berasaskan Komuniti yang melibatkan pengendalian bot adalah lebih tertumpu kepada mereka dan bengkel ini amat sesuai untuk pengenalan dan pendedahan awal kepada mereka.

Perbincangan Aktiviti Akhir:
- Semua peserta faham akan keperluan program selama 3 bulan dan bersetuju mengikuti program sehingga tamat
- ⁠Aktiviti seterusnya yang dicadangakan adalah pada 04 Oktober bagi aktiviti 10 dan sesi terakhir untuk aktiviti 11&12 akan dimaklumkan kemudian.

Pemerhatian dan Maklum Balas:
- Pemerhatian: semua peserta gembira dan teruja dengan sesi yang dijalankan pada hari ini dan berharap agar mereka dapat mempelajari sesuatu daripada sesi ini yang dikongsikan oleh penceramah. Memandangkan ini adalah pertama kali bagi mereka melaksanakan aktiviti Asas Pertolongan Cemas.
- Encik Abdul Muin, ini merupakan bengke kedua yang saya dapat sertai memandangkan hanya ada waktu lapang pada sebelah malam. Bengkel harini sangat berguna dan bermanfaat terutama kepada kami pemandu bot agar boleh digunakan sewaktu bekerja dan walau dimana pun berada. Terima kasih pihak koordinator dalam melaksanakan bengkel seperti ini agar semua ahli koperasi dapat manfaat dan boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
- Encik Khairul, sangat teruja dan sangat beruntung dapat hadir dalam bengkel kali ini dan juga dapat bawa kawan untuk turut serta agar tidak bosan dan dapat berkongsi ilmu yang sama. Semoga kehadapannya dapat menimba ilmu yang lebih mendalam dan dapat bermanfaat kehadapannya.

Kesimpulan: peserta sangat seronok dengan aktiviti seperti ini serta dapat melaksanakan aktiviti dengan penceramah yang sama di masa akan datang. Peserta juga terhibur dengan penceramah dari pihak NIOSH yang sangat ceria dan dapat membuat bengkel ketawa dan memberikan input yang sangat berkait rapat dengan aspek keselamatan terutama sekali melibatkan pengusaha bot di pulau Bum-Bum.

Sedikit masalah pada awalnya, dewan terbuka mengalami masalah elektrik dan seterusnya pihak koperasi memindahkan sesi ke makmal komputer, walaupun sedikit panas dan kurang selesa namun peserta masih bertahan sehingga ke akhir bengkel.

SDG yang terlibat:
- SDG4
- ⁠SDG11
- ⁠SDG17

Laporan oleh :

Fazlan Thomas
Koordinator Y25-SP155

*3 Hari sahaja Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️*Semakin hampir ke program *Jelajah Bum-Bum Fun Run & Run 3.0* kali ini. Kami juga tidak sab...
01/10/2025

*3 Hari sahaja Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️*

Semakin hampir ke program *Jelajah Bum-Bum Fun Run & Run 3.0* kali ini. Kami juga tidak sabar untuk menanti kehadiran semua.

Untuk tambahan, pihak penaja turut menyediakan hadiah untuk *”FUN RUN”* - Pakaian (Aksesori) Paling Unik. Kami akan memilih secara _‘random’_ Top 5 pemenang, juri juga dalam kalangan peserta 🥰

*”TEMA: LESTARI”*

Ya berbaki 3 hari sahaja lagi. Jumpa kamurang di Bum-Bum.




*4 Hari sahaja Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️*Kamurang tidak sabar sudahkan untuk program *Jelajah Bum-Bum Fun Run & Run 3.0* pada kali i...
30/09/2025

*4 Hari sahaja Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️*

Kamurang tidak sabar sudahkan untuk program *Jelajah Bum-Bum Fun Run & Run 3.0* pada kali ini. Apapun, semoga semuanya baik-baik saja dan kami mengalu-alukan kedatangan tuan/puan.

Ya berbaki 4 hari sahaja lagi. Jumpa kamurang di Bum-Bum.




*5 Hari Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️*Kamurang tidak sabar tu kan untuk program *Jelajah Bum-Bum Fun Run & Run 3.0* kali ini. Apapun, 5 ...
29/09/2025

*5 Hari Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️*

Kamurang tidak sabar tu kan untuk program *Jelajah Bum-Bum Fun Run & Run 3.0* kali ini. Apapun, 5 hari saja lagi kita akan berjumpa

Peringatan mesra:

1. Jangan lupa tiket bas/flight kamurang.
2. ⁠Semoga semua persiapan dalam keadaan terkawal.
3. ⁠Semoga sihat-sihat dan jumpa di Sampulnak

Ya 5 hari lagi. Jumpa kamurang di Bum-Bum.




*ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA**6 Hari Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️*Mungkin ramai yang tidak sabar untuk program *Jelajah B...
28/09/2025

*ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA*

*6 Hari Lagi🚴‍♂️🏃🏃‍♀️*

Mungkin ramai yang tidak sabar untuk program *Jelajah Bum-Bum Fun Run & Run 3.0* kali ini. Apapun, tinggl berbaki 6 hari lagi sebelum berlangsung acara kita.

Peringatan mesra:

1. Pastikan gear dan peralatan kamurang dalam keadaan baik dan sudah disenggara dengan baik.
2. ⁠Pastikan kesihatan juga dalam keadaan baik dan normal.
3. ⁠Pastikan tidur dan fitness yang mencukupi.
4. ⁠Doakan agar majlis dapat berjalan lancar dan cuaca baik-baik semasa program ini.
5. ⁠Panjang umur, InshaAllah jumpa di Semporna.

Tidak sabar, ya 6 hari lagi. Jumpa kamurang di Bum-Bum.




Kod Projek: Y25-SP155Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semp...
23/09/2025

Kod Projek: Y25-SP155
Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semporna

Parlimen: P.189 Semporna

Laporan Aktiviti: Bengkel Storytelling, Copywriting dan AI untuk Media Sosial

Tarikh: 23 Sept 2025 (Selasa)
Masa: 1.00 - 5.00 petang
Lokasi: Rumah Komuniti Encik Mohammad, Kampung Balimbang, Semporna

Aktiviti Dilakukan:
- Sesi suai kenal bersama penceramah Puan Siti Rahmah Ruslan
- ⁠Pengenalan kepada asas storytelling dan teknik-teknik menghasilkan penulisan yang baik. Aktiviti individu
- ⁠Aktiviti seterusnya copywriting, dalam menghasilkan kapsyen dan penyusunan sertas teknik yang boleh digunakan dalam menghasilkan penulisan yang baik.
- ⁠Pengenalan kepada AI dan aplikasi yang boleh digunakan untuk edit poster, gambar, banner/bunting dan video untuk tujuan pemasaran. Antara aplikasi diajar seperti Microsoft Bing Image, ChatGPT dan Gemini (Nano Banana & Veo3) serta tugasan individu dalam menghasilkan rekaan masing-masing.
- ⁠Penceramah juga berkongsi contoh-contoh suntingan yang dibuat menggunakan produk Rilaut Cab untuk rujukan peserta. Penceramah juga menyediakan dokumen contoh-contoh storytelling dan copywriting yang boleh dijadikan rujukan.

Perbincangan Aktiviti Akhir:
- Semua peserta faham akan keperluan program selama 3 bulan dan bersetuju mengikuti program sehingga tamat
- ⁠Aktiviti seterusnya yang dicadangakan adalah pada 01 Oktober bagi aktiviti 9 dan 04 Oktober bagi aktiviti 10.

Pemerhatian dan Maklum Balas:
- Pemerhatian: semua peserta gembira dan teruja dengan sesi yang dijalankan pada hari ini dan berharap agar mereka dapat mempelajari sesuatu daripada sesi ini yang dikongsikan oleh penceramah.
- Puan Atikah, bengkel sangat menarik dan tidak bosan untuk mengikuti sehingga akhir walaupun masa tidak mengizinkan, tapi saya tetap fokus dan seronok.
- ⁠Cik Iman, walaupun sudah memahami beberapa aplikasi suntingan AI, saya sangat bertuah dan bersyukur dapat mengikuti kelas hari ini sebab banyak ilmu baharu yang dipelajari terutama teknik-teknik copywriting.

Kesimpulan: peserta sangat teruja dan sangat seronok dengan aktiviti seperti ini serta dapat melaksanakan aktiviti dengan penceramah yang sama di masa akan datang.

SDG yang terlibat:
- SDG4
- ⁠SDG11
- ⁠SDG17

Laporan oleh :

Fazlan Thomas
Koordinator Y25-SP155

Kod Projek: Y25-SP155Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semp...
20/09/2025

Kod Projek: Y25-SP155
Nama Projek: Program Pembangunan Komuniti - Pelancongan Berasaskan Komuniti Kampung Balimbang, Semporna

Parlimen: P.189 Semporna

Laporan Aktiviti: Bengkel Pembangunan Produk (Pelancongan, Warisan dan Alam Sekitar)

Tarikh: 18 Sept 2025 (Khamis)
Masa: 7.30 - 10.30 malam
Lokasi: Rumah Komuniti Encik Masmud, Kampung Balimbang Berjasa, Semporna

Aktiviti Dilakukan:
- Sesi suai kenal bersama penceramah Puan Noritah Yapi
- ⁠Pengenalan kepada teknik-teknik dan kaedah dalam membangunkan sesebuah produk atau perkhidmatan khususnya dalam pelancongan.
- ⁠Aktiviti berkumpulan, mewujudkan produk/perkhidmatan pelancongan berasaskan mengikut 4 kumpulan berdasarkan cadangan dan pandangan masing-masing yang boleh digerakkan dan diwujudkan di pulau Bum-Bum.
- ⁠Kaedah pengiraan harga produk/perkhidmatan pelancongan mengikut teknik dan kaedah berdasarkan pengalaman penceramah sebagai salah seorang pengusaha pelancongan dan koperasi.
- Diakhir sesi, peserta diminta untuk membuat kesimpulan mengenai aktiviti yang telah dijalankan
- ⁠Penceramah juga berkongsi mengenai kekuatan pulau Balimbang yang boleh dibangunkan dalam CBT dan aspek yang boleh diketengahkan dengan kelebihan dan keunikan yang ada di pulau Bum-Bum, Semporna. Termasuklah harga pakej yang berpatutan yang boleh diletakkan.

Perbincangan Aktiviti Akhir:
- Semua peserta faham akan keperluan program selama 3 bulan dan bersetuju mengikuti program sehingga tamat
- ⁠Aktiviti seterusnya yang dicadangakan adalah pada 21 @ 23 September bagi aktiviti 8.

Pemerhatian dan Maklum Balas:
- Pemerhatian: semua peserta gembira dan teruja dengan sesi yang dijalankan pada hari ini dan berharap agar mereka dapat mempelajari sesuatu daripada sesi ini yang dikongsikan oleh penceramah.
- Encik Roslan, bengkel sebelah malam bukan halangan untuk komuniti berkumpul dan menjalankan sesi bersama. Bagi pengiraan harga perkhidmatan, kami juga dapat sesuatu yang baharu memandangkan selama ini kaedah yang kami gunakan kurang tepat dan masih perlu penambahbaikan. Tidak rugi dengan ilmu yang dipelajari pada malam ini dengan penceramah yang sangat sesuai dan terbaik.
- ⁠Encik Nasir, sesi sangat terbaik dengan penceramah yang dihadirkan sangat berpengalaman dalam bidang pelancongan dan sesi tidak membosankan walaupun sangat terhad masa yang ada.

Kesimpulan: peserta sangat teruja dan sangat seronok dengan aktiviti seperti ini serta dapat melaksanakan aktiviti dengan penceramah yang sama di masa akan datang.

SDG yang terlibat:
- SDG4
- ⁠SDG11
- ⁠SDG17

Laporan oleh :

Fazlan Thomas
Koordinator Y25-SP155

Address

Semporna
91308

Telephone

+60175959179

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Tinagayan - KEBAT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Belia Tinagayan - KEBAT:

Share