Rakan Digital Menteritip

Rakan Digital Menteritip Membantu Peniaga Kecil Mengembangkan Perniagaan Secara Digital Dengan Apa Cara Sekalipun

Kelas keusahawanan bersama dengan pelajar-pelajar Pusat Pembelajaran Islam al-Huda Semporna.Pusat Pembelajaran Islam al-...
16/07/2024

Kelas keusahawanan bersama dengan pelajar-pelajar Pusat Pembelajaran Islam al-Huda Semporna.

Pusat Pembelajaran Islam al-Huda adalah satu pusat pembelajaran yang ditubuhkan oleh NGO Yayasan Ikhlas sebagai inisiatif memberi pendidikan percuma kepada anak-anak asnaf di sekitar Semporna yang tidak berkemampuan belajar di sekolah arus perdana.

Dalam sesi kali ini, pelajar didedahkan kepada teori, konsep dan etika keusahawanan untuk menerapkan nilai-nilai dan semangat keusahawanan dalam diri mereka.

Semoga apa yang dikongsi bersama dapat dipraktikkan dan seterusnya menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak. Insyallah.

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu 29 Jun 2024 telah berlangsung bengkel pengurusan kewangan kerjasama NADI, Maybank dan Ama...
30/06/2024

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu 29 Jun 2024 telah berlangsung bengkel pengurusan kewangan kerjasama NADI, Maybank dan Amanah Ikhtiar.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk membantu usahawan merancang kewangan perniagaan mereka, membuka akaun perniagaan dan mendedahkan kepada perbankan atas talian.

Terima kasih Maybank dan Amanah Ikhtiar!

26/06/2024
Ahad (23/6/2024) telah dijalankan perjumpaan bulanan bersama ibu-ibu komuniti di Pulau Bait, Semporna. Agenda perjumpaan...
24/06/2024

Ahad (23/6/2024) telah dijalankan perjumpaan bulanan bersama ibu-ibu komuniti di Pulau Bait, Semporna. Agenda perjumpaan adalah menambahbaik poster dan brand produk, mengenalpasti strategi pemasaran untuk meningkatkan jualan serta SWOT analisis, untuk mengenalpasti kelemahan serta potensi produk dan bagaimana untuk mengatasi kelemahan ataupun menambah kekuatan produk.

Kerjasama bersama WWF Semporna.

Semoga keberhasilan memihak komuniti.

13/06/2024
4/6/ 2024 - Perkongsian Microsoft Excel bersama pelajar Pusat Pendidikan Islam al-Huda, Yayasan Ikhlas. Bertujuan untuk ...
06/06/2024

4/6/ 2024 - Perkongsian Microsoft Excel bersama pelajar Pusat Pendidikan Islam al-Huda, Yayasan Ikhlas. Bertujuan untuk mendedahkan mereka kepada penggunaan Excel untuk membuat pengiraan asas perniagaan. Selain mengenalpasti untung rugi perniagaan melalui penggunaan bar chart dan pie chart. Peserta diajar untuk memasukkan data, membuat pengiraan dan membuat carta.

5/6/2024 - Program pembikinan dan pembaharuan lesen usahawan Amanah Ikhtiar, kerjasama dengan Amanah Ikhtiar.

23/05/2024

PERHATIAN ! ! !

UNTUK WARGA SEMPORNA
KURSUS PEMBUATAN ROTI & KEK AKAN DIADAKAN
( Kelas Hands On - Bersemuka )

Peserta akan dimasukkan kedalam group setelah membuat pendaftaran

Tarikh : 31/05/2024 (Jumaat)
Masa : 9.00AM – Selesai
Tempat : NADI Kg Bugaya, Semporna

Yuran Kelas Kek – RM150
Yuran Kelas Roti – RM100
– RM230

.
* Chicken floss
* Chocolate Rice
* Mini Fizza
* Bun Ulat Bulu Pandan/Kcg hitam
* Butterscotch@Sarang Lebah

Kelebihan Mengikuti Kursus Ini : -
Sijil Penyertaan Disediakan.
Tenaga Pengajar Berpengalaman
Peralatan/Bahan disediakan.
Hasil Kerja Boleh Bawa Balik.
Kerja Amali/Praktikal 100%.
Peluang Utk Dapatkan Income.
Nota Lengkap Disediakan.

Untuk Pendaftaran Boleh Hubungi Nombor yang Tertera
https://wa.link/slz4i1
https://wa.link/fxzib2

01/05/2024

Selamat hari pekerja kepada semua.
MayDay!

Perjumpaan bersama komuniti Pulau Bait Semporna dalam usaha untuk membantu komuniti menjana pendapatan dan memasarkan pr...
29/04/2024

Perjumpaan bersama komuniti Pulau Bait Semporna dalam usaha untuk membantu komuniti menjana pendapatan dan memasarkan produk mereka secara dalam talian. Dengan kerjasama WWF Semporna.

Semoga ada kemajuan untuk komuniti luar bandar dalam mendepani era digital.

Address

Pusat Internet Kampung Menteritip KM 27, Jalan Semporna Tawau
Semporna
91308

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rakan Digital Menteritip posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Rakan Digital Menteritip:

Share