13/08/2026
13 Ogos 2026, Satu aktiviti kerja-kerja maintenance telah dilaksanakan di kawasan perairan Pulau Omadal. Aktiviti ini disertai oleh 10 orang penyelam Iskul Sama DiLaut Omadal bersama 3 orang ahli Larapan Marine Conservation Group yang turut serta sebagai pengajar dan berkongsi pengalaman berkaitan kerja-kerja pemuliharaan terumbu karang.
10.30pgi. para peserta diberikan penerangan dan tunjuk ajar mengenai kaedah menjalankan kerja-kerja maintenance di bawah air. Antaranya ialah membersihkan struktur daripada alga, teritip dan kotoran, serta memastikan struktur berada dalam keadaan baik dan selamat untuk pertumbuhan karang.
Pemeriksaan turut dibuat bagi memastikan fragmen karang masih berada dalam keadaan baik, tidak rosak dan mempunyai ikatan yang kukuh pada struktur pemulihan. Sebarang kerosakan atau masalah yang dikenal pasti akan diperbaiki semasa kerja maintenance dijalankan.
Kerjasama antara penyelam Iskul Sama Dilaut Omadal dan ahli Larapan Marine Conservation Group menjadikan aktiviti ini lebih teratur dan berkesan. Aktiviti ini juga memberi peluang kepada ahli LMCG untuk berkongsi pengalaman serta pengetahuan berkaitan penjagaan dan pemulihan ekosistem terumbu karang.
Secara keseluruhannya, aktiviti maintenance ini berjalan dengan baik dan memberi manfaat kepada semua peserta. Kerja penyelenggaraan secara berkala amat penting bagi memastikan struktur pemulihan sentiasa berada dalam keadaan baik, membantu pertumbuhan karang dan menyokong usaha pemulihan ekosistem terumbu karang secara berterusan.