16/04/2025
💥💥💥 Assalamualaikum wwt 💥💥💥
➡️ Kami adalah NGO yang bergerak atas nama PERSATUAN PERUBATAN ISLAM RUQYAH DARUL DAKWAH SEMPORNA
➡️ Persatuan kami berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau ROS dan telah disahkan pendaftarannya melalui sijil pendaftaran pertubuhan bernombor PPM-023-12-02032020
➡️ Kemasukan keahlian bagi persatuan adalah terbuka kepada orang awam dari semua golongan lapisan masyarakat yang berminat menjadi ahli. Pada saat ini kebanyakan ahli adalah daripada golongan asnaf.
➡️ Persatuan ini mempunyai beberapa Unit yang mana setiap unit akan mengambil peranan masing-masing untuk kelangsungan fungsi dan peranan sebagai NGO yang bergerak bebas untuk membantu masyarakat setempat.
➡️ Diantara Unit yang terdapat dalam persatuan ini ialah :
1. Unit Kebajikan
2. Unit Dakwah dan Pendidikan
3. Unit Program dan Rekreasi
➡️ Ketiga-tiga Unit ini diterajui oleh individu yang berpengalaman dalam menjalankan tanggungjawab mereka sehingga telah banyak program yang telah berjaya dilaksanakan sepanjang tempoh penubuhannya pada dari tahun 2020.
➡️ Disini kami ingin tegaskan bahawa persatuan kami tidak lah tertumpu semata-mata hanya bergiat dalam bidang Perubatan Islam sahaja tetapi peranan persatuan ini lebih menyeluruh dan aktif kepada program kebajikan kemasyarakatan.
➡️ Diantara program yang telah berjaya dilaksanakan ialah :
1. Program Tahunan Jelajah Asnaf ( Setiap bulan Ramadhan ) menyediakan bantuan berupa bakul makanan untuk diberikan kepada asnaf
2. Kelas Mengaji untuk golongan Asnaf.
3. Pusat Jagaan untuk golongan Asnaf dan kanak-kanak yang bermasalah.
4. Program Khatam Al-Quran bersama NGO lain.
5. Majlis Nuzul Al-Quran ( Setiap bulan Ramadhan )
6. Program Perkhemahan
7. Jelajah Ilmiah ke Kundasang dan Ranau.
8. Hari Keluarga Persatuan Perubatan Islam Ruqyah Darul Dakwah Semporna
9. Mengadakan majlis makan malam untuk mengantuni golongan Asnaf dan banyak lagi.
➡️ Semoga Persatuan Perubatan Islam Ruqyah Darul Dakwah Semporna ini akan terus bergiat aktif dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat terutama nya golongan Asnaf atau golongan yang lebih memerlukan perhatian. Aamiin ya Rabbal Alamin.
➡️ Berikut adalah gambar kenangan program-program yang telah berjaya dilaksanakan oleh PERSATUAN PERUBATAN ISLAM RUQYAH DARUL DAKWAH sejak tahun 2020 hingga 2025