Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda

Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda Pusat Pmbelajaran Islam Al-Huda (PPIAH) adalah sebuah pusat untuk anak-anak asnaf dan tanpa dokumen di Semporna belajar asas Agama.

PPIAH terdiri kepada 3 sekolah di Semporna iaitu, PPIAH Pekan 2, PPIAH Kuala Bibang dan PPIAH Kg Airport.

18/04/2026
Program Sunathon PPIAH, Yayasan Ikhlas X Yayasan Amal 2026๐Ÿ—“๏ธ: 17 April 2026๐Ÿ“: PPIAH, Pekan 2, SempornaAlhamdulillah, Pro...
18/04/2026

Program Sunathon PPIAH, Yayasan Ikhlas X Yayasan Amal 2026

๐Ÿ—“๏ธ: 17 April 2026
๐Ÿ“: PPIAH, Pekan 2, Semporna

Alhamdulillah, Program Sunathon Yayasan Ikhlas dengan kolaborasi Yayasan Amal telah berlangsung dengan lancar dan penuh makna.

Program dimulakan dengan sarapan pagi bersama para peserta dan ibu bapa sebelum anak-anak menjalani prosedur. Seramai 50 orang peserta daripada pelajar PPIAH Pekan 2 sendiri mahupun pelajar luar yang telah menyertai program ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yayasan Amal atas kolaborasi yang diberikan, juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga usaha ini memberi manfaat kepada masyarakat serta menjadi asbab kebaikan buat semua.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Program Sunathon Yayasan Ikhlas x Yayasan Amal.

26 Mac 2026, minggu lalu kami menziarahi rumah salah seorang anak murid kami, yang diuji dengan kehilangan insan paling ...
01/04/2026

26 Mac 2026, minggu lalu kami menziarahi rumah salah seorang anak murid kami, yang diuji dengan kehilangan insan paling berharga dalam hidupnya iaitu ibu tercinta, yang telah pergi buat selama-lamanya.

Pemergian ini meninggalkan 6 orang anak yang masih memerlukan kasih sayang dan perhatian. Yang paling menyentuh hati, si bongsu masih kecil dan masih menyusu susu ibunya. Namun takdir telah memisahkan mereka lebih awal.

Adik Ryan, sebagai anak sulung, kini memikul tanggungjawab yang besar bersama tiga orang adiknya yang juga menuntut di Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda, Pekan 2, Semporna.

Semoga adik Ryan dan adik-adiknya diberikan kekuatan, ketabahan, dan perlindungan dalam meneruskan kehidupan tanpa kasih sayang seorang ibu di sisi.

Al-Fatihah buat arwah ibu mereka. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan dikurniakan syurga yang tertinggi.
Sesungguhnya, setiap yang hidup pasti akan kembali. Namun, yang ditinggalkan akan sentiasa membawa kenangan dan doa yang tidak pernah putus.

โœจSelamat Hari Raya Aidilfitri 1447H | 2026MโœจBunga melati di tepi perigi,Harumnya sampai ke hujung desa,Syawal menjelma p...
20/03/2026

โœจSelamat Hari Raya Aidilfitri 1447H | 2026Mโœจ

Bunga melati di tepi perigi,
Harumnya sampai ke hujung desa,
Syawal menjelma penuh berseri,
Maaf dipinta seikhlas rasa.

Pesanan tulus ikhlas, Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda, Semporna.

PPPIAH sedang berduka.Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, kami menerima khabar pemergian adik Al-Kaisal bin Adzmil, pel...
05/03/2026

PPPIAH sedang berduka.

Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, kami menerima khabar pemergian adik Al-Kaisal bin Adzmil, pelajar Tahun 2A PPPIAH, pada petang 3 Mac 2026.

Pemergiannya amat memberi kesan yang mendalam kepada seluruh warga sekolah. Arwah dikenali sebagai seorang murid yang rajin, ringan tulang membantu guru-guru, serta aktif dalam setiap program dan aktiviti yang dianjurkan. Sikapnya yang ceria dan sopan santun akan sentiasa terpahat dalam ingatan kami semua.

Pada 4 Mac 2026, para guru berkesempatan menziarahi keluarga arwah sebagai tanda sokongan dan kebersamaan dalam menghadapi ujian ini. Surau PPPIAH Pekan 2 turut digunakan untuk pelaksanaan solat jenazah, sebagai penghormatan terakhir daripada warga sekolah buat seorang anak didik yang kami kasihi.

Sesungguhnya kehilangan ini amat dirasai. Namun kami redha bahawa setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada Pencipta-Nya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh adik Kaisal, mengampuni segala dosanya, melapangkan kuburnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Buat keluarga Allahyarham, kami seluruh warga PPPIAH mendoakan agar dikurniakan ketabahan, kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Al-Fatihah.

Doa puasa ramadhan hari ini๐Ÿคฒ๐ŸปุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฒูŽูŠูู‘ู†ูู‘ูŠู’ ูููŠู’ู‡ู ุจูุงู„ุณูู‘ุชู’ุฑู ูˆูŽ ุงู„ู’ุนูŽููŽุงูู ูˆูŽ ุงุณู’ุชูุฑู’ู†ููŠู’ ูููŠู’ู‡ู ุจูู„ูุจูŽุงุณู ุงู„ู’...
02/03/2026

Doa puasa ramadhan hari ini๐Ÿคฒ๐Ÿป

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฒูŽูŠูู‘ู†ูู‘ูŠู’ ูููŠู’ู‡ู ุจูุงู„ุณูู‘ุชู’ุฑู ูˆูŽ ุงู„ู’ุนูŽููŽุงูู ูˆูŽ ุงุณู’ุชูุฑู’ู†ููŠู’ ูููŠู’ู‡ู ุจูู„ูุจูŽุงุณู ุงู„ู’ู‚ูู†ููˆู’ุนู ูˆูŽ ุงู„ู’ูƒูŽููŽุงูู ูˆูŽ ุงุญู’ู…ูู„ู’ู†ููŠู’ ูููŠู’ู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุนูŽุฏู’ู„ู ูˆูŽุงู„ุฅูู†ู’ุตูŽุงูู ูˆูŽ ุขู…ูู†ูู‘ูŠู’ ูููŠู’ู‡ู ู…ูู†ู’ ูƒูู„ูู‘ ู…ูŽุง ุฃูŽุฎูŽุงูู ุจูุนูุตู’ู…ูŽุชููƒูŽ ูŠูŽุง ุนูุตู’ู…ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ุฎูŽุงุฆููููŠู’ู†ูŽ

Ya Allah, mohon tanamkanlah ke dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah ke dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Mohon jauhkanlah dariku kemurkaanMu dan api neraka dengan pertolonganMu, Wahai penolong orang-orang yang meminta tolong.

26/02/2026

Orang mungkin nampak apa yang kita tiada. Tapi kita pilih untuk nampak apa yang masih ada.

Sedikit atau banyak, dengan hati yang bersyukur akan selalu terasa cukup.

Lensa Ramadhan bersama Coca Cola
25/02/2026

Lensa Ramadhan bersama Coca Cola

[LAPORAN | RAMADHAN BERSAMA COCA COLA]๐Ÿ“Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda, Pekan 2 dan Kuala Bibang, Semporna.Alhamdulilla...
25/02/2026

[LAPORAN | RAMADHAN BERSAMA COCA COLA]

๐Ÿ“Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda, Pekan 2 dan Kuala Bibang, Semporna.

Alhamdulillah, pada 21/2/2026 pihak PPIAH telah menerima lawatan daripada wakil The Coca-Cola Company iaitu Encik Zahari Said (Halal Lead) dan Puan Hasleanna Ellisa (PACS Executive).

Lawatan ini merupakan satu penghormatan buat pihak kami dan mencerminkan komitmen berterusan pihak Coca-Cola sejak tahun lalu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat serta menyokong kebajikan komuniti setempat. Sepanjang program berlangsung, pihak mereka telah menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada para pelajar yang memerlukan sebagai tanda keprihatinan.

Selain itu, mereka juga berjalan kaki untuk menyantuni pelajar ke rumah, . Program ini kemudiannya diteruskan dengan majlis berbuka puasa bersama warga sekolah dalam suasana penuh kesederhanaan dan rasa syukur.

Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian serta komitmen pihak Coca-Cola dalam menjayakan program ini. Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan diberkati serta memberi impak positif yang berterusan kepada para pelajar dan komuniti sekitar. Terima kasih atas jalinan kerjasama yang amat bermakna ini.

Sesi Penyampaian Cenderahati S.K Pekan 2, Semporna ๐Ÿ’Sesi penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Ustazah Noraliza ...
21/11/2025

Sesi Penyampaian Cenderahati S.K Pekan 2, Semporna ๐Ÿ’

Sesi penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Ustazah Noraliza Binti Noh selaku Guru Besar PPIAH diiringi Cikgu Syamimi , Pengarah Sukan PPIAH 2025 ke S.K Pekan 2, Semporna sebagai simbol penghargaan atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.

Semoga hubungan baik ini terus mekar dan membawa lebih banyak peluang serta manfaat kepada kedua-dua pihak pada masa akan datang. Terima kasih SK Pekan 2 kerana bersama menjayakan sukan tahunan kami. Moga Allah permudahkan segala urusan dan mempertemukan lagi dalam program yang seterusnya.

Address

Pusat Komuniti Al-Huda, Jalan SK Pekan Semporna 2, 91300 Semporna
Semporna
91308

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60166445597

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Pembelajaran Islam Al-Huda:

Share